photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

PROSANTE~Penjagaan Rambut Lelaki & Wanita


Prosante Hair Care merupakan Set Penjagaan Rambut dari Shaklee, bebas kimia dan selamat digunakan. Prosante sesuai untuk lelaki dan wanita yang inginkan rambut sihat semulajadi. Ia juga sesuai untuk wanita yg bertudung. Walaupun tidak terdedah dengan pencemaran alam sekitar, wanita yang bertudunglah yang patut utamakan penjagaan rambut dalam tudungnya itu .


Jom kita baca kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee ini

 1. Nourishing Scalp Treatment

Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSanté ialah Nourishing Scalp Treatment yang mengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif yang paling tinggi. Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
Perbezaan Shaklee: ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi.  

2. Revitalizing Shampoo
  •  Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya
 3.  Purifying Shampoo  
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.
4.  Replenishing Conditioner  
  • Pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
5.  Lightweight Conditioner  
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
6.  Long Lasting Finishing Spray 
  • "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.





















Siapa yang sesuai memakai sistem penjagaan rambut ini?

  • Lelaki dan wanita semua peringkat umur dan semua jenis rambut, malah untuk mereka yang gemar  mewarnakan rambut.
  • Sesiapa yang mempunyai rambut nipis atau mengalami penipisan
  • Sesiapa yang menghadapi masalah rambut rosak
  • Mereka yang mempunyai kulit kepala atau rambut kering
  • Mereka yang mempunyai kulit kepala atau rambut yang berlebihan berminyak
  • Sesiapa yang tidak melihat peningkatan yang dapat dilihat pada rambut mereka dengan menggunakan satu syampu atau malah kombinasi syampu popular
Berikut adalah cadangan aturan penggunaan Set Penjagaan Rambut ProSante

ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung
Mari kita baca apa kata mereka yang telah menggunakan Set Penjagaan Rambut ProSante ini


========================================================================
Sedikit panduan untuk anda diluar sana (^__^)

Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh cuba set ini:
  1. Revitalizing Shampoo
  2. Lightweight Conditioner  
  3. Nourishing Scalp Treatment

Bagi mereka yg mempunya masalah rambut berkelemumur(juga untuk rambut bercabang, rosak dan gugur), anda bole mencuba set ini: 

  1. Purifying Shampoo
  2. Replenishing Conditioner 
  3. Nourishing Scalp Treatment
Nak rambut cantik? So dapatkn la set Prosante dari saya (^__^).
-------------------------------------------------------------------

Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini



Teknik Membanyakkan Susu Ibu & Menjayakan Penyusuan – Hypnobreastfeeding


Pernah dengar tentang hypnobreastfeeding? Bukan hippopotamus ya.

Hypnobreastfeeding adalah satu teknik menggunakan kuasa minda bawah sedar atau subconscious minds untuk membanyakkan susu (cukup untuk keperluan bayi) sekaligus menjayakan penyusuan hingga anak berumur 2 tahun.

Penghasilan dan pengeluaran susu badan bergantung kepada faktor utama : fisiologi dan psikologi. Bila seseorang ibu itu fit dari segi tubuh badan dan emosi, insyaAllah penyusuan pasti berjaya.

Sebagaimana teknik hypnobirthing yang menggunakan kekuatan dalaman untuk memberi motivasi dan kekuatan kepada ibu yang menjalani proses kelahiran, begitu jugalah dengan hypnobreastfeeding yang gunakan kuasa minda untuk meningkatkan motivasi dalaman dalam penyusuan.

Pernah tak jumpa seorang ibu yang menyusukan anaknya sampai 2 tahun yg berkata “Saya tak pernah plan pun nak menyusu. Awal2 dulu memang beli susu tepung siap2. Hari pertama tu memang bagi FM. Pam susu memang tak beli, belajar tentang BF pun tak. Memang saya tak yakin langsung saya boleh menyusu. Masa kerja pun saya tak pam. Tapi susu saya memang banyak berlambak2 sampai terpaksa bagi susu badan kat anak”.

Saya tak tau kalau ada, tapi saya tak pernah jumpa. Yang saya selalu jumpa,

“Saya dari awal niat nak susukan anak, saya tak beli sebarang susu tepung. Dari awal kelahiran saya susukan dia dan saya yakin saya boleh menyusu walaupun susu mulai ada pada hari ke-3. Saya kerap pam dan alhamdulillah susu saya cukup utk anak saya.

Dan yang macam ni:

“Saya dari awal niat nak menyusukan anak, tapi susu tak ada”
“Saya memang nak BF anak tapi tak ada rezeki”

Tahu tak kenapa kita asyik tak ada rezeki? Sebab kita dok selalu cakap kat diri “Kita takde rezeki…” rezeki pun tak ndak datang dekat2 sebab asyik kena halau saja.


Hypnobreastfeeding adalah benda yang paling basic dalam BF, iaitu merasa tenang dan yakin untuk menyusukan anak.

So, macamana nak praktik hypnobreastfeeding ni?

10 Teknik Hypnobreastfeeding:

(1) Memahami bahawa ketenangan itu perlu dalam penyusuan.
(2) Tingkat mood ‘bonding’ dengan baby seperti lihat gambarnya, tengok videonya, dengar rakaman suaranya, etc. Perasaan kasih sayang & baby-bonding ni akan menggerakkan hormon endorfin yang memberikan ketenangan.
(3) Tenangkan diri dengan alunan al-Quran/zikir/muzik yang bersesuaian.
(4) Bernafas dengan teknik yang betul.
(5) Lakukan ‘self-affirmation’ yakni memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri.
(6) Jauhkan perkara2 yang boleh mengundang stress dan kesedihan.
(7) Berdoa dengan bersungguh-sungguh.
(8) Jauhi kata2 dan tanggapan negatif seperti “aku takde susu”, “susu aku tak banyak”, “takde rezeki anak aku menyusu badan”, etc
(9) Perhatikan ibu2 yang berjaya menyusukan anak mereka dan visualkan diri kita juga seperti mereka.
(10) Pastikan diri kita dalam keadaan rileks, bersih dan gembira.

Seperti hypnobithing, hypnobreastfeeding berkait rapat dengan natural living jadi ibu2 haruslah mengambil makanan yang tinggi kandungan khasiat, air yang mencukupi kerana keperluan asas tubuh adalah kunci kepada kelancaran aktiviti tubuh termasuklah mencipta ketenangan.

Rileks, dan jangam gopoh-gapah kerana gopoh gapah itu amalan syaitan.

Tapi jangan lupa, psikologi dan settle, fisiologi jangan diabaikan – serta teknik2 asas breastfeeding ===> stimulasi (rangsangan) & konsep supply & demand

Affirmation je yang banyak tapi pam tak konsisten tak jadi hokey. Umpama ibu yang praktik hypnobirthing, walaupun dah kurang rasa sakit, tapi baby kena keluar juga ya

credit

Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini



10 Sebab Kenapa Susu Ibu Boleh Berkurangan


Secara teorinya, susu badan akan mengikuti keperluan bayi, tapi nyata ia tak semudah teori, bila dah mula bekerja, ramai ibu yang mendapati demand > supply, atau keperluan anak melebihi yang ibu dapat pam & bekalkan setiap hari.

Benarkah hal sebegini boleh berlaku? Dan kenapa? Jom kita tengok puncanya…

1- KEKERAPAN MENGEPAM

Biasanya bila dah mula sibuk, ibu yang dulunya mengepam 3-4 kali sehari di pejabat, akan kurangkan sesi kepada 2-3 kali, atau sekali, atau kadang2 tak sempat pam langsung!

Bila frekuensi mengepam dikurangkan, susu ibu akan berkurangan kerana signal menghantar pesanan kepada otak “Buat susu” sudah dikurangkan. Umpamanya dulu sorang beli kuih 4 ketul, sekarang sorang beli seketul je jadi makcik kantin pun tak buat kuih banyak2, nanti takde orang nak beli, membazir pulak.

Solusinya : Jangan skip pam. Kalau ada duit lebih, invest untuk pam yang boleh handsfree, so sambil2 buat kerja tu boleh mengepam

2- CARA PENJAGA BAYI BERI BAYI MINUM

Ingat teori demand = supply tadi. Macam agak tak logik kan bila hantar pengasuh je tiba2 baby minum lebih banyak dari supply. Mungkin juga sebab cara si penjaga tu beri susu kepada baby. Asal nangis sikit, kasik susu. Yang si baby pula, disebabkan aktiviti sucking (menghisap) tu boleh tenangkan dia, so dia hisap telan je lah walaupun tak lapar.

Mana la tak jadi maknya pam 10oz, baby minum 20oz. Dah, asal “Ekk..” sikit, bagi susu. Sedangkan si baby nak dipeluk atau diagah je

Lagi satu, ada pengasuh yang terus panaskan sebotol penuh. Jadi walapun bayi minum sikit, yang lebih tu dibuang sajalah.

Solusinya: Educate pengasuh bayi tentang cara handling susu ibu.

3- CARA IBU SIMPAN SUSU PERAHAN

Ada kaitan sikit dengan no (2) di atas. Misalnya ibu jangka anak minum 10oz, jadi dia hantar 2 botol susu 5oz setiap satu. Anaknya minum 4 kali di rumah pengasuh.. Lalu pengasuh tu panaskan sebotol setiap sesi minum susu. Tamat sesi kedua, alamak, dah habis! Iya la, walaupun 10oz, tapi ibu hantar 2 botol saja..


Solusinya : simpan susu ikut keperluan bayi minum setiap sesi. Kalau tak dapat agak, simpam average 2-3 oz saja dalam satu container.


4- OUTSTATION

Bila outstation, kadang2 ibu tak bawa bayi bersama. Jadi, ibu kena tahu yang dia kena pam 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain production. Kadang2 ibu tak sedar sebab biasanya bayi minum direct pada waktu malam…


Solusinya : Pam siang & malam ikut time.


5- KEBERKESANAN PAM

Macam benda2 lain, pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya bila dah lama dipakai. Misalnya valve jadi haus, longgar, etc. Ini akan menyebabkan pam tu gagal utk membantu ibu mengosongkan payudara.

Solusinya : Gunakan pam hospital-grade; lakukan Marmet selepas pam & dah tak keluar susu utk kosongkan payudara

6- PENGAMBILAN UBAT-UBATAN

Bila sakit, jumpa doktor & dia bagi ubat… Beritahu doktor yg kita tengah breastfeed & minta dia beri ubat yang selamat utk BF. Rujuk entry saya yang sebelum ni utk sedikit panduan.


Solusinya : Ambil tahu tentang kesan ubat2 terhadap penyusuan.. Ehem, vitamin bukan ubat ya!


7- PENGAMBILAN PIL PERANCANG

Sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu.

Solusinya : Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.

8- MENGANDUNG

Mengandung boleh kurangkan susu.. Kerana hormon estrogen & progesteron meningkat menyebabkan prolaktin ‘tertekan’.

9- GROWTH SPURTS

Bila bayi mengalami growth spurts, harus dijangka perangainya berubah sikit, dan tabiat menyusunya pun berubah. Mungkin jadi semakin demanding.


Solusinya : sediakan stok untuk hadapi saat2 begini & tambah sesi mengepam.


10- STRESS

Bila dah banyak kerja, atau bayi makin lasak, ibu mungkin jadi stress. Stress boleh mengurangkan susu? Ya, kerana tubuh kita ‘sibuk’ buat benda lain dan ‘tak layan’ hormon2 penyusuan.


Solusinya : amalkan pemakanan sihat, minum air banyak, perancangan yang baik & teknik hypnobreastfeeding.



Jangan risau bila susu kurang, ia adalah asam garam biasa dunia penyusuan. Yang penting, kita tahu macamana nak selesaikannya.


credit

Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini



Chewable Vita C Shaklee Untuk Seisi Keluarga

Chewable Vita C Shaklee telah mengalami revolusi baru apabila formulasinya ditingkatkan dengan tambahan Bioflavanoid Complex. Kini ia menjadi supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Ia sekarang menggunakan nama baru iaitu Chewable Vita C Plus.

Menariknya Chewable Vita C ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas tetapi turut boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka vitamin berbentuk pil yang perlu ditelan dengan air. Mudah sahaja untuk makan Chewable Vita C ni. Hanya perlu hisap atau kemam sahaja di dalam mulut.

Secara asasnya kebaikan Chewable Vita C ini sama dengan Sustained Released Vita C. Apa kebaikannya? Jom kita baca!

  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  • Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda 

Keistimewaan Chewable Vita C

  • Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
  • Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin
  • Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam)
  • Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas  juga


Vitamin C Mudah Rosak disebabkan:

  • Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
  • Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
  • Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan

Keperluan Vitamin C dalam badan kita:

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.
credit



Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini


Jangan ambil mudah MASALAH GOUT-Bertindak sekarang!


Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.

Tisu lembut 


Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam. 

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

“Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas. 

“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.


Diagnosis

Diagnosis tepat bagi gout adalah melalui microscopi ( fluid aspirated ) sendi dari sendi (ujian ini mungkin sukar dilaksanakan) untuk membuktikan kristal monosodium urate intrasellular dalam cecair synovial polymorphonuclear leukocytes.

Aras Serum urate biasanya meningkat. Serum urea dan creatinine mungkin meningkat sekiranya terdapat kegagalan ginjal.

Rawatan

Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila diognasa telah disahkan, dadah pilihan adalah ( colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids ). (Dalam bahasa Inggeris)

Rawatan jangka panjang adalah terapi antihyperuricemik. Perubahan permakanan mampu membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras plasma urate jika diet rendah ( purines ) diambil. Rawatan utama gaut adalah dadah allopurinol, satu pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan mengurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.

Keputusan mengambil allopurinol sering kali merupakan keputusan sepanjang hayat. Terdapat pesakit yang berhenti pengambilan allopurinol diketahui kembali mendapat gaut arthritik akut, disebabkan pertukaran aras serum urate kelihatannya meningkatkan penhasilan kristal.

Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakan losartan, musuh penerima AT, mungkin mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampangin negetif thizides pada metabolisma pesakit gaut. Menariknya, sejenis dadah lain, fenofibrate, digunakan untuk merawat hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.

Diet rendah Purine:
  • ceri didapati mampu mengurangkan asid urik
  • strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
  • elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
  • hadkan daging kepada satu hidangan sehari

Jangan makan!!!!!!
  • sweetbreads, buah pinggang, hati, otak, atau sebarang daging organ lain
  • sardin, ikan bilis
  • hasil daging, consommés, dan ( gravies )

Guna secara berhemah:
asparagus, kacang, lentils, peas, cendawan, cauliflower, spinach, rhubarb

Elakkan kurang air:
  • Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate;
  • Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin C, tea dan alkohol.

Joe-Pye weed menyingkir asid urik dengan pantas, tetapi pengunaan berterusan boleh merosakkan hati atau buah pinggang.


tips untuk mengurangkan risiko gout
 Suplemen Shaklee untuk pesakit GOUT

1) VITAMIN C - untuk mengurangkan uric acid di dalam badan, sekurang-kurangnya perlu ambil 3 biji sehari, iaitu 1500mg.

2) ALFALFA - Punca vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Ini dapat mengurangkan pembentukan baru uric acid.

3) OMEGA GUARD - Mengurangkan dan mengelakkan inflammatory (bengkak) pada anggota yang terkena serangan GOUT.

4) PERFORMANCE DRINK - memastikan tubuh pesakit mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

**Pengambilan air + lemon secara berterusan juga boleh mengurangkan kadar uric acid di dalam badan.

----------------------------------------------------------------------



Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~


How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini


Anak Pintar dan Supplement Shaklee yg terbaik

Setiap Ibu dan Ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak, namun itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.


Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, berikut adalah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.



























Multivitamin

Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

Vitamin C 

Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imu yang penting unutk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selsema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan intergrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Omega-3

Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan diet yang kaya dalam Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan  belajar, kemahiran atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega-3 juga menunjukkan dapat meyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

Lecithin

Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. Akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.

Protein Baik

Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmitter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuk lah sel-sel immune, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini