photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

Galactocele : Adakah ia merbahaya? Ikuti Pengalaman Saya

Assalamualaikum semua..

Galactocoele? Eh ape tu? xtau pon  xpernah dengar pon.. ni la yg terjadi kpd saye mase saya tau. Actually saya dh perasan ade ketulan di breast belah kanan since anak umur 3bulan lg but saya fikir susu beku so lepas baby menyusu akan susut..tapi x menyusut keras mcm tu jugak la.. smpi la anak umur setahun lebih baru saya pergi clinic then doctor ckp galactocoele ni so die refer saye ke Hospital Pantai Bangsar sbb saya hanya nk doctor perempuan dan di situ memang ade bahagian breast Surgeon. Tak ade rasa sakit cume rasa xselesa dan best je sbb ade ketul tu hihii

Sebelum saya teruskan cerita, meh nk bgtau ape itu galactocele ni

Galactocele merupakan risa lendir (cyst) yg dipenuhi susu. Ketulan ini dikatakan berpunca drpd saluran susu (duct) yg tersumbat. Dalam pada itu, apa sahaja yg menyekat saluran payudara sepanjang tempoh penyusuan bayi berlangsung berkemungkinan menyebabkan kewujudan galactocele terhasil di akhir sesi penyusuan apabila lebihan susu bertakung di dalam payudara yg akhirnya membentuk ketulan. Walau bagaimanapun jisim ketulan ini tidak dapat dikesan dalam tempoh yg singkat. Ia mengambil masa yg agak lama untuk dikesan..

Ketahuilah! Galactocele tidak sesekali menyebabkan jangkitan dan mencemarkan susu anda. Ketulan ini sama sekali tidak membahayakan dan tiada apa-apa yg perlu dikhuatiri. Apabila tempoh penyusuan sudah berakhir, galactocele atau cyst ini berkemungkinan akan hilang dengan sendirinya. Oleh yg demikian, tiada apa-apa langkah pencegahan yg perlu anda lakukan.

Biarpun begitu,masalah galactocele boleh anda atasi dengan;

★ Melakukan pembedahan.
★ Menggunakan kaedah aspiration dengan jarum sekiranya memilih untuk tidak menjalani pembedahan. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan galactocele tetap akan berulang semula setiap kali penghasilan susu berlaku.
★ Mendapatkan bantuan doktor yg akan menggunakan jarum yg halus untuk kaedah aspiration terhadap payudara anda. Prosedur ini dilakukan dengan nenggunakan bantuan bius di klinik atau hospital. Dengan itu, kandungan di dalam cyst dapat dikeluarkan dan dikaji oleh doktor berkenaan.

Kes saya memang tak hilang sndri..lps saya buat check up dgn Hospital Pantai, buat ultrasound n dpt resut then saya delay lg untuk decide operation sbb anak saya masih menyusu so risau mengganggu penghasilan susu masa tu. Then last 2month lps raya baru saya decide operation hihihi.. anak dh umur 3tahun baru nk buat operation. Alhamdulillah operation berjalan dgn lancar. Doctor ade tunjuk gambar galactocele tu tp saya ckp xpyh whatsapp saya hihihi sbb takot xlalu makan plk. Seminggu lepas operation, bukak jahitan then doctor advise gune cream utk parut. Tp saya xbeli pon krim tu hihi.. apa yg saya amalkan lps operation tu makan supplement shaklee. Untuk luka cepat sembuh saya makan ZINC COMPLEX, untuk parut saya makan ESP & GLA COMPLEX dan utk IMMUNE saya makan VITAMIN C SHAKLEE. Alhamdulillah luke cepat sembuh dan parut jahitan tu makin pudar dan xde plak area jahitan tu timbul :)

set kulit cantik
Set vitamin yg saya ambil :)

apa itu galactocele
Ehsan dr Google, malas nk scan sendiri punye hihi tp lebih kurang cmni je


Kalau korang ade rse2 abnormality kt breast tu jgn lupe pergi check up cepat2 tau jgn ikot saya..hihih nasib baik memang ketulan susu bukan benda yg bahaya...huhuhuhuhu especially ibu menyusu tau :)



No comments:

Post a Comment