photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

Part 3: Pengalaman & Tips membawa Anak kecil menunaikan Umrah 2014

Assalamualaikum....

baru berkesempatan nk cerita tentang pengalaman umrah bersama anak kecik bahagian 3 plk :) alhamdulillah kami menginap di Hotel Dallah Taibah yg xberape jauh dr Masjid Nabawi  dlm 100-200m sje..sgt dekat..turun je dr hotel jalan cket smpi..memang dekat sgt. Perjalanan dr Jeddah ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6jam mcm tu.. saat masuk ke Madinah perasaan sebak mula dtg. Ya Allah KAU makbulkn permintaan ku untuk jejak kaki ke sini. Memang x pernah terfikir untuk smpi ke sini pd usia muda ini. Memang dlm hati niat untuk dtg ke sini. Alhamdulillah Allah makbulkan dan beri pelbagai cara untuk jejak kaki ke rumah NYA.

Aktiviti pertama di Kota Madinah ialah melawat sekitar Masjid Nabawi..ya memang penat sbb tidur yg tak cukup..tp memang sgt berharga pengalaman ni. Cume kesian dkt anak sedikit sbb tak cukup rehat tp alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan kami, Hannah tak meragam malah die excited.

Budak lepas menangis sbb takot berhimpit2 nak solat di raudhah.
Keadaan agak sesak berhimpit2 sewaktu ingin menunaikan solat sunat di Raudhah. Yess kami terpakse kepung Hannah supaya tak ditolak dgn orang2 lain.. mse nk ke Raudhah Hannah menangis ketakutan. Kesian sgt tgk.. seakan fobia bile tgk orang ramai. Dlm keadaan sesak kami diberi perhormatan untuk solat di saf hadapan skali betol2 di hadapan pintu pagar, di karpet hijau, penjaga disitu nampak Hannah nangis terus die bagi kami solat paling hadapan. Org Indonesia yg bekerja dan menetap di sana. Siap tanye, : Kenapa menangis ni?  Saya jawab takot keadaan sesak mcm ni, then die ckp lps ni terus masuk ke hadapan ya.. Ya Allah, tuhan saje yg tau perasaan ni sbb dipermudahakn. Then Hannah berdiri betol2 di hadapan saya, smbil dijaga oleh Jaga Wanita Indonesia itu. Terus senyap xde nangis dh.. siap ckp lg "jgn menagis ibu kan mao solat". Alhamdulillah selesai solat sunat dhuha solat sunat taubat. Bercucuran air mata.

Sedkit perkongsian.. ramai dh tau tp nk bgtau jugak hihi Raudhah adalah salah 1 bahagian dlm Masjid Nabawi yg terkenal. Raudhah atau Taman Syurga, adalah tempat yg letaknye antara rumah Nabi Muhammad SAW dan mimbar Syarif. Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah. ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah

Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa dan untuk makluman korang, tempat ini diberikan nama Raudhah oleh Rasulullah sendiri dalam erti kata lain, kalau Rasulullah sendiri dah kata ia taman syurga, apalagi nak kita katakan, Subhanallah! Tempat mustajab untuk berdoa adalah dihadapan Raudhah ini. Subhanallah.

Hari pertama di Madinah adalah Hari Jumaat jdnye kami stay smpi solat zuhur dan jumaat, x blk hotel so dlm back pack siap ade susu n makanan mcm biskut n pampers. Hannah lps menyusu badan terus tidur kt masjid nabawi dptla saya mengaji sementara menunggu solat jumaat.

Hari ke 2

Selesai solat subuh di masjid nabawi
Bersama ibu mertua dan orang arab di sana

Muka mengantok Hannah


Selepa sarapan kami di bawa melawat di luar madinah pula.. pergi ke JABAL UHUD..tp Hannah tidur dlm bus huhuh...just melawat dkt2 dgn bus aje.. ramai yg meniaga, jual habbatussauda, rempah2..so saya beli habbatussauda di situ.

bukit uhud madinah
Gunung Uhud mencintai Rasulullah SAW dan begitu juga sebaliknya. Menziarahinya kita akan mengambil hikmah mengenang pahit getir perjuangan Rasulullah dan para sahabat mempertahankan Islam.  Uhud terletak kira-kira 7 km dari Madinah. Ia tidak bersambungan dengan banjaran gunung-gunung lain, nama Uhud sendiri bermaksud tersendiri.

bukit uhud

Ramai yg berniaga di sekitar kaki Jabal Uhud. siap ckp bahasa melayu lg hiii.. kalo tgk nampak terik sgt matahari kan, tp sebenarnye bru pukul 9 mcm tu..walaupin cuaca terik tp berangin dan sejuk..angin yg sejuk so xde rsa panas

Hari 3 (Terakhir di Madinah ;(  )


Selepas ucap selamat tinggal kepada Rasulullah
Sedih perasaan selepas ucap selamat tinggal kpd Rasulullah. Sebak..memang xley tahan air mata pon..rse mcm xnk balik pon ade.. sebab tenang sgt perasaan kt sini..xde fikir masalah pon hihi..fikir nk buat amal ibadah je. Pukul 2ptg kami bertolak ke Mekah untuk buat umrah yg pertama.

Saya kongsikan sedikit gambar di Madinah :)







TIPS yg ingin saya kongsikan
  1. Sediakan makanan seperti biskut, minuman kotak sekiranya anda stay di maskid nabawi pd masa yg lama
  2. Jgn lupa kalo ade ipad or smart phone yg dh di download siap2 games, or movie or cartoon yg digemari..sbb xnk gune internet kt sane..mahal wooooo..unless ade wifi then ok.
  3. Sediakan pampers yg mencukupi
  4. Susu formula yg mencukupi
  5. Tisu basah, napkin untuk kegunaan kalo termuntah ke ape (pengalaman sndr Hannah mungkin perut die xselesa n xbole terima makanan kt situ muntah btol2 time nk angkat takbir solat zuhur, abes basah kotor baju)
  6. Sediakan plastik (incase kalo nk muntah)
  7. Bawak la buku2 yg die suke, buku mewarna ke 
Okeh nnt kite continue menunaikan umrah ye. Perjalanan ke Mekah pulak




Love

Jihan Ghazi & Hannah








No comments:

Post a Comment