photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png
Showing posts with label TIPS MATA YG SIHAT. Show all posts
Showing posts with label TIPS MATA YG SIHAT. Show all posts

Rawatan bawah mata dan kedutan!

Dari mata, turun ke hati. Percayakah anda dengan kata-kata itu? Ya, mata adalah salah satu bahagian pada wajah yang sentiasa menjadi tarikan sesiapa sahaja yang melihatnya. Disebabkan itu, penjagaan bahagian mata harus diutamakan lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai lingkaran hitam di bawah mata. 

Masalah lingkaran hitam di bawah mata ini adalah satu perkara biasa buat semua orang dan ia disebabkan oleh beberapa perkara iaitu tekanan gaya hidup, kekurangan tidur, diet tidak seimbang, pengambilan alkohol, merokok, masalah haid, penuaan dan sebagainya. 

shaklee collagen powder untuk lingkaran bawah mata

Berikut adalah beberapa tips menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur rumah anda. Ianya senang dan jimat, tetapi pastikan anda berhati-hati apabila meletakkan apa sahaja di bahagian mata kerana kulit sekelilingnya sangat sensitif. 

1. Lakukan urutan dengan minyak badam selama 15 minit sebelum tidur. Ia membantu menghilangkan lingkaran hitam bawah mata serta mengurangkan masalah kedutan. 

2. Timun adalah antara bahan yang biasa digunakan bagi merawat masalah di bahagian mata. Ambil dua hiris timun dan letakkan di atas mata yang tertutup selama 20 minit. Anda boleh menggunakan hirisan kentang juga.

3. Kisarkan timun dan kentang, kemudian ramas sehingga jusnya keluar. Campurkan kedua-duanya dan rendamkan kapas dalam jus tersebut, kemudian letakkan kapas tersebut di atas mata tertutup. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Amalkan selalu untuk melihat keberkesanannya selepas beberapa hari. 

4. Sapukan jus pudina di bahagian bawah mata kerana ia mampu menyejukkan mata anda serta membantu menghilangkan lingkaran hitam tersebut. 

5. Bagi mendapatkan mata bebas kedutan, letakkan sedikit madu di bawah mata, kemudian basuh dengan menggunakan air sejuk. Pastikan anda tidak menggosoknya dengan kasar. 


Selain daripada tips-tips di atas, anda juga boleh mengamalkan beberapa tips mudah seperti di bawah: 

1. Minum air sebanyak lapan hingga 10 gelas setiap hari.
2. Mendapatkan tidur yang cukup iaitu selama lapan jam.
3. Menambah pengambilan sayuran hijau, salad dan buah-buahan dalam diet harian.
4. Lakukan senaman setiap hari agar bebas dari tekanan.
5. Lakukan senaman wajah bila-bila masa sahaja.
6. Elakkan makan makanan segera atau terlalu masin.
7. Elakkan pengambilan alkohol berlebihan dan merokok.
8. Pakai cermin mata apabila anda keluar.

SELAMAT MENCUBA! :)

*********************************************



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk membuat pesanan sila click gambar di bawah
produk shaklee

Selepas selesai pembayaran sila hubungi kami untuk dptkn konsultasi berterusan dgn memberikan maklumat spt "NAMA, PRODUK YG DIBELI ke 019-2602994 Jihan"

atau bole terus hubungi saya seperti di bawah :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini


Tips menjaga mata yang sihat

Kini semakin ramai yang memakai kaca mata akibat masalah penglihatan tidak kira usia atau jantina. Namun walaupun anda berkaca mata, jangan biarkan rabun terus meningkat dan menganggu kebebasan anda.  Tips yang mampu membantu anda lari dari terus memakai kaca mata: 


1. Amalkan makanan yang seimbang
Mengambil makanan yang sihat dan seimbang adalah penting untuk mata anda. Memakan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan bukan saja baik untuk tumbesaran tubuh badan dan kulit tetapi mampu membantu melindungi masalah mata seperti katarak dan AMD. Lobak merah antara sumber makanan terbaik untuk penjagaan mata. 

2. Pakai kaca mata hitam 
Pancaran matahari yang kuat boleh merosakkan mata dan meningkatkan risiko serangan katarak. Oleh itu jika anda berada di luar atau sedang melakukan aktiviti di bawah cuaca panas, pastikan kaca mata anda mempunyai sinar UV ynag boleh menghalang cahaya matahari dari merosakkan pandangan mata anda. 

3. Berhenti merokok 
Kepada perokok di luar sana, jangan ingat bahaya merokok hanya menyerang kesihatan tubuh badan sahaja. Ini kerana kandungan rokok juga boleh meningkatkan peluang pembentukan penyakit seperti katarak dan AMD. Apa kata anda gantikan tabiat merokok dengan mengunyah gula-gula getah untuk membiasakan diri. 

4. Lakukan aktiviti bersenam 
Oksigen yang mencukupi dan peredaran darah yang baik adalah penting untuk mata. Elak tidur yang kurang sebaliknya dapatkan tidur yang berkualiti untuk merehatkan mata yang penat bekerja. Ketika anda tidur, mata dapat berehat dari pencemaran habuk dan cahaya. 

Diharap tip-tip yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Selamat mencuba!

Sekiranya berminat untuk mendapatkn supplement mata shaklee iaitu carotomax, boleh hubungi spt dibawah;



How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini

Shaklee Vitamin A ~ Carotomax





CarotoMax merupakan suplemen antioksidan yang hebat keluaran Shaklee. Ia terdiri daripada 6 karotenoid terbaik, iaitu alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin. Apa itu karotenoid? Karotenoid adalah kumpulan makanan yang mempunyai pigmen warna kuning, oren dan merah yang kaya dengan vitamin A. CarotoMax telah terbukti lebih selamat dari vitamin A. Pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan toksisiti (keracunan). Walaubagaimanapun ahli saintis telah menemui beta karotena pada tahun 1932. Ia merupakan prekursor vitamin A dan didapati selamat untuk pengambilan.

CarotoMax keluaran Shaklee mengandungi tambahan Astaxanthin yang dikenali sebagai Raja Karotenoid. CarotoMax keluaran Shaklee diekstrak daripada buah dan sayur yang kaya dengan sifat antioksidan seperti berikut:




Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan buah dan sayur untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena dalam darah untuk memelihara kesihatan penglihatan, kulit dan mencegah kanser. Maka cara paling mudah ialah melalui pengambilan CarotoMax.  Tahukah anda bahawa 1 hidangan CarotoMax adalah bersamaan denga 89 raspberries, 102 pisang, 714 aprikot, 113g salmon dan 285 anggur?


Apa yang dapat anda perolehi daripada pengambilan CarotoMax yang berterusan?

  • Mempertingkatkan daya penglihatan dan membantu mengurangkan masalah berkaitan mata seperti rabun malam, rabun dekat, mata kering, astigmatisma, presbyopic, mata lesu, glaucoma, katarak, floaters, eyebag dan lingakaran hitam pada mata.
  • Untuk kecantikan kulit - mampu melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan acne. Penggunaan luaran pula boleh digunakan untuk merawat scabies, acne, ulser kulit, pustule, etc.
  • Mengukuhkan sistem imun
  • Mencegah kanser - penggunaan yang berterusan mampu menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru dan payudara.
  • Menghalang infeksi - ia merangsang enzim membunuh kuman yang membawa penyakit sistem respiratori paru-paru, batuk, hepatitis, asma, dan selsema.
  • Melindungi epithelial - ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari dan saluran usus. 
  • Menggalakkan pertumbuhan yang normal dan sihat - menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gusi, gigi dan sistem reproduksi. Ia juga membantu penghasilan sperma yang sihat. 

***********************************************************

Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~


How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini



TESTIMONI : PENGLIHATAN SEMAKIN BAIK DENGAN CAROTOMAX


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Bercerita tentang rabun, 4 orang daripada adik-adik saya sudah bercermin mata sejak mereka di sekolah menengah..2 orang dah bekerja (salah sorang ialah Che Lin) dan 2 orang lagi masih belajar..Che Lin adalah adik saya yang ke-2. Mula mengalami masalah rabun sejak dari zaman sekolah menengah lagi..namun alhamdulillah sejak bertemu dan jatuh chenta dengan Vitamin A Shaklee atau lebih dikenali sebagai Shaklee CarotoMax sejak Februari lalu, penglihatan Che Lin semakin baik. Dan kegembiraan itu turut dikongsi bersama mak kami yang dahulu mengalami masalah silau. 


Jom kita baca sendiri pengalaman Che Lin dengan CarotoMaxnya...jika anda, suami, mak, ayah atau adik-adik mahupun anak-anak anda yang mengalami masalah penglihatan..tak salah kita mencuba untuk menambah baik tahap penglihatan orang yang kita sayang..tak gitu?? (^_-)..credit to Che Lin.


Saya seorang yang rabun jauh dengan power spek beratus-ratus la jugak. pendek kata kalau tak bercermin mata tuh, memang sume nampak blur. kalau ada orang berada berdekatan sekitar 3,4 meter tuh, kompem tak nampak bijik mata dia. nampak bulat hitam je sekitar mata cam mata panda tuh. hehe~


Pertengahan february tahun lalu, saja la saya mencuba carotomax sementelah mengikut review, ianya baik untuk kesihatan mata. alhamdulillah selepas dua minggu consume carotomaxni, penglihatan agak baik daripada biasa. kalau sebelum ni, saya langsung tak nampak bunga pada langsir dalam bilik kalau berbaring atas katil. warna bunga dan tanah lebih kurang sama. yang membezakannya cuma bunga tu bunga timbul. tapi selepas ber-carotomax, saya boleh nampak bunga tersebut. siap pi bangun pegi kat langsir sebab tak caya. hehe~ memang sangat teruja lah nak ngabihkan botol yang pertama sebabnya selain daripada jarak penglihatan tanpa cermin mata bertambah baik, jeragat di muka pon semakin berkurangan. \(^-^)/

Masa balek ke kampung last week,

"mak rasa mata makin elok la. sebelum ni, kalau tengok lampu nampak pecah-pecah je. lepas makan vitamin A ni (carotomax), takde pecah-pecah dah."



alhamdulillah. seronok dengar my mum dah jatuh chenta ngan carotomax. siap nak belikan untuk dua orang adik saya yang speckie itu :)



Kenapa kita memerlukan Vitamin A @ Carotomax ini? 


Carotomax aka vitamin A ini secara umumnya boleh membantu:-

  • kesihatan retina mata → mengurangkan rabun
  • kesihatan tulang
  • kesihatan tisu kulit → patutlah Che Lin cakap jeragat dia semakin hilang!
  • pembentukan sel darah putih dan sel darah merah
  • pembentukan membran mukus
  • mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat
Dengan kehadiran vitamin A, dapat membantu meningkatkan kesihatan tisu kulit dan membran mukus badan kita yang mana kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit dari luar. Selain daripada itu, vitamin A juga membantu dalam pembentukan sel darah putih yang turut membantu memberi pertahanan dalam badan dari jangkitan sebarang penyakit yang tidak diiingini.



AWAS!!! 

  1. Vitamin A tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati.(Namun Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk pre-kursor, yang mana akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja).
  2. Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.
Vitamin A boleh didapati daripada sumber makanan semulajadi seperti telur, lobak merah, sayuran berdaun hijau dan lain-lain. Namun sekiranya anda tidak dapat memenuhi keperluan vitamin A melalui sumber semulajadi, pengambilan supplement amatlah digalakkan.

*source : eHow.com 


***********************************************
ibu hamil

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk membuat pesanan sila click gambar di bawah
produk shaklee

Selepas selesai pembayaran sila hubungi kami untuk dptkn konsultasi berterusan dgn memberikan maklumat spt "NAMA, PRODUK YG DIBELI ke 019-2602994 Jihan"

atau bole terus hubungi saya seperti di bawah :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini