photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

Tips Melatih Si Kecil untuk Menggosok Gigi

Assalamualaikum..

Sebagai ibu kadang2 kita mengalami masalah untuk melatih anak berminat dan suka untuk menggosok gigi kan :).. ada yg baru berumur 3tahun gigi dh start rosak huhuhu... ini kerana terlalu banyak makanan manis yg si kecik tu ambil.. Sikap sambil lewa ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka makan semua jenis manisan, kemudian tidak mengajar anak memberus gigi bukan saja tidak bertanggungjawab, malah mendedahkan kanak-kanak kecil kepada masalah gigi berlubang dan berkarat yang tidak sepatutnya berlaku.

Kanak-kanak tidak tahu mengenai kepentingan penjagaan gigi tetapi sebagai penjaga, ibu bapa perlu memberi perhatian mengenai perkara itu kerana sikap tidak peduli mereka akan diteruskan anak-anak sehingga akhirnya mereka akan kehilangan gigi kekal.

Melatih anak memberus gigi perlu dimulakan sejak awal iaitu ketika anak mula mempunyai gigi biarpun hanya sebatang. Ini kerana ia akan menjadi tabiat baik yang akan diamalkan sepanjang hayat anak serta memberi manfaat besar kepada mereka.

tips mengajar anak gosok gigi dengan gembira

Kanak-kanak sememangnya sukar untuk memberus gigi kerana belum memahami kepentingannya, namun ada beberapa tip untuk memudahkan proses mendidik ini.
  1. Jadikan masa memberus gigi sebagai sesuatu yang menyeronokkan. - Belikan mereka berus gigi yang cantik, sesuai untuk kanak-kanak terutama jika ia mempunyai gambar kartun atau karakter diminatinya. Jika anak sudah pandai bercakap atau memberi pendapat, biarkan anak memilih sendiri berus gigi yang disukai-nya ketika sesi membeli-belah.
  2. Gunakan ubat gigi tidak berfluorida kerana fluorida yang ditelan tidak baik untuk kesihatan. - Jika menggunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak lebih besar, pastikan anak meludah semua ubat gigi selepas gigi mereka digosok, bukan menelannya. Bagi kanak-kanak di bawah usia 18 bulan, tidak perlu menggunakan ubat gigi, cukup sekadar berus dengan air.
  3. Memperkenalkan aktiviti memberus gigi seawal yang mungkin. - Ini bukan saja untuk memastikan gigi sentiasa bersih, malah akan mempercepatkan kanak-kanak berasa lebih selesa dengan rutin berkenaan.
  4. Pastikan gigi anak digosok dua kali sehari. - Latih anak menggosok gigi pada waktu pagi dan sebelum tidur, terutama jika sebelum itu mereka makan banyak makanan manis. Elakkan anak-anak minum air berkarbonat serta kawal pengambilan manisan yang boleh merosakkan gigi mereka. 
  5. Selain gigi, ajar anak menggosok lidah. - Ini kerana lama-kelamaan kekotoran akan melekat pada lidah dan ia boleh menyebabkan perkembangan bakteria dan bau busuk mulut  
  6. Jadikan diri ibu bapa sebagai contoh teladan terbaik dengan menggosok gigi di hadapan anak. - Ini kerana anak-anak suka meniru ibu bapa atau aksi orang dewasa lain di sekeliling mereka. Pada masa sama, ajak anak menggosok gigi mereka sekali.
  7. Jika anak-anak suka melawan ketika menggosok, jadikan masa menggosok seperti penceritaan dan buat anak ketawa kerana mereka akan mengaitkan suasana kegembiraan dengan menggosok gigi. - Secara tidak langsung, lama-kelamaan mereka sendiri akan gembira menggosok gigi tanpa perlu disuruh.
  8. Biarkan anak bermain dengan berus gigi dan menggosok gigi mereka sendiri. - Kanak-kanak memang suka bermain dan apabila ia menyangka berus gigi adalah alat permainan dan menggosok gigi pula sejenis permainan, maka matlamat memupuk minat ke arah menjaga kesihatan gigi dan mulut akan tercapai.
  9. Bantu anak menggosok gigi. - Ibu bapa boleh membantu dengan memegang berus gigi yang ada dalam tangan anak dan gosok gigi mengikut gerakan yang betul sehingga anak mampu melakukannya sendiri.
  10. Bawa anak bertemu doktor gigi bagi membiasakan dirinya dengan pakar. - Minta doktor memuji tindakan anak menggosok giginya sendiri supaya kanak-kanak itu berasa bangga dan akan meneruskan tabiat baiknya itu.
vitalea for children promo

Macam anak Jihan, Hannah, bawak die pilih berus yg die suke, then pilih flavor ubat gigi yg die suke. Alhamdulillah memang xde masalah, sebelum tidur mesti die akan remind utk brush her teeth..siap ckp tongue  kene brush ibu..hihihihi comellllll


Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment