photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

6 Tips dan cara untuk memantapkan payudara anda

Assalamualaikum

Tentu ramai yang prihatin akan keadaan fizikal payudara dan mahu memastikan ia sentiasa mantap dan anjal terutama kala usia meningkat. Tidak kira apa jua saiz payudara anda, namun kesihatannya tidak harus diabaikan dan perlu beri perhatian seperti bahagian badan yang lain.


Antara sebab payudara tidak lagi mantap dulu ialah berat badan yang sering naik atau turut dan kehamilan juga adalah antara faktor payudara mula tidak menarik dan kurang anjal. Ada sesetengah wanita mula hilang keyakinan diri dan berasa tidak selesa apabila keadaan fizikal buah dada tidak lagi sama seperti di zaman remaja.

Jom ikuti cara semula jadi untuk memantapkan payudara anda yang anda boleh lakukan sendiri dirumah yang dipetik daripada majalah EH!

1. Urutan
Urutan payudara akan meningkatkan keanjalannya. Selain itu ia juga dapat menghidrat dan melembutkan payudara. Gunakan minyak zaitun sambil membuat urutan di sekitar payudara dan lakukan urutan ini setiap minggu untuk mendapatkan hasilnya.

2. Elakkan tidur meniarap
Cara paling mudah untuk semua para wanita. Elakkan tidur meniarap agar payudara akan kendur disebabkan oleh tekanan dari badan anda. Mesti tak cantik nanti!

3. Saiz coli
Sentiasa memakai coli bersaiz tepat kerana ini akan memberikan payudara anda sokongan yang optimum. Wanita yang mempunyai payudara yang besar seharusnya sentiasa memakai coli agar ia tidak mudah kendur dan jatuh.

4. Gunakan pelembab
Bukan hanya badan dan wajah sahaja perlukan kelembapan. Melembabkan payudara adalah harus untuk memastikan keanjalannya. Pelembap akan menghidrat kulit pada payudara anda seterusnya menjadikannya lebih tegang.

5. Lakukan senaman
Senaman juga adalah salah satu faktor untuk memantapkan payudara anda. Ada beberapa jenis senaman yang harus anda lakukan antaranya tekan dada dan tekan tubi.Lakukan 1 hingga 3 set dan membuat ulangan 8 hingga 16 kali pada setiap senaman.

6. Masker payudara
Gunakan masker seminggu sekali untuk mendapat keanjalan payudara anda. Antara bahan untuk membuat masker ialah timun, krim lemak dan putih telur. Gaul sebati kesemua bahan dan lumurkan di sekitar payudara anda tunggu selama 20 minit kemudian bilas dengan air bersih.

vitamin shaklee untuk keanjalan payudara


Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment