Ketuat terjadi pada mereka yang tidak menjaga kebersihan diri. Namun bukan sebab itu sahaja, mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri juga mudah dijangkiti ketuat.
Hampir setiap daripada kita menghadapi masalah ketuat di tubuh dan kebiasaannya kita akan menyedari pertumbuhannya kerana ianya timbul di permukaan kulit. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah pada tangan, jari dan kaki.
Jom ikuti cara mudah untuk menghilangkan ketuat tanpa rasa sakit.
1. Kapur sirih
Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat tanggal dengan sendiri tanpa rasa pedih dan tidak meninggalkan parut.
2. Daun kesum
Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
3. Minyak masak
Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titiskan pada ketuat. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang
4. Getah betik
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat hingga kering. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang dan gugur sendiri
5. Pasir
Gosok ketuat dengan pasir yang basah seperti pasir di sungai atau di kawasan pantai. Cuba selama tiga hari berturut-turut, ketuat akan hilang dengan sendirinya.
Selamat Mencuba! :)
No comments:
Post a Comment