photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

Sukar Hamil Kerana Masalah Telur (OVUM)

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, pastinya teruja untuk menimang cahaya mata. Ada yang terus mahukan baby, ada yang ingin menstabilkan dulu ekonomi keluarga sebelum menambah ahli baru. Samada cepat atau lambat, bergantung kepada perancangan masing-masing, dan pastinya rezeki dari Yang Maha Esa.


Saya kerap menerima e-mail dari customer (terima kasih!) yang ingin mencuba untuk hamil. Ada yang sudah mempunyai cahaya mata, seorang, ataupun dua orang, tapi sukar untuk hamil sekali lagi walaupun telah bertahun-tahun mencuba. Ada juga yang sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan rezeki untuk mengandung. Tidak dinafikan, adakala sebak menerima e-mail sebegini. Saya cuba memberikan konsultasi berdasarkan masalah yang mereka ceritakan, dan dalam masa yang sama, saya turut berdoa semoga hajat mereka dikabulkan. Amiinn!

Ada banyak faktor menyebabkan seseorang sukar untuk hamil, meskipun dia pernah hamil sebelum itu, dan anaknya sudah pun besar. Namun, saya kurang setuju jika masalah sukar untuk hamil ini hanya dipersalahkan kepada kaum wanita sahaja kerana, peranan suami juga tidak kurang pentingnya di dalam proses persenyawaan. Tanpa sperma yang sihat dan berkualiti, bagaimana pula untuk menembusi sel telur dengan jayanya?

set kesuburan shaklee

Menurut Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat di blognya:


Tiap-tiap wanita biasanya dikurniakan oleh Tuhan dengan dua kilang ovari. Ketika lahir, ovari-ovari itu mempunya sebanyak 400,000 ‘promodial dolikal’ iaitu sel-sel yang bakal menjadi ovum. Tetapi dalam hayat seseorang perempuan hanya lebih kurang 400 sel berjaya menjadi telur (ovum), yang lainnya akan musnah. Biasanya hanya satu telur dikeluarkan dalam satu pusingan haid dan ia dikeluarkan pada hari keempat belas dikira selepas mula keluar haid (jika satu pusingan haid mengambil masa 28 hari), dan tidak kesemua perempuan dalam hayatnya mengeluarkan telur.

Proses percantuman antara benih lelaki dengan ovum perempuan mungkin berhasil jika persetubuhan berlaku pada ‘waktu kesuburan’ iaitu waktu pengeluaran ovum (ovulasi) sedang berlaku. Setiap ovum biasanya mempunyai tempoh hayat selama lebih kurang 48 jam sahaja. Jika percantuman berlaku, besar kemungkinan kehamilan akan dihasilkan tetapi jika tidak, telur ini akan musnah begitu sahaja.

Lebih kurang 20 peratus dari wanita-wanita mandul disebabkan oleh kegagalan ovulasi. Sebab kegagalan ini sangatlah banyak dan tidak perlu dinyatakan satu persatu.

Kadangkala terdapat kes-kes mandul di mana selepas semua ujian-ujian dan siasatan didapati kedua belah pihak adalah ‘normal’ tetapi mereka gagal untuk mendapatkan kehamilan. Satu sebab penting yang ditimbangkan ialah ‘immulogical incompatibility’. Ini adalah satu keadaan di mana isteri dan suami tidak serasi dan isteri kemudian membentuk sejenis antibodi terhadap benih-benih suami. Antibodi ini kemudian memusnahkan benih-benih suami dan dengan ini percantuman benih dengan ovum tidak boleh berlaku. Ujian untuk kepentingan ukuran antibodi belum dapat dipastikan. Masalah ketidakserasian (immulogical incompatibility) telah dicerita dalam satu kisah kelamin yang mandul selama beberapa tahun tetapi semua ujian-ujian menunjukkan kedua suami isteri itu normal.


*Kredit kepada www.hamidarshat.com

Telur juga berasal daripada sel!


Kali ini saya cuma ingin menyentuh mengenai telur (ovum), yang berasal daripada sel-sel. Seperti yang saya petik dari blog Dr. Hamid Arshat tadi, "dalam hayat seseorang perempuan hanya lebih kurang 400 sel berjaya menjadi telur (ovum), yang lainnya akan musnah."

Makanan asas kepada sel ialah protein. Dari sel-sel inilah akan terbentuknya tisu, dari tisu menjadi organ, dan dari organ akan menjadi sistem di dalam badan. Maka, untuk memastikan tumbesaran dan kesegahan sel, pastinya kita perlu mengambil sumber protein yang berkualiti, kerana sel-sel badan kita perlukan protein untuk menjalankan aktiviti hariannya.

Oleh itu, pastikan anda mendapatkan sumber protein secukupnya setiap hari. Semoga melalui pemakanan yang seimbang, dan sumber protein berkualiti, boleh membantu anda menghasilkan telur-telur (ovum) yang sihat, seterusnya membantu persenyawaan telur dan sperma dengan baik, Insya Allah.



Di Shaklee, kami ada suplemen protein yang dipanggil Energizing Soy Protein, atau kini lebih dikenali ESP Isolate Soy Powder:
Jika anda sukar untuk mendapatkan sumber protein yang berkualiti tinggi di dalam sumber makanan harian anda, jom cuba Shaklee ESP hari ini! Protein dari sumber kacang soya berkualiti tinggi, sedap diminum dengan apa jua minuman kegemaran anda, malah, turut membantu anda mendapatkan kulit yang lebih sihat & cantik, kerana seperti yang anda tahu, protein membantu anda mempunyai sel-sel yang sihat.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol. *Kredit kepada Shaklee Malaysia.

credit

**************************************************


Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~


How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini


No comments:

Post a Comment