photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

Part 3: Pengalaman & Tips membawa Anak kecil menunaikan Umrah 2014

Assalamualaikum....

baru berkesempatan nk cerita tentang pengalaman umrah bersama anak kecik bahagian 3 plk :) alhamdulillah kami menginap di Hotel Dallah Taibah yg xberape jauh dr Masjid Nabawi  dlm 100-200m sje..sgt dekat..turun je dr hotel jalan cket smpi..memang dekat sgt. Perjalanan dr Jeddah ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6jam mcm tu.. saat masuk ke Madinah perasaan sebak mula dtg. Ya Allah KAU makbulkn permintaan ku untuk jejak kaki ke sini. Memang x pernah terfikir untuk smpi ke sini pd usia muda ini. Memang dlm hati niat untuk dtg ke sini. Alhamdulillah Allah makbulkan dan beri pelbagai cara untuk jejak kaki ke rumah NYA.

Aktiviti pertama di Kota Madinah ialah melawat sekitar Masjid Nabawi..ya memang penat sbb tidur yg tak cukup..tp memang sgt berharga pengalaman ni. Cume kesian dkt anak sedikit sbb tak cukup rehat tp alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan kami, Hannah tak meragam malah die excited.

Budak lepas menangis sbb takot berhimpit2 nak solat di raudhah.
Keadaan agak sesak berhimpit2 sewaktu ingin menunaikan solat sunat di Raudhah. Yess kami terpakse kepung Hannah supaya tak ditolak dgn orang2 lain.. mse nk ke Raudhah Hannah menangis ketakutan. Kesian sgt tgk.. seakan fobia bile tgk orang ramai. Dlm keadaan sesak kami diberi perhormatan untuk solat di saf hadapan skali betol2 di hadapan pintu pagar, di karpet hijau, penjaga disitu nampak Hannah nangis terus die bagi kami solat paling hadapan. Org Indonesia yg bekerja dan menetap di sana. Siap tanye, : Kenapa menangis ni?  Saya jawab takot keadaan sesak mcm ni, then die ckp lps ni terus masuk ke hadapan ya.. Ya Allah, tuhan saje yg tau perasaan ni sbb dipermudahakn. Then Hannah berdiri betol2 di hadapan saya, smbil dijaga oleh Jaga Wanita Indonesia itu. Terus senyap xde nangis dh.. siap ckp lg "jgn menagis ibu kan mao solat". Alhamdulillah selesai solat sunat dhuha solat sunat taubat. Bercucuran air mata.

Sedkit perkongsian.. ramai dh tau tp nk bgtau jugak hihi Raudhah adalah salah 1 bahagian dlm Masjid Nabawi yg terkenal. Raudhah atau Taman Syurga, adalah tempat yg letaknye antara rumah Nabi Muhammad SAW dan mimbar Syarif. Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah. ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah

Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa dan untuk makluman korang, tempat ini diberikan nama Raudhah oleh Rasulullah sendiri dalam erti kata lain, kalau Rasulullah sendiri dah kata ia taman syurga, apalagi nak kita katakan, Subhanallah! Tempat mustajab untuk berdoa adalah dihadapan Raudhah ini. Subhanallah.

Hari pertama di Madinah adalah Hari Jumaat jdnye kami stay smpi solat zuhur dan jumaat, x blk hotel so dlm back pack siap ade susu n makanan mcm biskut n pampers. Hannah lps menyusu badan terus tidur kt masjid nabawi dptla saya mengaji sementara menunggu solat jumaat.

Hari ke 2

Selesai solat subuh di masjid nabawi
Bersama ibu mertua dan orang arab di sana

Muka mengantok Hannah


Selepa sarapan kami di bawa melawat di luar madinah pula.. pergi ke JABAL UHUD..tp Hannah tidur dlm bus huhuh...just melawat dkt2 dgn bus aje.. ramai yg meniaga, jual habbatussauda, rempah2..so saya beli habbatussauda di situ.

bukit uhud madinah
Gunung Uhud mencintai Rasulullah SAW dan begitu juga sebaliknya. Menziarahinya kita akan mengambil hikmah mengenang pahit getir perjuangan Rasulullah dan para sahabat mempertahankan Islam.  Uhud terletak kira-kira 7 km dari Madinah. Ia tidak bersambungan dengan banjaran gunung-gunung lain, nama Uhud sendiri bermaksud tersendiri.

bukit uhud

Ramai yg berniaga di sekitar kaki Jabal Uhud. siap ckp bahasa melayu lg hiii.. kalo tgk nampak terik sgt matahari kan, tp sebenarnye bru pukul 9 mcm tu..walaupin cuaca terik tp berangin dan sejuk..angin yg sejuk so xde rsa panas

Hari 3 (Terakhir di Madinah ;(  )


Selepas ucap selamat tinggal kepada Rasulullah
Sedih perasaan selepas ucap selamat tinggal kpd Rasulullah. Sebak..memang xley tahan air mata pon..rse mcm xnk balik pon ade.. sebab tenang sgt perasaan kt sini..xde fikir masalah pon hihi..fikir nk buat amal ibadah je. Pukul 2ptg kami bertolak ke Mekah untuk buat umrah yg pertama.

Saya kongsikan sedikit gambar di Madinah :)







TIPS yg ingin saya kongsikan
  1. Sediakan makanan seperti biskut, minuman kotak sekiranya anda stay di maskid nabawi pd masa yg lama
  2. Jgn lupa kalo ade ipad or smart phone yg dh di download siap2 games, or movie or cartoon yg digemari..sbb xnk gune internet kt sane..mahal wooooo..unless ade wifi then ok.
  3. Sediakan pampers yg mencukupi
  4. Susu formula yg mencukupi
  5. Tisu basah, napkin untuk kegunaan kalo termuntah ke ape (pengalaman sndr Hannah mungkin perut die xselesa n xbole terima makanan kt situ muntah btol2 time nk angkat takbir solat zuhur, abes basah kotor baju)
  6. Sediakan plastik (incase kalo nk muntah)
  7. Bawak la buku2 yg die suke, buku mewarna ke 
Okeh nnt kite continue menunaikan umrah ye. Perjalanan ke Mekah pulak




Love

Jihan Ghazi & Hannah








Apa nak buat bila MUKA PENUH JERAWAT, KULIT KUSAM, PARUT HODOH dan KULIT GELAP?

Assalamualaikum..


Ya Allah mesti ade yg mengalami masalah mcm tajuk entri ni kan...KULIT MUKA PENUH JERAWAT, KULIT MUKA GELAP, KULIT MUKA KUSAM, PARUT JERAWAT pon banyak...dh cuba pelbagai cara tp still tak nampak perubahan..mungkin ade yg sanggup bayar beribu2 utk dptkn kulit wajah yg diingini..

Saya kt sini nk share dgn korang dgn kos yg tidak mahal, xperlu bayar smpi ribu2 ni.. insyaallah mampu milik dan yg paling penting BUKAN UNTUK KULIT MUKA SAHAJA TP MERANGKUMI KESIHATAN SELURUH BADAN! haaaaaa meh nak share ape yg korang bole amalkan  

set asas kecantikan shaklee

SET KECANTIKAN ASAS 

Penjimatan sehingga 4-6bulan tuuuuu

  1. VITAMIN C SR : Mencerahkan Kulit, Mengecilkan pori2, melembutkan kulit, kulit licin dan mengecutkan jerawat
  2. VITAMIN E : Memudarkan parut jerawat, mengatasi masalah kulit berminyak & kering, memudarkan jeragat & of course kulit semakin glowing.
Vitamin ni bukan untuk wanita je tau uolss lelaki pon boleh amek tau!


 Antara testimoni set kecantikan kulit muka

testimoni set kecantikan shaklee
TESTIMONI ESP SHAKLEE

testimoni parut hodoh
TESTIMONI VITAMIN C DAN VITAMIN E

set kecantikan shaklee
TESTIMONI VITAMIN E COMPLEX

Jadi ape yg perlu anda lakukan? dptkn SET KECANTIKAN SHAKLEE sekarang!


Hubungi saya untuk HARGA ISTIMEWA :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungi saya untuk HARGA ISTIMEWA :)

ATAU DAFTAR SEKARANG MENJADI AHLI




Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ

Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 



Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini

Merancang Jantina Anak?? Bagaimana??

Boleh ke?? Ini Hanya Usaha Kita <3.. Semuanya Berbalik kepada Kekuasaan-NYA :). anak 1st girl..agak2 kalo 2nd boy ok gak kan hihihi.. skdr suka2 sekadar berkongsi shje.. semuany ALLAH yg tentukan..



MERANCANG ANAK LELAKI!

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

MERANCANG ANAK PEREMPUAN 

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.


Bila boleh tahu ?
# Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur kandungan antara 5-6 bulan.


jadual jantina anak versi cina

Apa2 pon semuanya yg MAHA KUASA yg tentukan.. Berdoa lah supaya apa yg kita ingin kan di makbulkan :)






PCOS : Peluang untuk Hamil Tinggi bg pengidap PCOS

Assalamualaikum

Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.
pcos
Ini adalah gambarajah perbezaan antara polycyctic ovari dan ovari normal. Ovari normal, mempunyai telur matang yang bersedia untuk keluar dan disenyawakan. 

Gambar dr ultrasound bagi ovari yg abnormal (pcos)

TANDA-TANDA PENYAKIT PCOS

1. Tidak Subur atau Mandul
Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin - masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.

2. Haid Tidak Teratur
Tanda yang biasa bagi pesakit PCO ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan
Wanita yang mengidap penyakit POC akan mengalami haid yang sangat sedikit - hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.

5. Tumbuh Rambut
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut - juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit POC ini.


Bagaimana Kita Boleh Kesan kita ada masalah PCOS?

Ia boleh dikesan dgn menjalankan ujian ke atas darah. Dalam ujian ini, pihak makmal akan mengukur tahap hormon FSH dan LH pada hari ke-2 haid. ( Hormon FSH selalunya lebih tinggi dari LH). Jika LH melebihi tahap FSH sebanyak 2 kali ganda, maka dia akan di sahkan doctor mengalami PCOS.

Penyakit PCOS mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCOS. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCOS. 


ADA TAK RAWATAN UNTUK PCOS?

Setiap penyakit ada penawarnye..yg penting kite usaha untuk mengawal dan mencegahnya. Tujuan nya adalah untuk meningkatkan kesuburan bg mereka yg sudah berkahwin lama tp masih belum lg dikurniakan cahaya mata. Selain itu tujuan merawat pcos adalah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara 1 haid dgn haid yg lain lebih kerap ataupun normal iaitu 30hari.

1. Mengawal Kegemukan (Obesity)
Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik.

2. Meningkatkan Kesuburan Wanita
Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti:

a. Ubat subur Clomiphene

b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin

c. Ubat Metformine

3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.


APA SUPPLEMENT SHAKLEE YG BOLEH MEMBANTU PENGIDAP PCOS?

Memang betol setiap penyakit ada penawarnye, selagi kita manusia berusaha untuk merawatnye. Antara supplement shaklee yg dapat membantu masalah pcos ni ialah :

1. GLA COMPLEX - mengimbangi dan mengawalatur semual  hormon wanita supaya kitaran haid kembali normal. GLA Complex membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita dan memperbaiki simptom spt senggugut, water retention, mood swing.

Harga runcit bagi GLA Complex ialah RM91.

2. OMEGA GUARD -  PCOS menyebabkan berat badan naik mendadak. Dgn pengambilan Omega Guard mampu membantu menurunkan dan mengawal berat badan. Peningkatan berat badan yg tidak ideal adalah slh 1 penyebab yg boleh menyumbang kpd kesukaran hamil

Harga runcit bagi OmegaGuard ialah RM136. 

3. ALFALFA COMPLEX - ia berfungsi sbg detox untuk menyingkirkan segala kekotoran dalam badan, merawat masalah keputihan dan bertindak sbg kacip fatimah untuk mengetatkan kembali mahkota wanita.

Harga runcit bagi Alfalfa Complex (330 tablet) ialah RM53.
Harga runcit bagi Alfalfa Complex (700 tablet) ialah RM97.

TOTAL UNTUK SET INI -->> 

Jumlah harga runcit bagi 3 suplemen ini ialah RM280 (Alfalfa 330) @

Jumlah harga runcit bagi 3 suplemen ini ialah RM324 (Alfalfa 700).

Hubungi saya untuk HARGA ISTIMEWA :)


Jom tgk testimoni ni ye

ubat merawat pcos

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ATAU DAFTAR SEKARANG MENJADI AHLI




Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini





7 amalan Pembuka Pintu Rezeki

Assalamualaikum semua.. saya ada terbaca 1 blog ni mengenai amalan-amalan atau tips pembuka pintu rezeki. Jd saya nk share 7 amalan pembuka pintu rezeki tu. Jom sama2 kita amalkan Insyaallah segala urusan kita akan dipermudahkan dan dikurnikan rezeki yg melimpah ruah. Amin

Artikel Asal -7 Tips Pembuka Rezeki


Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezekiSiapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan. Yang sedihnya ada yang mengambil jalan pintas tanpa berfikir panjang lantas memijam duit dari Ahlong dan ada yang sampai meragut,pecah amanah dan pecah rumah orang..

Yang lebih parah sanggup merosakkan akidah pergi berjumpa bomoh konon boleh dapat “nombor”..

Kita mengaku kita muslim,kita ada Allah tapi mengapa tidak dekatkan diri denganNYA dan berdoalah apa yang kita hajati..Mengadulah tentang masalah yang sedang kita hadapi..

Berikut ini saya kongsikan kepada anda suatu amalan pemanggil rezeki dan pembuka pintu-pintu rezeki yang menjadi amalan orang-orang soleh..

1. Banyakkan beristighfar

Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam:Aku katakana kepda kaumku”Beristighfarlah kamu kepada Tuhan,sesungguhnya DIA adalah pengampun..Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai”

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa datang seseorang kepada imam Hasan al-Basri r.a mengadu tentang tanahnya yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri: “BERISTIGHFARLAH”..Datang pula yang lain mengadu kemiskinan,jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Datang lagi yang lain minta doa agar direzkikan seorang anak, jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama sedangkan didatangkan persoalan yang berbeza. Kata imam Hasan al Basri:“Ini bukanlah pendapatku,inilah yang Nabi Nuh a.s sebut”

2. Doa murah rezeki yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…

Doa ini untuk didoakan kepada seorang lelaki..kerana Nabi doakan kepada Anas..kalau nak doakan untuk (dia) seorang wanita maka tukarlah dhomir(kata ganti nama) huwa(hu) kepada dhomir hiya(ha) seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَها وَوَلَدَها ووالسع لها في دارها وَبَارِكْ لَها فيما اعطيتها واحسن اعمالها والغفرلها

Adapun jika anda mahu amalkan doa ini untuk diri sendiri maka tukarkan dhomir huwa(dia lk) atau hiya(dia wanita) kepada dhomir ana seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي

Allahumma , aksir maali, wa waladi, wa wassi’ li fi dari, wa barikli fi ma a’toitani, wa ahsin a’mali, warghfirli.

Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartaku dan anak-anak-anakku dan luaskanlah rumahku dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadaku dan perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku…

Berkat doa Nabi s.a.w kepada Anas r.a Allah telah panjangkan umur Anas bin Malik dan kurniakannya anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah,hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”

Diriwayatkan Anas dilimpahkan kekayaan,dikurniakan ramai anak ( 120 orang ) dan umurnya ketika wafat 104 tahun(saturiwayat) dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW.

Lazimi doa ini ketika sujud dan selepas solat dengan bersungguh-sungguh mengharapkan rezeki yang diminta..

3. Selawat Murah Rezeki

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Allaahumma solli ‘alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim

Ya.Allah rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya

Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi s.a.w..Mudah-mudahan berkat selawat ke atas Nabi ini diluaskan dan dilapangkan rezeki..

4. Ayat Seribu Dinar

ayat-seribu-dinar

Wa mayyataqillaha yajj’allahu makhroja Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib,

Wamayyatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu.Innallah baalighul amrih.Qod ja’allahu

Likulli syai’in qodroo

Terjemahannya :

Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq,dari ayat dua dan tiga..

Kaedah beramal:

Amalkan setiap selepas solat subuh..Kalau dapat amalkan setiap kali selepas solat fardu lagilah baik.Baca sebnyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib”


5. Banyak Bersedekah

Salah satu tips kunci rezeki adalah bersedekah..Cara ini juga berkesan seperti tips-tips yang disebutkan di atas..Inilah kunci rahsia kekayaan ahli-ahli koprat muslim seperti Tan Sri Syed Bukhari..Sedekah adalah satu amalan yang ajaib,kerana semakin kita bersedekah semakin Allah tambahkan lagi kekayaan kepada kita..tapi bersedekah itu mesti niat kerana Allah(ikhlas)

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَلَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَـعِفُ لِمَن يَشَآءُ وَاللَّهُ وَسِعٌ عَلِيمٌ

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al Baqarah: 261).
6. Berbakti kepada Ibu Bapa

Antara amalan yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya ialah berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Suruhan berbakti serta berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran:

17:23: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya ataupun kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”

17:24: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”

Disebutkan di dalam Hadis:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

7. Melazimi Membaca surah al Waqi’ah

Diriwayatkan Sa’ad bin Abi waqas seorang Nabi s.a.w yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya di infaqkan ke jalan Allah

Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin waqas:”Kamu tak bimbang ke nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?”

Jawabnya:”Aaku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik dari harta yang mereka tidak akan diitmpa kemiskinan selama-lamanya

Ditanya kepada”Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?”

Jawabnya”Aku tinggalkan kepada ank-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan surah al waqi’ah”..

Surah al waqi’ah ini menjadi amalan keluarga Prof Dato Dr Haron Din..sejak dari kecil lagi bapanya(Lebai Din)mewajibkan anak-anaknaya menghafaz dan mengamalkan surah al waqi’ah sebagai ikhtiar murah rezeki

Kata Dr Haron Din:

“Saya hafal sejak zaman ayah lagi..Ayah suruh kami baca surah al waqi’ah..Kami baca surah al waqi’ah Pada tiap-tiap malam jumaat dan ayah akan mengapalai membaca al waqi’ah dan dia latih kesemua anak-anak dia surah al waqi’ah,dan saya dapati betul..Ayah tidak meninggalkan sebarang harta..Emak hanya tinggalkan kedapa kami dalam 2 ekar setengah tanah tapi semua adik beradik tak nak dan kita waqafkan kepada sekolah S.A.R..Masing-masing berbekalkan dengan al Waqi’ah dan saya tak tinggal waqi’ah,dalam kereta,atas kapal terbang,di rumah nak tidur saya baca..so jangan tinggal waqi’ah..Orang-orang yang agak bermasalah rezeki ni baca waqi’ah..Kena yakin bahawa waqi’ah menjadi satu pendorong utama,tapi janganlah harap hari ni baca esok boleh jadi kaya..so beramal..saya beramal lama”

Pesanan saya:

1. Beramallah dengan tips-tips diatas secara konsistan..Jangan mengharap hari ini amal esok nak dah persoal kenapa tak kaya-kaya pun..

2.Yakinlah serta letakkan spenuh pengharapan kepada Allah supaya dengan ikhtiyar ini Allah melimpah rezeki kepada kita tidak putus-putus biarpun tidak kaya..

3. Beramal dengan tips-tips murah rezeki di atas bukanlah bermakna kita tidak payah keluar cari kerja..kita bukanlah seperti orang-orang yang telah sampai ke maqam beroleh rezeki tanpa sebarang kerja..

4. Pengalaman orang-orang yang beramal secara istiqamah salah satu dari tips-tips di atas memang menjadi..rezekinya mudah je..mereka yang saya kenali tidaklah sehingga menjadi jutawan tapi mereka tidka pernah rasa susah mendapat rezeki,rezeki ada sahaja..

5. Anda perlu tahu bila sebut rezeki,rezeki bukan sahaja WANG atau HARTA..ulama berpendapat kadang-kadang rezeki itu datang dalam bentuk seperti diberi kesihatan yang baik,mudah urusan,selamat dari musibah dan mendapat kebahagian..

6. Yang paling penting ialah tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah..Bila kita bertakwa pasti Allah memelihara rezeki kita..Bila kita buntu pasti Allah akan memberi jalan keluarnya dan Allah akan memberi kepada orang-orang yang bertakwa itu rezeki yang tidak pernah ia duga.



Insyaallah Amin :)

Penting sangat ke Minyak Ikan terhadap Ibu Hamil, Ibu Menyusu dan Kanak-kanak?

Assalamualaikum semua

Soalan di atas penting sgt ke minyak ikan ni kepada Ibu Hamil, Ibu Menyusu dan Kanak-kanak? Sapa kata  tak penting? Penting sgt2 tau.. Tau x minyak ikan ape pilihan saya? Of Course Omega Guard Shaklee.  Tahu tak Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.

Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™ membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Jadi di sini kenapa Ibu Hamil & menyusu serta kanak-kanak perlu mengambil Minyak ikan dlm diet harian mereka? Jom tgk gambar bawah ni.
Kalau korang mencari supplement minyak ikan boleh try Omega Guard. Berbaloi2 :)

Hubungi saya untuk HARGA ISTIMEWA :)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ATAU DAFTAR SEKARANG MENJADI AHLI




Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini


Rambut banyak Gugur dan semakin botak selepas melahirkan anak? Ambil langkah pencegahan segera


Bagi ibu lepas bersalin masalah rambut gugur memang xdpt lari, mcm kawan baik pulak hihih. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara Perlu Anda Tahu :
  1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
  2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
  3. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
  4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
  5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
  6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
  7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
  8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
  9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa Anda perlu lakukan?
  • Ibu2 tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda. 
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.
  • Menggunakan Shampoo yg bersesuaian
  • Mengambil supplement bg mengatasi masalah tersebut

Di bawah ni adalah cadangan yg boleh mommies ambik seperti Shampoo Prosante keluaran Shaklee 

tips mengatasi masalah rambut gugur

Yang ni pula makanan tambahan yg bagus utk masalah rambut dan juga sgt2 sesuai bg IBU MENYUSU.. maksudnye 2IN1 :). 

tonik rambut

1. ESP (Energising Soy Protein) - protein asas kpd semua sel termasuk rambut
2. VITALEA - pemakanan yg lengkap dgn vitamin dan mineral yg diperlukan oleh sel
3. VITAMIN C - membantu sel rambut yg sihat dan anjal
4. B COMPLEX - membantu rambut yg sihat dan akar yg kuat
5. ZINC - membantu pertumbuhan rambut dgn lebih baik

Hubungi saya untuk HARGA ISTIMEWA :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ATAU DAFTAR SEKARANG MENJADI AHLI




Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini