photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

Perlukah OSTEMATRIX (KALSIUM) untuk IBU HAMIL & MENYUSU?

Assalamualaikum semua..

Perlukah/pentingkah Kalsium untuk Ibu Hamil dan Menyusu? Mungkin kita hanya terfikir kalsium hanya pentin utk kanak-kanak dan org tua shj. Tetapi tahukah anda Kalsium sgt penting especially IBU HAMIL. Yes memang betol kalsium penting bg kanak-kanak sbg sumber tumbesarn tulang, manakala bg Orang tua utk mengelakkan Osteoporosis dan pereputan tulang.

Kalsium SANGAT PENTING bg IBU yg HAMIL kerana sekiranya ibu hamil tidak mendapatkan kalsium yg mencukupi ia boleh menyebabkan komplikasi saat melahirkan anak dan juga kesannya akan berterusan shingga tua.  Kalsium dilihat sebagai satu zat yang penting disamping zat besi, folik, potasium dan lain-lain. Semua ibu hamil seharusnya tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. 

 Ostematrix Shaklee

Sebanyak 75% ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak. Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa. Jika ibu-ibu hamil tidak suka mengambil susu, terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu. Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayuran, buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kalsium yang tinggi.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal. Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi. Banyak penyelidikan dan kajian atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga praeklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi. Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis. Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar menghidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.


Adakah Ibu menyusu juga memerlukan Kalsium?

Yess, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecutkan semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

Oleh yang demikian, ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk supllemen mahupun daripada sumber semula jadi.

Di Shaklee menawarkan Kalsium atau dikenali sbg OSTEMATRIX,  membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk membuat pesanan sila click gambar di bawah
produk shaklee

Selepas selesai pembayaran sila hubungi kami untuk dptkn konsultasi berterusan dgn memberikan maklumat spt "NAMA, PRODUK YG DIBELI ke 019-2602994 Jihan"

atau bole terus hubungi saya seperti di bawah :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini




No comments:

Post a Comment