photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

Diet seimbang pesakit diabetes

Bagi pesakit diabetes atau kencing manis, pengambilan makanan atau diet seimbang sangat penting dalam kehidupan seharian bagi mengawal tahap gula dalam darah. Ini kerana diabetes terjadi akibat daripada kelemahan tubuh mencerna karbohidrat. Dalam proses metabolisme, karbohidrat diproses menjadi gula atau glukos dan ditukarkan kepada tenaga, namun tidak semua jadi begitu. 

Buat pesakit kencing manis, insulin berfungsi mengawal kadar lebihan gula dalam darah yang tidak berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan berlakunya pengumpulan gula yang menghasilkan keadaan hyperglycaemia dan menyebabkan terdapatnya gula dalam air kencing. 
vitamin shaklee untuk diabetes
Diet seimbang pesakit diabetes

Jadi jika anda cuba untuk mengamalkan diet diabetes yang seimbang dan sihat, berikut adalah beberapa cadangan makanan yang mampu mengawal tahap gula anda. 

BUBUR / BIJIRIN 
Pengambilan bubur atau bijirin mampu mengawal kandungan gula dalam tubuh badan anda. Malah anda digalakkan untuk makan bubur pada waktu pagi. Walaupun bubur merupakan karbohidrat, ia merupakan karbohidrat yang baik. Oleh kerana ia kaya dengan fiber terlarut, ia melambatkan penghadaman dan tidak akan meningkatkan kandungan gula anda begitu cepat. Ia juga membantu pengurangan berat badan kerana kandungan fiber membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama. 

BROKOLI, BAYAM & KACANG HIJAU
Menurut pakar diabetes, pengambilan sayur-sayuran tidak berkanji seperti brokoli, bayam dan kacang hijau dalam diet anda sangat bagus kerana ia kaya dengan fiber dan rendah karbohidrat. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda tidak boleh mengambil sayur-sayuran berkanji seperti kentang, ubi kayu manis dan sebagainya kerana ia turut memberi anda nutrisi lain. Perlu diingatkan, diet anda perlu seimbang. 

STRAWBERI
Ramai pesakit atau penghidap diabetes cuba mengelak pengambilan buah strawberi kerana kemanisannya. Namun sebenarnya strawberi adalah snek yang sihat dan tidak akan meningkatkan kandungan gula terlalu banyak. Ianya rendah kalori dan karbohidrat, tetapi kaya dengan fiber dan air, lantas membuatkan anda kenyang dengan lebih lama. 

SALMON & DAGING TANPA LEMAK
Daging yang kaya dengan protein tidak akan memberi kesan kandungan seperti karbohidrat. Jika anda makan dengan kuantiti yang betul, ikan, dada ayam tanpa kulit dan daging tanpa lemak sebenarnya baik untuk diet buat pesakit diabetes. Ikan salmon adalah salah satu pilihan terbaik kerana ia turut mengandungi asid lemak Omega-3. Daging juga adalah sumber kronium iaitu mineral yang membantu insulin berfungsi secara betul. 

KAYU MANIS
Kayu manis adalah sejenis rempah yang mempunyai kesan seperti insulin dan juga membantu mengurangkan kandungan gula dalam tubuh pesakit diabetes. Hasil daripada beberapa kajian yang dijalankan, saintis telah membuat kesimpulan bahawa ekstrak kayu manis mampu mengurangkan kandungan gula dalam pesakit yang mempunyai masalah untuk mengawalnya.

-----------------------------------------

Dah mendaftar menjadi ahli shaklee? Kalau belum jom follow kt bawah tu :)


Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini


No comments:

Post a Comment