photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

Suntikan Epidural Kelegaan Semasa Bersalin : Pengalaman Saya

Assalamualaikum :)

Bile teringat balik pengalaman bersalin 3tahun lepas, rasa ngeri ade, fobia ade takot pon ade..hihihiAlhamdulillah saya bersalin normal, tapi disebabkan tak tahan sakit(mengade2 je lebih) suami suruh saya amek epidural sbb die pon dh tak sanggup tengok wife die nangis2 hihihi... rse sakit sikit2 lps solat subuh, siap call kakak mak tnye betol ke sakit ni.. then buat xtau kemas umah..then rse makin sakit dan kerap..lps lunch dlm kol 3ptg baru pergi hospital.. saya bersalin di Tropicana Medical centre dkt sgt dgn umah.. start sakit kuat dlm pukul 5 cmtu..then pukul 8 lebih dh xtahan sgt amek epidural, n pukul 10 cmtu dh bukak 10cm tp air ketubab xpecah lg n nurse pon pecahkan..Alhamdulillah pukul 11mlm 17 May 2011 selamat bersalin baby tembam hihih... Itu pengalaman saya.. 

Jom kite amek info sket ape tu Epidural :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

procedure epidural


Apakah itu suntikan epidural?
Ia merupakan suntikan ke dalam satu ruang kecil di belakang anda, menggunakan jarum yang bengkok dan berlubang. Hujung jarum yang bengkok akan dicucuk antara dua vertebrae dan jarum itu akan masuk ke dalam ruang di luar lapisan pelindung yang mengelilingi tulang belakang anda yang dinamakan ruang epidura. Satu tiub halus (atau kateter) disalurkan melalui jarum berlubang itu, kemudian jarum tersebut akan dicabut keluar. Kateter halus itu akan dilekatkan pada belakang dan pada bahu anda. Pakar bius akan menyuntik anestetik lokal (sama seperti apa yang dilakukan oleh doktor gigi) ke dalam kateter untuk mengebaskan bahagian bawah abdomen anda. Kaki anda juga akan berasa kebas. Anda tidak lagi merasakan sebarang kontraksi. 

Kadang-kala, kateter dilekatkan kepada satu pam kecil yang membolehkan pakar bius mengawal jumlah anestetik lokal yang anda perlukan atau suntikan dos dikawal oleh pam untuk melepaskan dos anestetik yang sedikit setiap beberapa minit. 


Bagaimanakah ia berfungsi?
Ia berfungsi seperti mana anestetik lokal berfungsi apabila doktor gigi mengebaskan mulut anda sebelum mencabut gigi. Pakar bius akan mematikan saraf yang fungsinya ialah membawa isyarat-isyarat rasa sakit dari rahim dan serviks anda. 


Bilakah saya perlu mengambilnya?
Secara teorinya, anda boleh mengambil suntikan epidura pada bila-bila masa semasa proses pelahiran bayi, dan boleh juga diambil apabila anda berada di peringkat kedua semasa anda menolak bayi anda keluar, walaupun lazimnya anestetik tulang belakang (spinal) akan diberikan pada waktu tersebut. 

Walau bagaimanapun, kebanyakan orang akan meminta diberikan suntikan epidura apabila serviks mengembang sebanyak lima hingga enam sentimeter dan kontraksi semakin kuat. Jika serviks telah mengembang sebanyak lapan hingga sembilan sentimeter, mungkin ia terlalu lambat untuk mengambil suntikan epidura dan anda akan dinasihatkan untuk meneruskan pelahiran tanpa bius ini sebab bayi sudah hendak keluar. 

Apakah kebaikan suntikan epidural?
  • Lebih daripada 90 peratus orang wanita mendapatkan kelegaan sakit yang sepenuhnya.
  • Pemikiran anda masih jelas.
  • Boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi.
  • Membolehkan anda mengawal pelahiran bayi dan mengembalikan keyakinan anda.
  • Suntikan epidura adalah lebih sofistikated daripada dahulu dan anda akan sedar bahawa keseluruhan kaki anda tidak kebas sepenuhnya.

Apakah keburukannya?
  • Anda mungkin akan terasa kebas hanya di sebelah badan anda dan mungkin ada sebahagian kecil di perut anda yang tidak terkena bius.
  • Mungkin membuatkan anda menggeletar.
  • Anda mesti baring di atas katil.
  • Anda perlu diletakkan drip pada lengan anda. Ini adalah sebab pengambilan suntikan epidura akan mengurangkan tekanan darah bagi sesetengah wanita dan menjejaskan secara serius bekalan oksigen kepada bayi anda. Drip ialah langkah berjaga-jaga supaya, apabila timbul keadaan kecemasan, jumlah darah anda boleh ditambahkan dengan pantas untuk menaikkan tekanan darah anda kembali ke normal.
  • Anda mungkin dipasangkan kateter dalam pundi kencing anda. Jika anda mengambil suntikan epidura, anda mungkin tidak sedar bila anda perlu mengosongkan pundi kencing anda, jadi ini perlu diuruskan untuk anda secara automatik.
  • Anda mula merasakan seakan-akan kehilangan kawalan. Tiga tiub telah dimasukkan ke dalam badan anda dan anda akan diberitahu bila dikehendaki menolak jika anestetik masih berfungsi semasa peringkat kedua kehamilan. Pada masa itu pakar obstetrik dan bidanlah yang akan menguruskan pelahiran anda dengan efektif.
  • Suntikan epidura boleh memanjangkan tempoh pelahiran terutamanya pada peringkat menolak.
  • Denyutan jantung bayi anda akan diawasi secara berterusan dengan menggunakan transduser yang diikat pada abdomen anda atau transduser kecil diklipkan pada kulit kepala bayi.

Terdapat kemungkinan yang lebih tinggi bagi penggunaan forsep atau ventouse (juga dikenali sebagai vakum) sebab selalunya suntikan epidura akan menghalang bayi bergerak ke posisi terbaik untuk dilahirkan. Ia juga akan menghalang anda daripada merasakan dorongan semula jadi untuk menolak pada peringkat kedua pelahiran.

Jika jarum epidura melepasi dan keluar dari ruang epidura, akan terdapat kebocoran cecair tulang belakang (tulang sum-sum) selepas tiub dikeluarkan. Cecair ini akan memampan otak anda dan akan menyebabkan sakit kepala yang teruk walaupun hanya sedikit kebocoran yang berlaku. Selalunya ini dirawat dengan mengambil sedikit darah dari lengan anda, sehari selepas bayi dilahirkan dan menyuntiknya ke belakang anda untuk menutup lubang yang disebabkan oleh jarum epidura. Sesetengah wanita mempunyai masalah membuang air kecil selepas mendapat suntikan epidura.

Adakah terdapat sebarang tip yang berguna?
Jangan bergerak semasa pakar bius sedang menyediakan suntikan epidura. Anda akan baring di sisi anda atau duduk di hujung katil, membongkok ke hadapan dan mengerekot seakan-akan bulatan. Tumpukan kepada pernafasan anda. Tarik nafas dengan dalam melalui hidung anda dan hembus keluar dengan perlahan melalui mulut anda. Peganglah tangan suami anda dan tenunglah matanya. Bincanglah dengan pakar obstetrik dan bidan anda kemungkinan mengurangkan kesan suntikan epidura di peringkat kedua pelahiran semasa anda bayi anda sudah hendak keluar. Jika anda dapat merasakan kontraksi, in akan membantu anda menolak dengan efektif.

Jika anda tidak merasakan apa-apa sensasi tekanan semasa peringkat kedua pelahiran, dan/atau suntikan epidura melemahkan otot anda, anda mungkin tidak dapat menolak dengan efektif apabila di peringkat kedua pelahiran. Memperlahankan atau memberhentikan kemasukkan ubat epidura akan membantu anda merasakan sesetengah sensasi dan/atau kekuatan otot. Dos tambahan boleh diberikan jika dan apabila perlu.


Semoga bermanfaat :)


Perkongsian : 3 Tips Ajar Anak Menulis

Assalamualaikum semua.. hari ni saya nk share tips mengajar anak menulis.. bukan tips dr saya tp perkongsian yg saya ade baca mengenai ni..ibu2 bole la cuba ye :)

Anak-anak seawal usia 2 tahun sudah mula menunjukkan minat untuk menulis (pengang pen/ conteng-conteng). malah ada yang sudah pandai menggayakan aksi seorang 'waitress'

"mummy nak makan apa? sambil memegang buku dan pen seolah-olah sedang mengambil tempahan pelanggan"

Boleh jadi anak anda juga begitu. Ini adalah perkembangan normal anak-anak, mereka sedang memperelok penulisan tangan.


BANTU MEREKA

Peranan ibu bapa adalah untuk bantu mereka dalam proses ini (facilitate). Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh lakukan.

1 ) Muscle Up
  • Dalam usia yang masih kecil, otot-otot jari dan tangan mereka belum dapat diguna dengan baik untuk menulis. Jari juga kadang kala 'keras' untuk memegang pensil. Tetapi, jari jemari mereka boleh 'dilembutkan' dengan latihan yang sangat menyeronokkan, iaitu menCONTENG-CONTENG kertas! Berikan mereka buku/kertas, pensil warna atau krayon dan biarkan mereka conteng buku itu berulang-ulang kali.

2) Ajar Anak Anda Cara Pegang Pen Dengan Betul
  • Ya, sekali sekala ajar mereka pegang pensil dengan betul. Pakar menyarankan supaya beri mereka pensil yang kecil kerana secara tidak sengaja mereka terpaksa memegang pensil dengan hujung jari. Cara yang betul adalah pegang pensil dengan ibu jari dan jari telunjuk, dan dialas dengan jari tengah. Namun tak mengapa jika anak anda pegang dengan ketiga-tiga jari mereka
  • Oh ya, bagaimana anak kidal? Bak kata orang tua, belakang parang diasah2 tajam juga. Ajarkan dia guna tangan kanan, disana ada barakah kerana ia sunnah. Ramai juga ibu bapa yang berjaya menukar cara anak mereka menulis, dari tangan kiri ke tangan kanan (jangan paksa2, perlahan2).

3) Kedudukan Menulis
  • Yang terbaik, biarkan mereka duduk diatas kerusi dengan kedua-dua kaki rata diatas lantai dan badan ditegakkan. Meja pula tinggi sedikit dari paras siku. Jika mereka agak kekok, boleh juga cuba cara ini... dapatkan 'easel' . Kedudukan papan yang sedikit condong membantu mereka memegang pensil & menggerakkannya dengan lebih baik.

SHARING IS CARING  


Tips hilangkan RUAM BAYI, PARUT CHICKEN POX, KULIT GATAL dan TUMIT KASAR

Assalamualaikum


Antara masalah yg kite selalu hadapi ialah bg ibu2 anak ada ruam bayi (disebabkan napkin, susu, peluh), parut chicken pox yang susah nk hilang lg2 yg besar2 kan, kulit2 gatal dan juga tumit kasar dan pecah2.  tp pernah terfikir tak ade tak product yg bole gune utk semua masalah kt atas tu? dulu saya pon x pernah terfikir.. smpai la saya jumpa Herbal Blend Shaklee ni :). Kirenye membantu saya menyelesaikan semua masalah di ats ni. Memang superb laa :)

kebaikan herbal blend shaklee

Meh saya kongsikan kelebihan Herbal Blend Shaklee yg wajib korang ade :)

1. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga

Herbal Blend sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk atau serangga. Anak saya Hannah bila kene gigit nyamuk ke semut ke mesti die mintak sapu Herbal Bland Shaklee ni.. memang cepat kecut then xde parut. Memang superb! Bg yg ade eczema elok di sapu kt tempat kulit yg bermasalah tu.. Insyaallah ruam tu mudah hilang dan kite bole kawal.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah

Masalah tumit pecah, kasar dan merekah  sememangnya memalukan. Sering terjadi bile kite berdiri lama dan byk berjalan. So ape yg saya buat, saya sapu dekat tumit kaki yg kasar tu.. memang Amazing sbb makin lame makin hilang kasar2 tu dan makin lembut.Yg penting kene rajin sapu setiap hari. Insyaallah anda memang puas ati dgn hasilnye

3. Ubat luka atau melecur

Kalau anda melecur ke bole letak Herbal Blend kt tempat melecur tu. Ni saya sndri yg alami dan buat. Memang kulit tu x menggelembung, dan cepat surut kulit tu. 

4. Menghilangkan parut

Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah parut akan pudar dan hilang. sapu setiap hari okeh :)

5. Ruam pada bayi

Bayi sgt mudah nk terkena ruam bayi, tak kire la disebabkan susu ke, napkin ke peluh ke sebab kulit bayi kan sgt sensitive. Slh gune produk pon bole jd mcm2 masalah kt kulit baby. So elok sgt sapukan Hebal Blend ni pd tempat yg kne ruam tu..xperlu sapu byk2, sapu sedikit pon okeh. Lg 1 Herbal Blend ni bebas dr steroid so xde masalah nk pakai selalu.

6. Losyen harian

Hebal Blend boleh jugak kite guna sebagai losyen harian..sapu di siku ke or mane2 tempat. Sebabnye ia tak berminyak. Saya suka pakai sapu kt perut sebab berangin dan selesa je :)


So korang MEMANG WAJIB PERLU ADA HERBAL BLEND SEBAB BANYAK SGT KEGUNAAN NYA

***************************************************

Untuk pesanan, anda boleh terus klik gambar dibawah ini :)
herbal blend shaklee
Selepas selesai pembayaran sila hubungi kami untuk dptkn konsultasi berterusan dgn memberikan maklumat spt "NAMA, PRODUK YG DIBELI ke 019-2602994 Jihan"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ATAU DAFTAR SEKARANG MENJADI AHLI




Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini



Tumit Kaki Merekah, Pecah, kasar dan Ketuat? Jom cuba tips merawat tumit untuk cantik

Assalamualaikum semua..


Adakah korang mengalami Tumit kaki kasar, merekah dan pecah-pecah? Dari jauh lagi dah nampak penampilan kaki anda hitam dan kotor. Kadang2 bile berjalan pon sakit sbb dh luka tumit tu? Cube angkat tgn hihi.. Korang mesti ‘tension’ kan? Ia seolah-olah telah mencacatkan penampilan korang pada hari itu. Merawat tumit kaki pecah ini sebenarnya sama penting dengan merawat wajah. Namun, kebanyakan wanita berdepan dengan masalah tumit kaki pecah sehingga menyebabkan hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai. Perkara ini bukan saja terjadi kepada mereka yang berusia, malah golongan muda tidak terkecuali.

Pada peringkat awal, garis pecah yang halus ini tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kurang cantik dipandang. Namun jika tidak diberikan rawatan, rekahan halus ini akan menjadi semakin besar dan panjang membentuk kalus (kulit lebih tebal). Tanpa disedari,rekahan d bawah halus ini boleh menjadi panjang sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit apabila berjalan. Terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah.

set merawat tumit mekerah shaklee


Antara petua yang boleh anda amalkan adalah:

Petua 1

Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam. Rendamkan tumit kaki pecah tersebut selama setengah jam. Lakukan dengan kerap sehingga memperoleh tumit kaki yang halus dan cantik.

Petua 2

Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit kaki anda yang pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya.

Petua 3

Geselkan tumit kaki anda yang pecah pada rumput yang berembun pada waktu awal pagi. Lakukan setiap hari dan anda akan merasa perubahannya.

Petua 4

Sapukan tumit kaki anda yang pecah dengan bawang merah yang telah dibelah dua sehingga kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh dan anda berpuas hati dengan hasilnya.

Petua 5

Anda juga boleh menyapukan tumit kaki yang pecah dengan campuran gambir dengan air ataupun disapu dengan minyak lebihan mengoreng ikan. Hendaklah di amalkan selalu supaya anda menampakkan hasilnya.

Petua 6

Selain itu, anda boleh juga menggunakan belimbing buluh. Dengan cara menggosok tumit kaki pecah dengan buah itu. Kemudian guna berus lembut untuk menyapu belimbing buluh di permukaan tumit kaki yang pecah.

Petua 7

Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendam kaki dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya anda menggunakan garam bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki anda yang pecah menjadi licin.

Petua 8

Petua ini sangatlah mudah untuk anda lakukan. Hanya sapukan losyen di tapak kaki sekurang-kurangnya dua kali sehari dan lakukan sehingga kaki sembuh.

Petua 9

Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Kemudian rendamkan kaki anda selama 10 minit. Amalkan setiap hari sehingga tumit kaki pecah anda hilang.

Petua 10

Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan dua kali seminggu dengan konsisten sehingga mendapat hasil yang diinginkan.

Petua 11

Pengambilan supplement juga membantu merawat masalah tumit kaki kasar, pecah2, merekah dan masalah ketuat (kulat). Antara supplement shaklee yg boleh diamalkan ialah HERBAL BLEND dan ESP Shaklee

tip merawat tumit kasar dan merekah

Untuk penjagaan luaran, boleh sahaja menyental sel dan kulit mati dgn menggunakan berus yg bersesuaian dan menyapu krim kaki yg bersesuaian ia bertujuan MELEMBAPKAN terutama tumit kaki. Bagi produk shaklee boleh menggunakan Shaklee Herbal Cream.

Manakal bg penjagaan dalaman pula, perlu mengamalkan supplement yg bersesuaian. Kecantikan itu dtg dr dalam kan, so bg produk shaklee anda boleh mengambil ESP dan vitamin E. Yg penting anda perlu konsistent sekurang2 nya pengambilan yg berterusan selama 14hari untuk mendapatkan hasil yg diigini.
rawat ketuat atau kulat air

Selamat mencuba!

----------------------------------------------------------------------------------------------------


DAFTAR SEKARANG MENJADI AHLI




Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini

DIABETES : Serangan Tanpa Petanda Awal

Assalamualaikum semua...

vtips mencegah kencing manisBaru2 ni saya de terbaca 1 keratan akhbar berkenaan tentang DIABETES/KENCING MANIS. dlm keratan tu menyatakan 50% pesakit kencing manis tak sedar sebenarnye mengidap kencing manis. Ini kerana mereka tidak mengetahui sedang menghidapinya berikutan tidak mempunyai sebarang petanda awal.

APA ITU DIABETES?

DIABETES adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.


3 KATEGORI DIABETES

supplement shaklee untuk kencing manis


APAKAH TANDA-TANDA AMARAN DIABETES?
  1. Kerap Kencing -  tubuh cuba keluarkan gula berlebihan melalui air kencing
  2. Selalu Kehausan - air dlm badan byk keluar melalui air kencing
  3. Badan Lesu - sel badan tidak mendapat bekalan gula utk penghasilan tenaga.
  4. Naik Berat Badan - tidak mampu untuk bersukan/beraktiviti disebabkan badan yg lesu 
  5. Turun Berat Badan - badan menggunakan lemak simpanan utk menghasilkan tenaga
  6. Luka Lambat Sembuh  - gula yg ade dalam darah menarik perhatian bakteria

KOMPLIKASI DIABETES
  1. Kerosakan pada saluran darah dan saraf.
  2. Kegagalan buah pinggang
  3. Penyakit Kardiovaskular
  4. Impotensi
  5. Risiko bayi besar
  6.  Risiko bayi mengalami
  7. hypoglacemia
  8.  Risiko bayi mengalami
  9. masalah pernafasan
  10. Risiko bayi jaundis

CARA MENCEGAH DAN MENGAWAL DIABETES

Apa yg perlu ialah dgn mengamalkan cara hidup yg sihat spt
  • makan makanan yg seimbang dan sihat
  • melakukan aktiviti fizikal spt berjogging, berbasikal
  • Amalan rohani
  • Bersilaturrahim
  • Mengamalkan supplement utk meningkatkan taraf kesihatan :)

BAGAIMANA SUPPLEMENT SHAKLEE MEMBANTU MENGAWAL DIABETES?


kawal kencing manis dgn vitamin
Add caption

1. VIVIX
  • Mengelakkan pembentukan protein AGE & membaiki sel
2. ENERGISING SOY PROTEIN
  • Mengekalkan paras gula dalam darah
  • Membantu pankreas menghasilkan insulin.
3. GLA COMPLEX
  • Ejen anti radang
  • Membantu mengurangkan simptom kesakitan saraf
4. VITAMIN C SR 500mg
  • Meningkatkan imuniti.
  • Melawan jangkitan.
  • Mengelakkan gula dalam sel menjadi gula alkolhol.
  • Membantu menurunkan risiko kerosakan pengelihatan dan ginjal.
  • Menjaga kesihatan arteri
5. OMEGA GUARD
  • Membantu menurunkan risiko diabetes dan penyakit kardiovaskular.
6. VITALEA
  • Kromium diperlukan bagi membantu penyerapan gula oleh sel.
7. ZINC COMPLEX
  • Membantu dalam penyembuhan luka

Di atas tu adalah cadangan vitamin yg Insyaallah membantu mengawal diabetes. Bukan kne amek semua, amek yg bersesuaian dan mengikut bajet korang. So jgn malu segan contact saya ye :)


UBAH GAYA HIDUP ANDA SEKARANG!!!
AMALKAN PEMAKANAN YG SIHAT DAN MENGAMBIL SUPPLEMENT SEMULAJADI!!
----------------------------------------------------------------------------------------------------


DAFTAR SEKARANG MENJADI AHLI




Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini



Tips MERIAHKAN SUSU BADAN : POWER PUMPING

Assalamualaikum :)

Hai mommies, busy mengepam susu ke? Alhamdulillah entri sebelum ni saya ada share pengalaman dan tips menyusu kan anak sehingga la sekarang 3thn 7bulan dh :). Dlm tips tu saya ade share tentang POWER PUMPING kan.. so today saya nk jelaskan lebih terperinci apa itu Power Pumping. Teruskan membaca ye :)

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

  1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
  2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

tips meriahkan susu badan


Bagaimana Caranya?

  1. Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.
  2. Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
  3. Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.
Power pump di hujung minggu - Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)


Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.


Tips umum mengepam

  1. Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
  2. Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
  3.  Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  4. Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
  5. Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  6. Pum setiap 2-4jam sekali
  7. Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
  8. Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)


Okeh kt sini saya ade sertakan skali pumping checklist for breastfeeding Mom on the Go. Checklist ni bg mommies yg nk pam semasa travek, contoh dlm kereta. Di harap checklist ni dpt membantu mommie :)

Kalau nk bace entri tentang pengalaman saya click sini My Breastfeeding Journey - Tips & pengalaman

Sekiranya ingin mengetahui set menyusu shaklee click sini vitamin ibu menyusu

Happy pumping!


Usus yang Kotor mengundang KANSER USUS : Cegah sebelum PARAH!

Assalamualaikum :)

Selamat pagi semua... Alhamdulillah arini nak cerita tentang usus yg kotor. Okeh sebelum tu agak2 kite tau tak usus kite ni bersih? xtau kan unless kite buat pemeriksaan. Cara kehidupan zaman moden sekarang secara  perlahan-lahan meracun kehidupan kita akibat dari pada udara, air dan makanan yang dicemari  dengan pelbagai toksin. Makanan yang diambil oleh  kita setiap hari mengandungi protein dan lemak  haiwan yang tinggi. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan psoriasis (longgokan najis-najis lama). Psoriasis adalah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Ia merupakan mendapan degil yang telah bertahun-tahun menghuni perut kita dan amat sukar dihapuskan. Ia juga menyukarkan makanan yang kita makan dicernakan dengan sempurna. Jika kita mempunyai masalah berat badan, maka salah satu sebab utamanya adalah psoriasis yang memenuhi usus kita.

Ini adalah gambar usus, usus yg bersih, usus bertoxin, usus yg dh oenuh dgn kerak dan usus yg dh de parasit. Agak menakotkan bile tengok ni. Saya sndr bile tgk ni pon rse takot dan nk muntah hihh... Daripada kajian Dr. Bernard Jensen, 98% penduduk dunia mempunyai usus besar yang dipenuhi dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan najis baru yang lembik dan kecil untuk melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan dari kita mempunyai masalah sembelit dan psoriasis.

Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar dan psoriasis adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sempurna. Bahan toksin ini akan diserap oleh mucus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika datang haid.

Tahu tak Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Sebab tu kadang2 bile kite ade ambil supplement ke jd x berkesan. Ia disebabkan oleh usus yg kotor td. Sebab usus yg kotor ni dh xdpt menyerap khasiat supplement tersebut.

Kelebihan Pembersihan Usus

Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

Supplement Shaklee yg sesuai untuk Proses DETOKS ini adalah ALFALFA, HERB-LAX dan GARLIC COMPLEX

detox usus kotor


HERB-LAX - mengandungi 9jenis herba semulajadi spt alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, rhubarb root, fennel seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root dan culver root. Sifatnya menggalakkan tindakan pembersihan yg lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh badan. 

Manfaat Utama 
  • Pembersihan Najis yg tersekat
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • Membantu masalah SEMBELIT
  • Tindakan pembersihan yg lembut boleh mengembalikan proses semulajadi pergerakan usus.
  • Mengempiskan perut
  • Mengurangkan dan memberi kepejalan pd perut.

ALFALFA COMPLEX kaya dgn pelbagai nutrisi dan zat galian. Membekalkan nutrisi yg mne kebanyakan tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayuran. Kaya dgn protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10vitamins, 8 enzim dan fitokimia.

 Manfaat Utama
  • Mencuci hati, darah dan usus
  • Baik untuk perubahan patologi dlm usus dan perut
  • Memperbaiki saluran penghadaman seperti kembung, sembelit, ulser gastrik, hepatitis dan hyperacidity.
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol
  • Melegakan keletihan
  • Mencegah/merawat athritis.

GARLIC COMPLEX Mengandungi pelbagai vitamin E utk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya. Setiap 2tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yg menyamai 2ulas garlic segar.

 Manfaat Utama
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman spt kembung perut, gastric, ketidakhadaman dan juga menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik
  • Detokfikasi di mana garlic mampu mengeluarkan raksa dr tubuh dgn pantas. Raksa, Plumbum, Kadmium adalah logam toksik yg akan menaikkan darah. Garlic mampu melindungi sel-sel darah dr kemusnahan dr logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.


So penting bg kite menyahtoksin usus yg kotor sbb makanan  yg dimakan kebanyakan bertoksik. Untuk pengetahuan anda, masa untuk membuang air besar tidak lebih 10minit. Sekiranya masa yg diambil lebih panjang antara setengah jam ke 45minit maka ia adalah sembelit. Ini bermakna KOLON TIDAK SIHAT!!.

UBAH GAYA HIDUP ANDA SEKARANG!!!
AMALKAN PEMAKANAN YG SIHAT DAN MENGAMBIL SUPPLEMENT SEMULAJADI!!
----------------------------------------------------------------------------------------------------




DAFTAR SEKARANG MENJADI AHLI




Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini


Part 2: Pengalaman & Tips membawa Anak kecil menunaikan Umrah 2014

Assalamualaikum semua..

Semalam saya dh story sedikit tips persediaan sblm menunaikan umrah especially bersama anak kecil kan..so today kite sambung part 2 :)

Musafir bermula.

umrah bersama anak kecil
Di KLIA menunggu utk berlepas...dan juga taklimat
Kami bertolak dr Msia pd 12june pukul 3ptg..Sepatutnye penerbangan kami seminggu lebih awl tp sbb ade mslh visa dr pihak arab saudi tu yg kami dpt pergi 12june. Dan sepatutnye kami trs ke Madinah. Tp bile dh jd mcm ni kami ke Jeddah dulu. Penerbangan kami ke airport Jeddah lebih kurang 8 jam, terbang jam 1530 dan sampai sana 1830 lebih kurang waktu sana (waktu Msia pukul 11.3malam mcm tu. Alhamdulillah urusan imigresen dengan ambil barang berjalan lancar, dan wanita di dahulukan.. Dlm 5jam urusan immigration selesai. Pihak Rayhar dah maklumkan untuk bersedia jika menunggu lama untuk selesaikan urusan imigresen dan bagasi yang terkenal lama di Terminal haji airport tersebut. 

pengalam umrah
Dlm Flight...Hannah tgk cerita FROZEN, Comel kan budak arab ni.. asek dok panggil2 daddy Hannah :)

jeddah airport
Di Jeddah Airport menunggu bas

Kemudian, kami solat jamak takdim maghrib isyak di terminal tersebut dan naik bas untuk bergerak ke Madinah yg memakan masa lebih kurang 6jam. Hannah memang nampak letih sebab sepanjang perjalanan dlm flight die x tido sgt agak kesian tp saya byk berdoa semoga dipermudahakan segala urusan. Dlm bas ke Madinah baru Hannah tidur sungguh2 sbb kalo ikotkan waktu Msia time tu dh pukul 5pg :) 

Perasaan sebak terharu semua ade saat melihat lampu2, Menara Jam di Masjidil Haram walaupun dr Jauh. Subhanallah. Bile Staff Rayhar inform kite hampir memasuki Madinah, secara sendiri nye perasaan sebak dan sayu. Air mata x tertahan keluar, trs ucap Alhamdulillah KAU IZINKAN AKU JEJAK KE RUMAH MU YA ALLAH!. Trs selawat dan ke ats Junjugan Nabi Muhammad SAW. Staff Rayhar membaca bersama2 kami Doa di saat masuk ke Madinah. 

Apabila smpi di Madinah, kami smpi tepat waktu Subuh, so bersihkan diri, sembahyang dan breakfast. Tepat pukul 6pg kami memulakan perjalanan di sepanjang Masjdi Nabawi.

masjid nabawi
Di sekitar perkarangan Masjid Nabawi

perkarangan masjid nabawi
Di perkarangan Masjid Nabawi
Alhamdulillah hati menangis gembira saat menjejakkan kaki ke Perkarangan Masjid Nabawi.. x de ungkapan lain slain Alhamdulillah dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Oh lupa plk semasa di Madinah kami menginap di Hotel Dallah Taibah. Xjauh dr Masjid Nabawi dlm 200m mcm tu je :)

Hotel madinah
Hotel Dallah Taibah

Oklah rsenye ckup stakat ni..nnt kite continue lg ye.. cerita lagi di dalam masjid nabawi plk :).


Part 1 : Part 1: Pengalaman & Tips membawa Anak kecil menunaikan Umrah 2014