photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

Tangani masalah bau badan!!!

Ya, sesiapa yang mempunyai masalah bau badan pasti merasakan seperti mimpi ngeri untuk berada di persekitaran orang ramai.



Anda akan berasa kurang menyenangkan, rendah diri dan enggan berada atau bercakap dengan orang ramai kerana bimbang mereka akan menyedari bau badan anda. Anda mungkin sudah menggunakan deodoran, minyak wangi dan sebagainya bagi mengatasi masalah ini, tetapi ia tidak begitu berkesan. 

Masalah yang merungsingkan ini perlu ditangani segera agar ia tidak mengganggu kehidupan seharian anda, sekaligus memberi keyakinan diri. 

Ikuti beberapa tips berikut untuk menangani masalah bau badan. 

1. KEKAL BERSIH 

Apabila anda berhadapan dengan masalah bau badan, kekal bersih adalah salah satu cara untuk mengatasinya. Pastikan anda mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari agar peluh yang melekat pada tubuh anda dicuci bersih dan bakteria pada kulit dapat dikurangkan. Gunakan sabun antibakteria ketika mandi bagi mengurangkan bau badan. Pastikan badan anda dikeringkan sepenuhnya, lebih-lebih lagi pada bahagian yang sering berpeluh. 

2. AWASI PENGAMBILAN MAKANAN ANDA 

Ya, makanan turut memainkan peranan dalam masalah bau badan. Terdapat beberapa jenis makanan yang berpotensi membuatkan kita berpeluh. Makanan seperti daging merah, kari, bawang putih dan juga makanan pedas menyebabkan peningkatan dalam bau badan, lebih-lebih lagi ia diambil dalam kuantiti yang banyak. Oleh kerana pengambilan makanan sedemikian tidak dicernakan sepenuhnya, liang pori akan penuh dengan peluh sekaligus menghasilkan bau yang kuat. 

3. PASTIKAN PAKAIAN ANDA BERSIH 

Jika anda sering berpeluh, pastikan anda kerap menukar pakaian kerana pakaian bersih boleh mengurangkan bau badan. Selain daripada itu, stoking juga perlu ditukar sekiranya kaki anda sering berbau. Anda juga boleh menggunakan bedak deodoran yang boleh diletakkan dalam kasut anda. Pastikan anda tidak memakai pakaian yang sama beberapa kali tanpa dibasuh. Elak daripada memakai pakaian yang basah atau lembab kerana ia akan meningkatkan lagi bau pada badan anda. Selain daripada itu, pilih pakaian daripada jenis linen, sutera, kapas dan sebagainya kerana ia boleh bernafas dan mengurangkan bau peluh. 

4. GUNAKAN DEODORAN 

Penggunaan deodoran sangat penting untuk semua orang terutama sekali mereka yang mempunyai masalah bau badan. Oleh itu anda digalakkan menggunakan deodoran sebanyak dua kali sehari. Selain daripada itu, anda juga boleh letakkan soda penaik atau bedak talkum pada badan anda seperti di bawah ketiak kerana ia boleh menyerap kelembapan pada kulit. 


Jika anda masih berhadapan masalah bau badan selepas mengamalkan tips-tips di atas, anda digalakkan berjumpa pakar bagi mendapatkan nasihat lanjut. 

Produk Shaklee juga ada yg sesuai untuk mengatasi masalah bau badan ni. Boleh amalkan pengambilan ALFALFA COMPLEX Shaklee.. Insyaallah segala toksin dlm badan tu keluar! :)

Selamat berjaya!

No comments:

Post a Comment