photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png
Showing posts with label DETOX HATI. Show all posts
Showing posts with label DETOX HATI. Show all posts

Mengapa Vitamin Shaklee TIDAK BERKESAN pada saya? Jom ketahui punca dan bagaimana mengatasinya.

Assalamualaikum semua...

" Saya dh ambik vitamin shaklee ni dh dekat 2bulan tp xberkesan pon... tipu je ape yg distributor ckp tu, nk lakukan produk je".. Antara pertanyaan yg pernah saya dapat dr customer.. maaf cik, bukan salah produk tp salah diri kite sbb kurang pengetahuan tentang supplement :). Atau pun kurang consultation drp SID yg anda beli tu.. 

Tahu tak, antara penyebab kenapa supplement tidak berkesan? Terdapat banyak faktor kenapa kurang berkesan supplement yg korang ambil tu..antaranya ialah:
  1. Makan Vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa. Tiada jadual pengambilan yg teratur, pengambilan vitamin yg byk sekaligus akan meningkatkan kepekatan darah, yg mana sepatutnye kite memerlukan pengambilan air yg secukupnye bg mengelakkan buah pinggang anda terbeban
  2. Tak suka minum air putih (kurang pengambilan air kosong untuk penyerapan yg optimum. Pengambilan air yg mencukupi setiap hari membantu penyerapan vitamin dgn lebih baik
  3. Pengambilan Kafein dalam diet harian. Tahukah anda kafein bole mengganggu penyerapan vitamin, di mana vitamin tidak dpt diserap dgn sepenuhnya. Jd jika anda penggemar kafein perlu kurangkan pengambilan nye atau perlu satu jarak yg jauh sebelum mengambil vitamin supaya ia tidak mengganggu penyerapan vitamin
  4. Elakkan pengambilan vitamin (supplemen) bersama ubat. Perlu diingatkan, anda perlu menjarakkan waktu pengambilan vitamin dgn ubat doctor kerana ia bole menyebabkan kecelaruan dlm tubuh, dan bole mengganggu penyerapan di antara vitamin dan ubat doctor. Perlu ada jarak dlm masa 2 ke 3jam dr pengambilan ubat doctor.
  5. Pengambilan vitamin tanpa ilmu yang betul. Setiap vitamin ade juga pantang larang nya. Ada yg bole diambil bersama ada yg tidak bole diambil bersama. Jd dptkn consultation yg betul dr distributor yg berilmu. 
  6. Konsistensi. Pengambilan vitamin yg tidak berterusan dan konsisten juga menyebabkan pengambilan vitamin itu tidak berkesan. Jd perlu ambil secara berterusan dan mengikut jadual yg diberikan
  7. Byk bendasing dlm badan ataupun tidak singkirkan toksin/detox. Tahu kah anda detox juga sgt penting utk vitamin berfungsi dgn berkesan? Tak putih-putih, tak kurus-kurus. Ini adalah disebabkan terlalu banyak toksin dalam badan kita. TUJUAN DETOX adalah untuk MENYINGKIRKAN TOXIN yg TAK SIHAT dr badan, MENINGKATKAN METABOLISME, BAKAR LEMAK dan menjadikan PENYERAPAN VITAMIN DLM BADAN LEBIH OPTIMUM 
Di sini saya nk share antara supplement yg membantu menyingkirkan toksin dr badan, iaitu set DETOX SHAKLEE. Terdiri drp DTX COMPLEX, HERB LAX dan ALFALFA COMPLEX

sebab vitamin shaklee tidak berkesan

1. HERB LAX
  •  detox bg usus (cuci usus/singkirkan toksin)
  • merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan scr lembut 
  • membantu masalah sembelit
  • mengempiskan perut
2. ALFALFA COMPLEX
  •  mencuci hati/darah/usus
  • mencantikkan kulit
  • mengeluarkan toxin dr badan
  • menyingkirkan lemak dan kolesterol
3. DTX COMPLEX
  • detox bagi hati
  • membantu menghasilkn protein bg menjana sel2 hati
  • membantu mengekalkan aliran hempedu
  • mengawal paras gula dalam darah
  • penting dlm metabolisma lemak
Video menarik utk di tonton..semoga bermanfaat bg semua ibu2 yg mengalami mslh yg sama

Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek






Hubungi saya untuk HARGA ISTIMEWA :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ATAU DAFTAR SEKARANG MENJADI AHLI




Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini


HATI : Usah Bebani, Sayangi HATI anda

Di Malaysia, 1 per 20 penduduk di negara ini dikesan menghidap penyakit berkaitan hati. Antara faktor-faktor yg dikenal pasti menjadi punca ialah makanan berminyak, makan lewat malam, kurang bersenam dan merokok.

Ia merupakan satu aspek dalam penjagaan kesihatan yg tidak disedari ramai kerana kurang ditekankan tetapi amat penting untuk tubuh yang sihat. Dengan 500 peranan, fungsi hati termasuklah menapis, menyahtoksik darah, protein, membantu dalam pembekuan darah, menyimpan sesetengah vitamin, mineral, mengawal atur hormon dan pelbagai fungsi lg.

shaklee supplement

Selain itu, fungsi hati yg sgt hebat ialah membantu menentang jangkitan mikroorganisma yg menjadi punca penyakit, membantu menyingkirkan bakteria dr dlm darah melalui hempedu yg memainkan peranan utama dalam proses detoksifikasi dgn memetabolismakan dan memisahkan dadah, alkohol dan pelbagai toksin alam sekitar yg diserap tubuh.

Hati perlu diberi nutrient yg baik untuk trs berfungsi dgn cemerlang dalam menukarkan makanan kpd tenaga. Caranya ialah dgn mengamalkan gaya hidup sihat shaklee agar sistem immune anda dan organ hati tetap kuat sehingga dpt melawan mikroorganisma penyebab penyakit.

Liver Aids Program Shaklee menawarkan gabungan DTX Complex untuk penjagaan hati dan Nutriferon yg esklusif hanya di Shaklee utk meningkatkan sistem imunisasi semulajadi diri.

shaklee liver nutrients
























Hati Sihat Secara Semulajdi

Kandungan utama DTX Complex ialah esktrak biji benih pokok milk thistle yg berupaya menyokong badan dlm menghasilkan protein bg membantu menjana semula sel-sel hati. Ia juga mengandungi ekstrak Schizandra (jenis buah beri), cendawan Reishi (herba yg kaya dgn antioksidan), dandelion, kunyit serta articok (herba yg membantu mengekalkan aliran hempedu).

Manakala Nutriferon berupaya meningkatkan interferon (protein yg dihasilkan dan dibebaskan oleh sel perumah sbg tindak balas kehadiran patogen spt virus, bakteria, parasit atau sel barah) semulajadi badan dan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan. 

Nutriferon merupakan adunan 4 ramuan botani ini iaitu ekstrak biji labu (Cucurbita Moschata) yg didapati dpt mendorong pengeluaran interferon, Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yg dipanggil polisakarida yg digunakan untuk merangsang sistem immune. Bunga Safflower (Chartamus tinctorius) polisakarida, yg telah dikenal pasti dpt mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yg digunakan dlm perubatan Asia.

Mencegah lebih baik drp merawat. Begitula juga dgn pengambilan DTX Complex dan Nutriferon ini. Simpan dan bawa ke mne shj umpama perisai kesihatan diri. 

TINGKATKAN DAYA KETAHANAN SEMULAJADI DIRI & BELAILAH HATI ANDA!!



Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini




Bagaimana ingin DETOX dgn Cara Yang Selamat??


Sekarang ni detox atau nyahtoksin menjadi agar popular dengan pelbagai produk detox di pasaran. Namun tahukah bahawa kita boleh menjalani detox secara semulajadi dengan pengambilan produk Shaklee!

Detox dengan kata lain ialah ‘membersihkan dan menyucikan badan dari dalam’. Ia penting untuk penyerapan nutrien/vitamin. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.

Dari manakah datangnya benda-benda toksin ini? Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan hidup saban tahun. Tambahan pula banyak makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen.

Selain masalah penyerapan vitamin, pembentukan toksin dalam badan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius termasuk:
  • Sakit kepala yang kerap
  • PMS
  • Sakit sendi
  • Keletihan
  • Kulit melepuh
  • Pencernaan bermasalah
  • Halitosis (nafas berbau)
  • Jangkitan yang berulang-ulang
  • Kekurangan daya imun tubuh

Sekiranya anda ada mengalami perkara di atas, mungkin pelukan DETOX!

Shaklee menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan badan anda daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus anda dan banyak lagi. Menarik kan?
vitamin shaklee untuk detox

Detox Hati/Liver Detox
Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. Produk ini mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.

DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
  • milk thistle seed
  • schizandra chinensis seed (tanaman yang berasal dari China yang dah digunakan selama lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati)
  • cendawan Reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
  • dandelion
  • kunyit
  • artichoke (untuk membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)

Pembersih Usus/Colon Detox
Badan yang sihat mengandungi bertrilion mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ni tinggal di dalam usus dan dirujuk sebagai  mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus; dan  berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa.

Tugas bakteria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal bakteria jahat.
Punca Utama Ketidakseimbangan Bakteria

Punca Utama Ketidakseimbangan Bakteria
  • penggunaan antibiotik.
  • umur
  • pemakanan yang tidak sihat
  • pengambilan serat yang rendah
  • kontraseptif oral
  • ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
  • tekanan
  • pengambilan gula yang tinggi

Dr Shaklee telah memperkenalkan Herb-Lax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.

Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.


Pencuci Darah
Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.

Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.

Garlic Complex Shaklee diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin.

Garlic Complex Shaklee juga telah dirumus untuk kawalan bau. Bawang putih  kan menyebabkan nafas berbau…tapi tablet Garlic Shaklee tak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan


Pencuci Keseluruhan Tubuh
Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, alfalfa bukan untuk tambah susu saja ya. Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimiaatau baja bukan organik,menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi.

Selain itu, berpuasa adalah juga satu cara terbaik untuk detox! Dr Shaklee tidak memakan makanan pepejal sehari dalam seminggu untuk membantu menjaga sistem badannya.


Credit

*****************************************************

Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~


How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini