photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png
Showing posts with label TIPS SUSU MERUDUM. Show all posts
Showing posts with label TIPS SUSU MERUDUM. Show all posts

Tips MERIAHKAN SUSU BADAN : POWER PUMPING

Assalamualaikum :)

Hai mommies, busy mengepam susu ke? Alhamdulillah entri sebelum ni saya ada share pengalaman dan tips menyusu kan anak sehingga la sekarang 3thn 7bulan dh :). Dlm tips tu saya ade share tentang POWER PUMPING kan.. so today saya nk jelaskan lebih terperinci apa itu Power Pumping. Teruskan membaca ye :)

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

  1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
  2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

tips meriahkan susu badan


Bagaimana Caranya?

  1. Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.
  2. Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
  3. Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.
Power pump di hujung minggu - Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)


Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.


Tips umum mengepam

  1. Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
  2. Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
  3.  Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  4. Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
  5. Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  6. Pum setiap 2-4jam sekali
  7. Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
  8. Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)


Okeh kt sini saya ade sertakan skali pumping checklist for breastfeeding Mom on the Go. Checklist ni bg mommies yg nk pam semasa travek, contoh dlm kereta. Di harap checklist ni dpt membantu mommie :)

Kalau nk bace entri tentang pengalaman saya click sini My Breastfeeding Journey - Tips & pengalaman

Sekiranya ingin mengetahui set menyusu shaklee click sini vitamin ibu menyusu

Happy pumping!


Breastfeeding Tips : Tips semasa mengepam dgn hasil yg mengujakan!

Assalamualaikum mommies.. tahniah kerana berjaya menyusukan anak melebihi umur 6bulan. Insyaallah mommies akan berjaya menyusukan sehingga berumur 2 tahun. Yg penting kena berusaha, niat dan berdoa semoga perjalanan penyusuan sehingga 2tahun dimakbulkan. Seperti yg kita semua tahu SUSU IBU adalah yg terbaik buat anak. 


tips penyusuan ibu yg berjaya

Jdi di sini saya nk share sedikit tentang tips semasa mengepam. Insyaallah sedikit sebanyak membantu mommies yg bercadang untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.
  1. Pilih pam yang betul - pemilihan pam yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu lebih sukar untuk keluar. Pam terbaik selepas bayi adalah tangan anda sendiri.
  2. Tenangkan diri - perkara pertama sebelum yang lain adalah perlunya menenangkan diri. Kalau stress, susu pun malu-malu je nak keluar. Jadi, tenangkan diri ya.
  3. Sebelum pam, urut payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.
  4. Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar.
  5. Semasa mengepam, lihat gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyum dia, suara dia.
  6. Berzikir - amalkan berzikir semasa mengepam. Sambil menenangkan diri, boleh tambah iman dan dapat pahala. 3-in-1 gitu. Bagi yang bukan Islam, boleh juga mengingati Pencipta. Bila kita ingat Pencipta automatik hati menjadi tenang. Sebab kita tahu setiap apa yang terjadi dengan kuasa Pencipta.
  7. Jangan lihat hasil susu yg dipam - semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil tenusu ye. Buat benda lain, contoh no 5 & 6 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, susu pun malu-malu la nak keluar.
  8. Amalkan mengepam pada sela waktu yang konsisten setiap hari. Contohnya, setiap 4 jam pam.
  9. Rajinkan mengepam dengan lebih kerap pada waktu malam. Ini kerana hormon prolactin (yang merangsang penghasilan susu) lebih tinggi pada waktu malam. Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan. InsyaAllah.

Badan kita berfungsi dengan isyarat dari otak, manakala otak bergerak hasil naluri/keinginan dari hati. Jadi, bersihkan hati, insyaAllah hasil pun lebih baik.

Di sini saya sertakan skali DOA TAMBAH SUSU yg boleh diamalkan :)

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"

(sambil baca letakkan tangan pada breast dan berdoa smoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2 tahun) 

 Mommies juga bole amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar, Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum serta Surah Yasin ayat 72-73

Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

INSYAALLAH....

Di harap perkongsian ni dapat membantu ibu-ibu yg berniat untuk menyusukan sehingga 2 tahun. Insyaallah
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini

Nak Tingkatkan Penghasilan Susu? Set Penyusuan Budget Jawapannya!

Setiap ibu menyusu ingin susu yg banyak, pekat, anak kurang meragam, tidur lena, cepat kenyang dan kenyang lama. Ibu juga inginkan susu yg dibekalkan adalah mencukupi kepada bayi. Bagi membantu mengurangkan masalah-masalh spt di atas tu, mommies bole mencuba set penyusuan shaklee yg mampu milik. Nk tau ape set penyusuan mampu milik ni? Jommmmm kite terjah :)

Tingkatkn penghasilan susu dgn set penyusuan budget shaklee

ENERGISING SOY PROTEIN (ESP)

✎ Menjadikan badan si ibu lebih sihat, bertenaga, tidak mudah letih dan lesu sekaligus melancar dan mempercepatkan penghasilan susu
✎ Menjadikan susu yang dihasilkan lebih pekat dan kaya dengan hindmilk yang mengenyangkan, jadinya bayi anda tidak bergayut lama serta dapat tidur dengan lebih lena dan tidak kerap bangun malam
✎ Kulit wajah si ibu menjadi lebih halus, licin, cerah berseri
✎ Menyokong proses penurunan berat badan secara sihat dan semulajadi
✎ Membantu menganjalkan payudara

ALFALFA COMPLEX

✎ Telah digunakan dari zaman dahulu kala sebagai perangsang susu yg bekerjasama bersama ESP dalam penurunan berat badan
✎ Mengatasi masalah keputihan dan bertindak sebagai agent perapat
✎ Membantu mengatasi resdung, asthma dan alahan
✎ Berfungsi sebagai detox dalam menyingkirkan bahan-bahan toksin dari dalam badan
✎ Memperbaiki pelawasan

OSTEMATRIX

✎ Meningkatkan kadar kalsium dalam badan bagi melancarkan penghasilan susu khususnya bagi ibu-ibu yang mengalami masalah susu merundum ketika period
✎ Menyokong tumbesaran tulang dan gigi bayi kerana kalsium akan turut disalurkan kepada bayi melalui susu ibu
✎ Menyokong kesihatan tulang dan gigi si ibu serta mengelakkan masalah osteoporosis
✎ Mengatasi masalah sakit pinggang, sakit belakang, sendi dan urat saraf yang berpunca daripada posisi penyusuan yang tidak betul, selain kesan penggunaan epidural sewaktu bersalin
✎ Menghindari masalah kaki cramp dan kebas-kebas
✎ Meningkatkan pelawasan
✎ Membantu tidur yang lebih lena dan membuatkan si ibu lebih mudah untuk bangun pada keesokan harinya, tidur yang lena penting kerana badan yang keletihan boleh mengganggu penghasilan susu.

Haaa jgn xtau ye Yasmin Hani pon ambil Set Penyusuan Shaklee ye :).. So mommies kt luar tu tunggu ape lagi? :

------------------------------------------------


PROMOSI MARCH 2014 - ESP SHAKLEE

✔ Beli ESP 6 dpt PERCUMA 1canister lg
✔ Dapat PERCUMA KEAHLIAN (so xyah la nk byr keahlian fees tu dh)
✔ CASHBACK maksudnye BONUS SHAKLEE..(sape nk bg kan hiihi)

So ape tunggu lg...cpt2 grab sebelum kehabisan stok..sbb biase kalo promo esp ni mmg ade je fenomena kehabisan stok..huhu so jgn menangis kalo xsempat grab :)

Utk ORDER type " PROMO ESP" ke 019.260.2994


**********************************************


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk membuat pesanan sila click gambar di bawah
produk shaklee

Selepas selesai pembayaran sila hubungi kami untuk dptkn konsultasi berterusan dgn memberikan maklumat spt "NAMA, PRODUK YG DIBELI ke 019-2602994 Jihan"

atau bole terus hubungi saya seperti di bawah :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini



Tips Tingkatkan Susu Ibu~ Supplement Shaklee untuk Ibu Menyusu

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Ibu Sihat bermula dengan Nutrisi yang Betul

Sememangnya dalam memberikan yang terbaik untuk yang tersayang, para ibu perlu menyayangi diri mereka terlebih dahulu. Diri perlu dijaga, dibelai dan dimanja umpama menyayangi insan tercinta. Justeru, pengambilan supplemen selain makanan seharian adalah perlu bagi memastikan kesihatan diri apatah lagi bagi mereka yang masih menyusukan bayi. Melihat kepada makanan ruji Malaysia yang lazat namun kekurangan zat, meruntun para ibu memberikan perhatian kepada supplement dan nutrisi untuk mengimbangi zat dalam gizi makanan seharian mereka.

Penyusuan Ibu

Ramai yang telah mula sedar tentang khasita susu ibu namun masih ramai yang bermasalah menyusukan sendiri bayi mereka. Puncanya diri ibu itu sendiri yang kekurangan zat  untuk menjana susu yang banyak serta kurang arif tentang teknik penyusuan dan nutrisi yang betul dalam meningkatkan penghasilan susu. Tambahan pula, ibu hari ini sibuk bekerja dan lambakan pelbagai jenama susu tepung di pasaran merumitkan lagi keadaan apabila ramai ibu mengambil jalan mudah dengan terus sahaja memberikan susu tepung kepada bayi.

banyakkan susu ibu dgn vitamin shaklee

Ketahui Rahsia Shaklee

Set penyusuan Shaklee menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ini dan telah ramai mengambilnya untuk meningkatkan penghasilan susu. Sebenarnya tiada rahsia melainkan mengambil rangkaian supplemen berkhasiat agar dapat memenuhi keperluan nutrient penyusuan ibu.

Vitamin seperti Multivitamin, Protein, Vitamin C, B Complex, Kalsium, Asid Lemak Omega-3 dan Alfalfa perlu diambil bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran air susu berterusan disamping mengekalkan kecergasan dan kesihatan ibu dan anak.

Anda tidak akan menyesal kerana disamping anak membesar selari dengan khasiat yg diperlukan, para ibu turut mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut seperti mengelak penyakit kanser ovari dan payudara. Anda disarankan untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskannyadgn makanan tambahan sehingga bayi mencecah usia 2 tahun.

So marilah bersama Shaklee mencipta kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat untuk semua. 

Source: I-sihat

----------------------------


Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini


Teknik Membanyakkan Susu Ibu & Menjayakan Penyusuan – Hypnobreastfeeding


Pernah dengar tentang hypnobreastfeeding? Bukan hippopotamus ya.

Hypnobreastfeeding adalah satu teknik menggunakan kuasa minda bawah sedar atau subconscious minds untuk membanyakkan susu (cukup untuk keperluan bayi) sekaligus menjayakan penyusuan hingga anak berumur 2 tahun.

Penghasilan dan pengeluaran susu badan bergantung kepada faktor utama : fisiologi dan psikologi. Bila seseorang ibu itu fit dari segi tubuh badan dan emosi, insyaAllah penyusuan pasti berjaya.

Sebagaimana teknik hypnobirthing yang menggunakan kekuatan dalaman untuk memberi motivasi dan kekuatan kepada ibu yang menjalani proses kelahiran, begitu jugalah dengan hypnobreastfeeding yang gunakan kuasa minda untuk meningkatkan motivasi dalaman dalam penyusuan.

Pernah tak jumpa seorang ibu yang menyusukan anaknya sampai 2 tahun yg berkata “Saya tak pernah plan pun nak menyusu. Awal2 dulu memang beli susu tepung siap2. Hari pertama tu memang bagi FM. Pam susu memang tak beli, belajar tentang BF pun tak. Memang saya tak yakin langsung saya boleh menyusu. Masa kerja pun saya tak pam. Tapi susu saya memang banyak berlambak2 sampai terpaksa bagi susu badan kat anak”.

Saya tak tau kalau ada, tapi saya tak pernah jumpa. Yang saya selalu jumpa,

“Saya dari awal niat nak susukan anak, saya tak beli sebarang susu tepung. Dari awal kelahiran saya susukan dia dan saya yakin saya boleh menyusu walaupun susu mulai ada pada hari ke-3. Saya kerap pam dan alhamdulillah susu saya cukup utk anak saya.

Dan yang macam ni:

“Saya dari awal niat nak menyusukan anak, tapi susu tak ada”
“Saya memang nak BF anak tapi tak ada rezeki”

Tahu tak kenapa kita asyik tak ada rezeki? Sebab kita dok selalu cakap kat diri “Kita takde rezeki…” rezeki pun tak ndak datang dekat2 sebab asyik kena halau saja.


Hypnobreastfeeding adalah benda yang paling basic dalam BF, iaitu merasa tenang dan yakin untuk menyusukan anak.

So, macamana nak praktik hypnobreastfeeding ni?

10 Teknik Hypnobreastfeeding:

(1) Memahami bahawa ketenangan itu perlu dalam penyusuan.
(2) Tingkat mood ‘bonding’ dengan baby seperti lihat gambarnya, tengok videonya, dengar rakaman suaranya, etc. Perasaan kasih sayang & baby-bonding ni akan menggerakkan hormon endorfin yang memberikan ketenangan.
(3) Tenangkan diri dengan alunan al-Quran/zikir/muzik yang bersesuaian.
(4) Bernafas dengan teknik yang betul.
(5) Lakukan ‘self-affirmation’ yakni memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri.
(6) Jauhkan perkara2 yang boleh mengundang stress dan kesedihan.
(7) Berdoa dengan bersungguh-sungguh.
(8) Jauhi kata2 dan tanggapan negatif seperti “aku takde susu”, “susu aku tak banyak”, “takde rezeki anak aku menyusu badan”, etc
(9) Perhatikan ibu2 yang berjaya menyusukan anak mereka dan visualkan diri kita juga seperti mereka.
(10) Pastikan diri kita dalam keadaan rileks, bersih dan gembira.

Seperti hypnobithing, hypnobreastfeeding berkait rapat dengan natural living jadi ibu2 haruslah mengambil makanan yang tinggi kandungan khasiat, air yang mencukupi kerana keperluan asas tubuh adalah kunci kepada kelancaran aktiviti tubuh termasuklah mencipta ketenangan.

Rileks, dan jangam gopoh-gapah kerana gopoh gapah itu amalan syaitan.

Tapi jangan lupa, psikologi dan settle, fisiologi jangan diabaikan – serta teknik2 asas breastfeeding ===> stimulasi (rangsangan) & konsep supply & demand

Affirmation je yang banyak tapi pam tak konsisten tak jadi hokey. Umpama ibu yang praktik hypnobirthing, walaupun dah kurang rasa sakit, tapi baby kena keluar juga ya

credit

Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini



10 Sebab Kenapa Susu Ibu Boleh Berkurangan


Secara teorinya, susu badan akan mengikuti keperluan bayi, tapi nyata ia tak semudah teori, bila dah mula bekerja, ramai ibu yang mendapati demand > supply, atau keperluan anak melebihi yang ibu dapat pam & bekalkan setiap hari.

Benarkah hal sebegini boleh berlaku? Dan kenapa? Jom kita tengok puncanya…

1- KEKERAPAN MENGEPAM

Biasanya bila dah mula sibuk, ibu yang dulunya mengepam 3-4 kali sehari di pejabat, akan kurangkan sesi kepada 2-3 kali, atau sekali, atau kadang2 tak sempat pam langsung!

Bila frekuensi mengepam dikurangkan, susu ibu akan berkurangan kerana signal menghantar pesanan kepada otak “Buat susu” sudah dikurangkan. Umpamanya dulu sorang beli kuih 4 ketul, sekarang sorang beli seketul je jadi makcik kantin pun tak buat kuih banyak2, nanti takde orang nak beli, membazir pulak.

Solusinya : Jangan skip pam. Kalau ada duit lebih, invest untuk pam yang boleh handsfree, so sambil2 buat kerja tu boleh mengepam

2- CARA PENJAGA BAYI BERI BAYI MINUM

Ingat teori demand = supply tadi. Macam agak tak logik kan bila hantar pengasuh je tiba2 baby minum lebih banyak dari supply. Mungkin juga sebab cara si penjaga tu beri susu kepada baby. Asal nangis sikit, kasik susu. Yang si baby pula, disebabkan aktiviti sucking (menghisap) tu boleh tenangkan dia, so dia hisap telan je lah walaupun tak lapar.

Mana la tak jadi maknya pam 10oz, baby minum 20oz. Dah, asal “Ekk..” sikit, bagi susu. Sedangkan si baby nak dipeluk atau diagah je

Lagi satu, ada pengasuh yang terus panaskan sebotol penuh. Jadi walapun bayi minum sikit, yang lebih tu dibuang sajalah.

Solusinya: Educate pengasuh bayi tentang cara handling susu ibu.

3- CARA IBU SIMPAN SUSU PERAHAN

Ada kaitan sikit dengan no (2) di atas. Misalnya ibu jangka anak minum 10oz, jadi dia hantar 2 botol susu 5oz setiap satu. Anaknya minum 4 kali di rumah pengasuh.. Lalu pengasuh tu panaskan sebotol setiap sesi minum susu. Tamat sesi kedua, alamak, dah habis! Iya la, walaupun 10oz, tapi ibu hantar 2 botol saja..


Solusinya : simpan susu ikut keperluan bayi minum setiap sesi. Kalau tak dapat agak, simpam average 2-3 oz saja dalam satu container.


4- OUTSTATION

Bila outstation, kadang2 ibu tak bawa bayi bersama. Jadi, ibu kena tahu yang dia kena pam 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain production. Kadang2 ibu tak sedar sebab biasanya bayi minum direct pada waktu malam…


Solusinya : Pam siang & malam ikut time.


5- KEBERKESANAN PAM

Macam benda2 lain, pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya bila dah lama dipakai. Misalnya valve jadi haus, longgar, etc. Ini akan menyebabkan pam tu gagal utk membantu ibu mengosongkan payudara.

Solusinya : Gunakan pam hospital-grade; lakukan Marmet selepas pam & dah tak keluar susu utk kosongkan payudara

6- PENGAMBILAN UBAT-UBATAN

Bila sakit, jumpa doktor & dia bagi ubat… Beritahu doktor yg kita tengah breastfeed & minta dia beri ubat yang selamat utk BF. Rujuk entry saya yang sebelum ni utk sedikit panduan.


Solusinya : Ambil tahu tentang kesan ubat2 terhadap penyusuan.. Ehem, vitamin bukan ubat ya!


7- PENGAMBILAN PIL PERANCANG

Sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu.

Solusinya : Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.

8- MENGANDUNG

Mengandung boleh kurangkan susu.. Kerana hormon estrogen & progesteron meningkat menyebabkan prolaktin ‘tertekan’.

9- GROWTH SPURTS

Bila bayi mengalami growth spurts, harus dijangka perangainya berubah sikit, dan tabiat menyusunya pun berubah. Mungkin jadi semakin demanding.


Solusinya : sediakan stok untuk hadapi saat2 begini & tambah sesi mengepam.


10- STRESS

Bila dah banyak kerja, atau bayi makin lasak, ibu mungkin jadi stress. Stress boleh mengurangkan susu? Ya, kerana tubuh kita ‘sibuk’ buat benda lain dan ‘tak layan’ hormon2 penyusuan.


Solusinya : amalkan pemakanan sihat, minum air banyak, perancangan yang baik & teknik hypnobreastfeeding.



Jangan risau bila susu kurang, ia adalah asam garam biasa dunia penyusuan. Yang penting, kita tahu macamana nak selesaikannya.


credit

Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini



Bagaimana nak banyakkan susu ???

Setiap hari saya menerima email, telefon dan juga mesej dari fb yang bertanyakan bagaimana nak banyakkan susu? Apa tips agar susu dapat bertambah beratus-ratus ounz seperti banyak testimoni yang pernah saya paparkan sebelum ini. Bagaimana nak buat? Dan pelbagai persoalan, yang bertanya bagaimanakah cara untuk banyakkan susu ibu



Pada asasnya, semua ibu yang menyusu perlu tahu konsep asas penyusuan iaitu –



DEMAND AND SUPPLY.

Apa itu Demand and Supply? 

Demand and supply ialah keadaan di mana lebih banyak permintaan terhadap susu, lebih banyak susu dihasilkan. Dengan kata mudah, lebih banyak ibu memberi susu kepada anaknya, lebih banyak susu dihasilkan. Bagi ibu-ibu bekerja, lebih banyak mereka pam, lebih banyak juga susu dihasilkan.

Ada ibu yang bertanya.. “macam mana saya nak kerap pam? Bila pam je, dapat 1 oz, kadang2 setengah 0z.. rasa down sangat..”

Memang begitulah selalu yang belaku, bila ibu dapat sedikit bila pam,terus mereka berhenti pam, kerana takut resultnya akan menyebabkan mereka kecewa. Tetapi hakikatnya, berhenti untuk mengepam lagi menyebabkan penghasilan susu ibu berkurangan. Ini adalah kerana tiada demand atau rangsangan diberikan pada payudara. Maka nasihat saya bagi ibu-ibu yang mengalami masalah seperti ini, teruskan mengepam setiap 2-3 jam sekali, walaupun anda sekadar ‘pam angin’ dan terlalu sedikit susu yang keluar. InsyaAllah berkat kesabaran, susu akan meningkat dari masa ke semasa..



Begitu juga keadaannya dengan ibu-ibu yang mengambil supplement penyusuan dari saya. Set penyusuan ini bukan untuk membanyakkan susu ibu tetapi membantu tubuh ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ini kerana, apabila mengambil supplement, badan ibu itu sendiri lebih sihat, bertenaga dan cukup bersedia untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Pokok pangkalnya, usaha ibu itu sendiri dalam menyusun jadual pamnya, dan insyaAllah set penyusuan memang memberi impak yang sangat besar jika ibu berjaya melakukan 3 perkara di bawah:

  1. Pam / menyusukan baby (direct feeding) dengan konsisten setiap 2-3 jam sekali.
  2. Minum banyak air, sekurang-kurangnya 3L sehari.
  3. Zikir dan doa, mohon Allah berikan susu yang banyak untuk anak kita setiap hari.*ditambah dengan pengambilan supplement mengikut jadual yang disyorkan.

Buat semua ibu-ibu menyusu, rezeki susu ini tidak sama. Hari ni mungkin banyak, esok mungkin sedikit. Banyak faktor yang mepengaruhi penghasilan susu, antaranya emosi ibu, keadaan fizikal ibu itu sendiri, kekerapan mengepam, pengambilan makanan yang seimbang dan banyak lagi. Jika anda risau anda tak dapat mengambil makanan yang seimbang dalam diet harian anda kerana kesibukkan masa, dan sentiasa berasa letih dan tidak bermaya.. SUPPLEMENT adalah jawapannya.


credit

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk membuat pesanan sila click gambar di bawah
produk shaklee

Selepas selesai pembayaran sila hubungi kami untuk dptkn konsultasi berterusan dgn memberikan maklumat spt "NAMA, PRODUK YG DIBELI ke 019-2602994 Jihan"

atau bole terus hubungi saya seperti di bawah :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini