photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

Breastfeeding Tips : Tips semasa mengepam dgn hasil yg mengujakan!

Assalamualaikum mommies.. tahniah kerana berjaya menyusukan anak melebihi umur 6bulan. Insyaallah mommies akan berjaya menyusukan sehingga berumur 2 tahun. Yg penting kena berusaha, niat dan berdoa semoga perjalanan penyusuan sehingga 2tahun dimakbulkan. Seperti yg kita semua tahu SUSU IBU adalah yg terbaik buat anak. 


tips penyusuan ibu yg berjaya

Jdi di sini saya nk share sedikit tentang tips semasa mengepam. Insyaallah sedikit sebanyak membantu mommies yg bercadang untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.
  1. Pilih pam yang betul - pemilihan pam yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu lebih sukar untuk keluar. Pam terbaik selepas bayi adalah tangan anda sendiri.
  2. Tenangkan diri - perkara pertama sebelum yang lain adalah perlunya menenangkan diri. Kalau stress, susu pun malu-malu je nak keluar. Jadi, tenangkan diri ya.
  3. Sebelum pam, urut payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.
  4. Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar.
  5. Semasa mengepam, lihat gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyum dia, suara dia.
  6. Berzikir - amalkan berzikir semasa mengepam. Sambil menenangkan diri, boleh tambah iman dan dapat pahala. 3-in-1 gitu. Bagi yang bukan Islam, boleh juga mengingati Pencipta. Bila kita ingat Pencipta automatik hati menjadi tenang. Sebab kita tahu setiap apa yang terjadi dengan kuasa Pencipta.
  7. Jangan lihat hasil susu yg dipam - semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil tenusu ye. Buat benda lain, contoh no 5 & 6 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, susu pun malu-malu la nak keluar.
  8. Amalkan mengepam pada sela waktu yang konsisten setiap hari. Contohnya, setiap 4 jam pam.
  9. Rajinkan mengepam dengan lebih kerap pada waktu malam. Ini kerana hormon prolactin (yang merangsang penghasilan susu) lebih tinggi pada waktu malam. Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan. InsyaAllah.

Badan kita berfungsi dengan isyarat dari otak, manakala otak bergerak hasil naluri/keinginan dari hati. Jadi, bersihkan hati, insyaAllah hasil pun lebih baik.

Di sini saya sertakan skali DOA TAMBAH SUSU yg boleh diamalkan :)

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"

(sambil baca letakkan tangan pada breast dan berdoa smoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2 tahun) 

 Mommies juga bole amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar, Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum serta Surah Yasin ayat 72-73

Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

INSYAALLAH....

Di harap perkongsian ni dapat membantu ibu-ibu yg berniat untuk menyusukan sehingga 2 tahun. Insyaallah
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini

No comments:

Post a Comment