photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

Manfaat buah mulberi untuk kecantikan kulit

Tahukah anda buah mulberi bukan sahaja lazat dan enak dimakan begitu sahaja, namun buah yang berwarna hitam dan merah ini juga memiliki banyak manfaat untuk kesihatan dan juga kecantikan.

Bahkan buah mulberi ini sebenarnya telah terkenal sejak dahulu lagi kerana sangat sinonim dijadikan sebagai agen merawat kecantikan wajah kulit.

manfaat buah mulberi

Kandungan nutrisi dan anti oksidanya sangat bagus untuk kulit anda, termasuk beberapa lagi manfaat lain seperti yang dipetik dari stylecraze.com, di antaranya adalah:

1. Anti penuaan
Buah mulberi mempunyai kandungan anti oksida yang sangat tinggi sehingga dapat melawan sebarang radikal bebas di kulit yang akan menyebabkan kemunculan tanda-tanda penuaan seperti kedutan di kulit wajah.

2. Mencerahkan kulit 
Selain itu, mulberi juga dapat mencerahkan kulit wajah anda dan sekaligus bertindak sebagai agen menyamarkan bintik hitam dan noda kusam di sekitar wajah.

3. Mengatasi masalah kulit 
Jangan dibiarkan begitu sahaja daun pokok mulberi kerana air rebusannya dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti flu, demam dan lain-lain lagi. Bahkan, rebusan daun pohon mulberi juga dapat menyembuhkan berbagai masalah pada kulit.

4. Kulit kering dan sensitif 
Bagi merawat kulit kering dan sensitif, anda juga boleh menggunakan losen yang diperbuat dari buah mulberi ini.

Campurkan buah mulberi dengan minyak kelapa atau minyak zaitun selama beberapa hari, kemudian oleskan pada kulit wajah dan ianya akan melembabkan kulit dan juga menyembuhkan iritasi seperti gatal-gatal atau kepedihan.

Selain buah mulberi yang boleh dimakan secara langsung, digunakan untuk minuman, ianya juga boleh dijadikan bahan campuran masker wajah bagi mendapatkan manfaat istimewanya kepada kulit dan tubuh badan.

Selamat mencuba! :)

No comments:

Post a Comment