photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png
Showing posts with label POWER PUMPING. Show all posts
Showing posts with label POWER PUMPING. Show all posts

Tips MERIAHKAN SUSU BADAN : POWER PUMPING

Assalamualaikum :)

Hai mommies, busy mengepam susu ke? Alhamdulillah entri sebelum ni saya ada share pengalaman dan tips menyusu kan anak sehingga la sekarang 3thn 7bulan dh :). Dlm tips tu saya ade share tentang POWER PUMPING kan.. so today saya nk jelaskan lebih terperinci apa itu Power Pumping. Teruskan membaca ye :)

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

  1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
  2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

tips meriahkan susu badan


Bagaimana Caranya?

  1. Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.
  2. Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
  3. Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.
Power pump di hujung minggu - Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)


Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.


Tips umum mengepam

  1. Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
  2. Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
  3.  Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  4. Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
  5. Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  6. Pum setiap 2-4jam sekali
  7. Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
  8. Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)


Okeh kt sini saya ade sertakan skali pumping checklist for breastfeeding Mom on the Go. Checklist ni bg mommies yg nk pam semasa travek, contoh dlm kereta. Di harap checklist ni dpt membantu mommie :)

Kalau nk bace entri tentang pengalaman saya click sini My Breastfeeding Journey - Tips & pengalaman

Sekiranya ingin mengetahui set menyusu shaklee click sini vitamin ibu menyusu

Happy pumping!


My Breastfeeding Journey ~ Pengalaman, Tips dan Sharing :)

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah masuk ni dh 3tahun 7bulan dh Nur Hannah Irdyna menyusu badan. Wooww niat di hati smpi 2tahun aje tp alhamdulillah dh lebih 2tahun. memang Allah sebaik2 perancang bila niat dgn betul insyaallah lebih lg diberi.

Saya sebelum ni adalah ibu yg bkerja.. Alhamdulillah 17 May 2011 sye melahirkan seorang puteri yg tembam seberat 2.88kg ckup sifat dan sihat. Saya bersalin secara normal di Tropicana Medical Centre Kota Damansara. 10min je dr rumah :).


Nilah si tembam itu..hihi.. okeh saya nk cerita pengalaman saye tentang penyusuan ni. Actually lps bersalin, saya memang xdpt menyusukan Hannah sebab TAK DE SUSU LANGSUNG!. Ya Allah sedihnye Allah saje yg tahu. So Hannah lahir2 saye bg jilat air zam2 lps suami dh qamat semua then diberikan susu formula.. cuba jugak direct feeding tp mmg kosong xde susu.. xpela belum smpi rezeki Hannah. Then sye blk ke rumah parents, lps berurut alhamdulillah bengkak susu, tp malangnye Hannah xnak menyusu badan sbb dh syok susu botol kan sedut je dpt ni ken usaha sedut cket hihi.

Tp saya tekad xpela xnk direct pon, janj saya bg even dlm botol. Okeh saya ponpam n buat stok, alhamdulillah skali pam dpt jugak dlm 2oz. Sbb semnagat nk direct feeding jugak sye pakse Hannah dan akhirnye die minum jugak, then no more SUSU FORMULA. Nak kate susu saya byk xde la byk mne tp sbb saya rajin pam lg2 nk kerja lps tu mmg nk bg 100% breastfeed. Alhamdulillah sblm saya start keje sye dpt buat dlm 20botol, sebotol dlm 5oz. Tak sebanyak org lain tp cukup untuk Hannah dan xpenah xckup stok :). Bile di opis saya dpt buat 3x session so setiap session dlm 10oz jugak boleh dpt.

breastfeeding journey
Sedikit Sharing dan Tips dr Saya
1. Betulkan niat untuk menyusukan anak sehingga 2tahun
2. Kerap Pam (kalau kt rumah saya mst pam lps anak menyusu, di ofis 3x pam maksudnye 3session - pagi, tengahari dan ptg)
3. Banyakkan berdoa dan minta pd Allah
4. Jgn stress, mommies kne tenangkan fikiran, pam dlm keadaan yg tenang bukan kelam kabut
5. Tampal gambar anak dkt pam tu :) hihhihi
6. Jgn tgk kt hasil pam tu, jgn dok tgk susu tu nnt mula la pk eh ckup ke ni nape cket sgt ni..
7. Saya pam smpi lgsg x keluar susu dh
8. Minum air yg mencukupi, makan makanan yg seimbang, makanan yg membantu menambahkan susu
9. Mintak support dr Husband doakan skali 
10. Saya amalkan set penyusuan Shaklee
11. Buat Power Pumping
12. Jgn MALAS
13. Masa pam bayangkan muka anak kite.
14. Kite mesti ISTIQAMAH dlm pam dan juga makan Supplement

Alhamdulillah memang saye ade stok yg mencukupi di rumah sndr dan juga rumah parents saya. sbb parents saya yg jage hihihih... Psl SET PENYUSUAN SHAKLEE, saya amek since anak umur 3bulan, saya memang amek complete set 3M tu, alhamdullillah membantu saya, yg mana SUSU lebih PEKAT, SUSU BANYAK, ANAK memang CEPAT KENYANG, TIDUR pon LENA, JARANG BANGUN MALAM, hasilnye HANNAH memang BAMBAM..hihi dan alhamdulillah jugak susah nk DEMAM, Syukur! Kulit saya n Hannah cantik, strecthmark pon dh pudar, jerawat susah nk lekat! HANNAH sgt bijak kuat imagine mcm2, hihihi

So ape2 pon kite sndri kene kuat semangat dan memang btol2 naaakkk susukan smpi 2 tahun (Hannah dh 3tahun 7bulan masih menyusu). Itu lah sedkit sharing dr saya hope dpt membantu ibu2 di luar sana :)

pengalaman menyusukan anak sehingga 2 tahun


ubat tambah susu


SELAMAT MENCUBA dan HAPPY BREASTFEED!


Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini