photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png
Showing posts with label TIPS KEMPISKAN PERUT. Show all posts
Showing posts with label TIPS KEMPISKAN PERUT. Show all posts

4 Makanan yang wajib dihindari agar perut kempis

Perut yang kempis dan rata sememangnya menjadi idaman setiap wanita dan ternyata perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Ianya menuntut kerja keras dalam menjaga rutin senaman dan pengambilan makanan yang ketat.

 tips perut kempis

Gaya hidup anda ternyata akan menentukan dan mempengaruhi ukuran lilitan pinggang dan sekaligus saiz celana anda!

Untuk itu, ayuh kuatkan semangat anda dalam memilih makanan yang berkhasiat dan cuba hindari 4 jenis makanan seperti yang dipetik dari Womenhealthmag.com ini:

1. Sayuran bergas
Terdapat beberapa sayuran yang mempunyai gas seperti brokoli, kubis, kalian dan lain-lain lagi. Namun, sayuran ini juga mempunyai banyat zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan dan seeloknya diambil dengan kuantiti yang lebih kecil.

2. Makanan yang diawetkan 
Makanan ringan seperti kerepek, keropok dan juga makanan dalam tin mempunyai kandungan natrium yang tinggi. Natrium dapat meninggalkan sisa di dalam tubuh badan sehingga menyebabkan pembesaran pada bahagian perut dan di sekitar kawasan lain. Hindari pengambilan makanan jenis ini agar perut kekal rata.

3. Minuman berkarbonat 
Minuman soda atau berkarbonat sememangnya perlu dielakkan selama-lamanya. Selain mempunyai kandungan gula yang terlalu tinggi, ianya juga terdapat gelombang udara yang akan tertinggal di sekitar perut dan menyebabkan perut kembung serta membesar. Minuman terbaik adalah air putih yang membantu 'membersihkan' perut sehingga menjadi kempis.

4. Pemanis buatan
Elakkan dari mengambil pemanis buatan yang kebiasaanya terdapat dalam hiasan pencuci mulut seperti kek. Tidak salah sekadar merasa dalam kuantiti yang kecil dan pastikan tidak mengambilnya dengan kadar berlebihan walaupun rasanya sedap dan lazat!

Selain menjaga pengambilan makanan, anda juga harus menjaga bentuk badan dengan sering bersenam secara rutin agar otot perut dapat terbentuk dan seterusnya menghalang ianya dari buncit.

Selamat mencuba!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk membuat pesanan sila click gambar di bawah
produk shaklee

Selepas selesai pembayaran sila hubungi kami untuk dptkn konsultasi berterusan dgn memberikan maklumat spt "NAMA, PRODUK YG DIBELI ke 019-2602994 Jihan"

atau bole terus hubungi saya seperti di bawah :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini

Tips kempiskan perut mudah

Pasti anda di luar sana pening memikirkan bagaimana hendak mengempiskan perut kerana bosan dan malu apabila memakai baju dengan perut anda kedepan. Jangan risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tip mudah untuk anda amalkan untuk kempiskan perut buncit.
vitamin shaklee

1. Jaga pemakanan
Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang seimbang untuk tubuh badan. Anda perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau. 

2. Berhenti makan lewat malam
Elakkan dari makan di waktu tengah malam. Ini kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar. 

3. Tinggalkan makanan & minuman ringan
Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin. 

Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari. 

4. Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat. 

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam mendapatkan perut yang kempis.selamat mencuba!

Untuk mendapatkan vitamin shaklee untuk membantu menurunkan berat badan, anda boleh mencuba set shape up shaklee. Lebih info click sini ---> Shaklee Shape Up Programme



Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini


Kolon "KOTOR" PUNCA PENYAKIT!!!!

Assalamualaikum


Selain dehidrasi, sembelit merupakan antara- masalah " kecil-kecil" yg sering dialami di bulan puasa. Biarpun kerap kali dianggap remeh, Sembelit sebenarnye tidak boleh dipandang sebelah mata. Benar masalah yg dialami antara 2 hingga 30 peratus penduduk di dunia ini tidaklah sebesar mana tetapi jika dibiarkan berkumpul dan mengeras di dalam usus  besar, nescaya penyakit lain akan muncul.


Tahukah anda, kanser usus merupakan salah satu faktor punca berlakunya masalah sembelit kronik? Berdasarkan perangkaan, kanser usus merupakan kanser ketiga tertinggi di Malaysia dan statistik daripada Kementerian Kesihatan turut mencatatkan 90 peratus drp penyakit kanser ini adalah mereka yg berusia 40 tahun ke atas. 

Namun kanser ini turut menyerang golongan muda atas faktor pemakanan dan cara hidup yg tidak sihat seperti kurang bersenam dan merokok. Sembelit yg kronik merupakan salah 1 simptom kepada masalah kanser usus atau kolon apabila sel kanser yg semakin membesar bukan shj menyebabkan najis tidak dapat melalui usus dgn sempurna malah terdapat juga masalah lain seperti tidak dapat mengeluarkan angin drp badan. 

Apa yg menjadi masalah ialah, kesedaran mengenai kanser usus masih lagi kurang dikalangan masyarakat nergara ini kerana ramai pesakit datang berjumpa doktor hanya ketika kanser telah berada di peringkat ketiga dan keempat iaitu peringkat yg serius di mana sel kanser telah merebak ke bahagian usus dan organ yg lain.

Apakah Cara untuk menanganinya? 
  1. Anda perlu mengambil lebih serat daripada sayur dan buah serta minum lebih air. 
  2. Dengan melakukan DETOKS, kerana iaCara terbaik untuk rendahkan risiko kanser



Supplement Shaklee yg sesuai untuk Proses DETOKS ini adalah ALFALFA dan HERBA LAX.

HERBALAX - mengandungi 9jenis herba semulajadi spt alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, rhubarb root, fennel seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root dan culver root. Sifatnya menggalakkan tindakan pembersihan yg lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh badan. 

Manfaat Utama 
  • Pembersihan Najis yg tersekat
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • Membantu masalah SEMBELIT
  • Tindakan pembersihan yg lembut boleh mengembalikan proses semulajadi pergerakan usus.
  • Mengempiskan perut
  • Mengurangkan dan memberi kepejalan pd perut.

ALFALFA COMPLEX - kaya dgn pelbagai nutrisi dan zat galian. Membekalkan nutrisi yg mne kebanyakan tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayuran. Kaya dgn protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10vitamins, 8 enzim dan fitokimia.

 Manfaat Utama
  • Mencuci hati, darah dan usus
  • Baik untuk perubahan patologi dlm usus dan perut
  • Memperbaiki saluran penghadaman seperti kembung, sembelit, ulser gastrik, hepatitis dan hyperacidity.
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol
  • Melegakan keletihan
  • Mencegah/merawat athritis.

So penting bg anda detoks kolon sbb makanan  yg dimakan kebanyakan bertoksik. Untuk pengetahuan anda, masa untuk membuang air besar tidak lebih 10minit. Sekiranya masa yg diambil lebih panjang antara setengah jam ke 45minit maka ia adalah sembelit. Ini bermakna KOLON TIDAK SIHAT!!.

UBAH GAYA HIDUP ANDA SEKARANG!!!
AMALKAN PEMAKANAN YG SIHAT DAN MENGAMBIL SUPPLEMENT SEMULAJADI!!
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini


Tips kempiskan perut buncit tanpa senaman

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Senaman antara elemen penting dalam proses penurunan berat badan. Namun begitu ramai yang memberi alasan SIBUK menyebabkan mereka memandang remeh hal ini. Salah satu senaman mudah untuk mengempiskan perut adalah melakukan bangkit tubi atau nama popularnya SIT UP.

Saya tidak nafikan keberkesanannya kerana saya telah melakukannya secara konsisten selama setahun di tahun akhir di Jepun. Cara yang saya amalkan adalah

  1. Bagi peringkat awal, lakukan 10 kali selepas bangun tidur sebelum bangkit daripada katil.
  2. Lakukan 10 kali lagi sebelum tidur.
  3. Apabila sudah serasi, tambahkan jadi 20 kali bagi setiap sesi.

Pada saya, tidak perlu melakukan pada kuantiti yang banyak TETAPI paling penting adalah konsisten dan berterusan.Anda tidak akan merasa perubahannya serta merta tapi setelah sebulan, pasti seluar yang dipakai terasa longgar.

Ok, itu adalah bahagian senaman. Bagaimana dengan tajuk asal entry ini.

Ya, ini jawapannya. Saya mendapat tips ini daripada senior saya yang telah melakukannya. Sangat mudah kerana anda boleh lakukan walau di mana anda berada..Terima kasih kepada FeezaGB atas perkongsian ini.

Ini cara2nya:
1. Kempiskan perut anda seberapa kempis yang boleh.
2. Tahan selama 10 saat(atau lebih).
3. Lepaskan.
4. Ulangi langkah2 di atas sebanyak 8 kali dan lebih.

In fact, sewaktu anda baca post ini, anda boleh kempiskan perut dan tahan 10 saat. Bila diulangi lebih dari 8 kali, anda boleh rasakan ‘effect’ seperti buat sit ups. Mudahsangatkan? Technically, kita mahukan perut berasa ‘letih’. Ini akan membantu pembakaran lemak supaya lebih mudah bertukar kepada muscle.

Jika anda sukakan ‘extra’, anda juga boleh melakukan senaman kemut(kegel) untuk mengetatkan faraj/vagina pada masa yang sama..

Cara2nya:
1. Tarik nafas, kempiskan perut seberapa kempis yang boleh, kemut seberapa kemut yang boleh pada masa yang sama.
2. Tahan nafas, tahan kempis perut, tahan kemutan selama 8-10 saat.
3. Lepaskan nafas, kempisan perut dan kemutan perlahan2..
4. Ulangi sebanyak 8 kali atau lebih.

Taraaa...Sangat mudahkan dan boleh dilakukan di mana jua anda berada..Memasak, membaca, lihat TV, sambil melayan FB..Paling utama kenalah istiqamah..

Bila senaman ringkas ini dilakukan bersama dengan pengambilan  Lecithin , mesti perut anda semakin mantap. Jom sama-sama lakukan dengan saya kerana saya pun alami masalah perut buncit..Ada lagi nak dikempiskan ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk membuat pesanan sila click gambar di bawah
produk shaklee

Selepas selesai pembayaran sila hubungi kami untuk dptkn konsultasi berterusan dgn memberikan maklumat spt "NAMA, PRODUK YG DIBELI ke 019-2602994 Jihan"

atau bole terus hubungi saya seperti di bawah :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini