photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png
Showing posts with label TIPS KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS KESIHATAN. Show all posts

Cara mudah untuk menghilangkan ketuat

Ketuat terjadi pada mereka yang tidak menjaga kebersihan diri. Namun bukan sebab itu sahaja, mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri juga mudah dijangkiti ketuat.

alfalfa complex shaklee merawat ketuat

Hampir setiap daripada kita menghadapi masalah ketuat di tubuh dan kebiasaannya kita akan menyedari pertumbuhannya kerana ianya timbul di permukaan kulit. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah pada tangan, jari dan kaki.

Jom ikuti cara mudah untuk menghilangkan ketuat tanpa rasa sakit.

1. Kapur sirih

Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat tanggal dengan sendiri tanpa rasa pedih dan tidak meninggalkan parut.

2. Daun kesum

Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.

3. Minyak masak

Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titiskan pada ketuat. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang

4. Getah betik

Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat hingga kering. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang dan gugur sendiri

5. Pasir

Gosok ketuat dengan pasir yang basah seperti pasir di sungai atau di kawasan pantai. Cuba selama tiga hari berturut-turut, ketuat akan hilang dengan sendirinya.


Selamat Mencuba! :)


TIPS : Cara hilangkan panau

Bagi anda di luar sana yang menghadapi masalah panau ini sesuatu yang memeningkan kepala anda bukan? Ini kerana panau bukanlah mudah hilang lebih-lebih lagi apabila anda mendapat penyakit kulit ini orang akan fikir anda seorang pengotor dan tidak pandai jaga kebersihan.

vitamin shaklee untuk panau


Usah risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang petua untuk hilangkan panau yang dipetik dari sebuah portal gaya hidup.

Caranya adalah dengan menumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Sementara itu, anda dinasihatkan jangan memakan lengkuas sepanjang mengamalkan petua ini.

Petua yang lain juga ada menyebut boleh menggunakan daun pinang. Daun tersebut ditumbuk lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau. 

Selamat mencuba!


Amalan pemakanan sihat

Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik.

 amalan pemakanan sihat

Untuk menyediakan hidangan yang sihat, kita perlulah merancang jenis makanan yang ingin dimakan dan memastikan bahawa makanan tersebut adalah pilihan yang baik, contohnya seperti adakah makanan tersebut mengandungi mineral dan vitamin yang penting untuk kesihatan badan serta diet yang seimbang.

Jangan makan atau minum sambil berdiri, berjalan atau baring. Amalkan berpuasa (Isnin dan Khamis) bagi menjaga sistem pencernaan anda. Kurangkan memakan makanan yang terlalu panas atau sejuk.

Selain daripada itu, kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. Kurangkan mengambil makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi serta kurangkan juga mengambil minuman manis, yang mengandungi kafein dan gas.

Amalkan meminum jus buah atau memakan buah-buahan pada waktu pagi. Biasakan diri anda dengan memakan atau meminum yang berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan baik untuk kecerdasan minda.

Selain daripada membuat perancangan, kita juga perlu tahu bagaimana cara untuk menyediakan hidangan yang berkhasiat.

Terdapat beberapa kaedah memasak yang sesuai digunakan contohnya memasak dengan kaedah membakar, mengukus dan mereneh.

Walaupun makanan itu berkhasiat dan cara penyediaannya juga tertib, tetapi yang paling penting adalah kawalan dan cara pengambilan makanan itu. Jangan terlebih dan jangan terkurang demi mendapatkan tubuh badan yang sihat.

Selamat mencuba!


Cara menghadkan pengambilan makanan bergula

Ramai di antara mereka di luar sana yang gemarkan makanan manis seperti kek cawan, kuih donat, coklat, ais krim dan minuman berkarbonat bukan?

tips menghadkan pengambilan gula dalam makanan


Namun, umum mengetahui bahawa senarai makanan yang tersenarai di atas tidak baik untuk kesihatan dan harus dikurangkan pengambilannya dalam rutin harian.

Lebih-lebih lagi individu yang sedang dalam proses menurunkan berat badan atau mereka yang memiliki keturunan berpenyakit diabetes dalam salah silah keluarga.

Jika anda bertekad ingin menghentikan kebiasaan makan makanan manis, maka tips dari Style Craze ini mungkin boleh membantu anda!


1. Biasakan makan sayur dan buah

Agak sukar bagi mereka yang sudah terbiasa makan makanan manis untuk tidak mengunyah sesuatu yang bergula. Oleh itu biasakan diri anda makan buah dan sayur terlebih dahulu. Anda boleh mendapatkan rasa manis dari buah dah menghindari kelaparan dengan banyak memakan sayuran.

2. Makan coklat hitam

Bagi penggemar coklat, kurangkan pengambilan coklat putih dan coklat susu dengan mengambil coklat hitam atau 'dark choclate'. Walaupun agak pahit dan tidak sesedap coklat lain, namun ianya mampu membuatkan anda lebih tenang dan tidak merasa tertekan dalam usaha menghindari makanan bergula.

3. Banyak minum air 

Minum banyak air sangat efektif dalam menghadkan pengambilan makanan manis kerana air mampu membuatkan anda kenyang dan membakar lebih banyak kalori. Apabila anda mula teringinkan makanan yang manis, ambil sebotol air dan minum hingga beberapa teguk.

4. Ambil makanan masam 

Biasakan minum jus perahan lemon atau limau nipis atau pun dengan pengambilan buah anggur dan kiwi mampu membuatkan diri anda terhindar dari menyentuh makanan manis.

Mungkin anda akan berasa sedikit terseksa kerana banyak pantang larang yang harus dilalui dalam mengawal pengambilan makanan bergula, namun fokus pada tujuan utama dalam menurunkan berat badan atau mengelakkan diri dari penyakit diabetes, jadi anda harus tekad dan terus berusaha.

Semoga berjaya!

4 Rutin pemakanan diet seimbang di waktu siang

Aktiviti pengambilan makanan yang seimbang sering menjadi masalah bagi individu yang sedang dalam proses penurunan berat badan terutamanya buat kaum wanita. Jika tersilap langkah, pastinya golongan ini akan menjerit dan kecewa di saat melihat berat badan mereka di penimbang berat.


Mungkin anda kurang mengambil berat tentang apa yang dimakan ketika di waktu siang dan di sini kami ada beberapa tips mudah agar diet anda seimbang di kala makan di waktu siang.

Dipetik dari Vemale.com, langkah yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

1. Minum air sebelum makan

Pastikan anda minum paling tidak segelas air putih sebelum mengambil sebarang makanan agar dapat mengurangi rasa lapar anda.

Selain melancarkan sistem percernaan, air juga boleh melancarkan sistem perkumuhan agar proses penurunan berat badan dapat berlaku dengan lebih berkesan. Jika bosan dengan air putih, anda juga boleh menggantikannya dengan jus tanpa gula atau pun teh yang tawar.

2. Hadkan makanan berkalori tinggi

Hindari makanan yang berkalori tinggi seperti nasi putih yang kaya dengan karbohidrat. Gantikan nasi dengan beras perang atau pun kentang yang mempunyai serat tinggi dan boleh membuatkan anda rasa kenyang dalam jangka waktu yang lebih lama.

Jika ingin kepelbagaian dalam rutin makanan, anda juga boleh mengambil buah avocado, madu, roti gandum dan juga pisang bagi menggantikan nasi putih.

3. Bawa bekal makanan sendiri 

Jika merasakan agak sukar untuk mengira berapa banyak kalori dalam setiap makanan anda, lebih elok sekiranya anda menyediakan bekal makanan ke kuliah mahupun ofis.

Lebih mudah untuk anda menghindari garam, perisa makanan, lemak dan pengawet makanan yang nyata akan merosakkan diet anda jika terlalu banyak berada di dalam tubuh badan.

4. Serat dan protein 

Ucapkan selamat tinggal pada ais krim atau kek di kala menikmati pemanis mulut di waktu siang, sebaliknya gantikan makanan bergula tinggi ini dengan makanan yang kaya dengan serat dan protein. 

Makan dua biji telur rebus bersama segelas jus epal ataupun jus lobak merah kerana mengandungi serat yang boleh mengenyangkan perut lebih lama dan ianya juga kaya dengan protein yang merupakan sumber energi yang sangat baik dan tidak membuatkan anda berasa ngantuk.

Jangan lupa untuk amalkan rutin di atas dalam program diet anda.

Selamat mencuba!


Manfaat buah mulberi untuk kecantikan kulit

Tahukah anda buah mulberi bukan sahaja lazat dan enak dimakan begitu sahaja, namun buah yang berwarna hitam dan merah ini juga memiliki banyak manfaat untuk kesihatan dan juga kecantikan.

Bahkan buah mulberi ini sebenarnya telah terkenal sejak dahulu lagi kerana sangat sinonim dijadikan sebagai agen merawat kecantikan wajah kulit.

manfaat buah mulberi

Kandungan nutrisi dan anti oksidanya sangat bagus untuk kulit anda, termasuk beberapa lagi manfaat lain seperti yang dipetik dari stylecraze.com, di antaranya adalah:

1. Anti penuaan
Buah mulberi mempunyai kandungan anti oksida yang sangat tinggi sehingga dapat melawan sebarang radikal bebas di kulit yang akan menyebabkan kemunculan tanda-tanda penuaan seperti kedutan di kulit wajah.

2. Mencerahkan kulit 
Selain itu, mulberi juga dapat mencerahkan kulit wajah anda dan sekaligus bertindak sebagai agen menyamarkan bintik hitam dan noda kusam di sekitar wajah.

3. Mengatasi masalah kulit 
Jangan dibiarkan begitu sahaja daun pokok mulberi kerana air rebusannya dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti flu, demam dan lain-lain lagi. Bahkan, rebusan daun pohon mulberi juga dapat menyembuhkan berbagai masalah pada kulit.

4. Kulit kering dan sensitif 
Bagi merawat kulit kering dan sensitif, anda juga boleh menggunakan losen yang diperbuat dari buah mulberi ini.

Campurkan buah mulberi dengan minyak kelapa atau minyak zaitun selama beberapa hari, kemudian oleskan pada kulit wajah dan ianya akan melembabkan kulit dan juga menyembuhkan iritasi seperti gatal-gatal atau kepedihan.

Selain buah mulberi yang boleh dimakan secara langsung, digunakan untuk minuman, ianya juga boleh dijadikan bahan campuran masker wajah bagi mendapatkan manfaat istimewanya kepada kulit dan tubuh badan.

Selamat mencuba! :)

B Complex Shaklee berfungsi sebagai VItamin ANTI STRESS

B Complex sesuai diambil oleh pelajar sekolah menengah sehingga ke pelajar universiti. Fungsinya sebagai vitamin antistress membantu pelajar untuk tidak mudah tertekan dengan bebanan homework dan tugasan seharian.Vitamin B1 di dalam B Complex bertindak untuk membantu memetabolismekan karbohidrat dan meningkatkan penghadaman. 

 b complex shaklee

Ia adalah nutrien penting yang menyokong sistem saraf, melawan tekanan dan membantu pelajar rasa lebih relax. Vitamin B2 dalam bcomplex pula bertindak untuk membantu memecahkan karbohidrat, protein dan lemak, seperti dalam pernafasan selular. 

Ia adalah nutrien asas yang menyokong aliran oksigen dalam badan. Vitamin B riboflavin dan niasin terlibat dalam peringkat pertama penukaran glukosa ke ATP (adenosina trifosfat) - iaitu bahan api untuk menggerakkan sel-sel badan . Lain-lain fungsi vitamin B membantu dengan pengangkutan glukosa , dan pembentukan enzim yang terlibat dalam aktivit-aktiviti sel penting yang terlibat dalam pengeluaran tenaga. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk membuat pesanan sila click gambar di bawah
produk shaklee

Selepas selesai pembayaran sila hubungi kami untuk dptkn konsultasi berterusan dgn memberikan maklumat spt "NAMA, PRODUK YG DIBELI ke 019-2602994 Jihan"

atau bole terus hubungi saya seperti di bawah :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini

Bahan bebas toksik untuk mencuci dapur

Anda tidak perlu lagi bahan kimia untuk mencuci dapur anda yang kotor sebaliknya cubalah penyelesaian gaya hijau untuk rumah yang bersih dan sihat seperti berikut:


1. Sos tomato membersihkan ketuhar anda secara semula jadi
Jika terdapat kesan hitam yang degil dalam ketuhar anda, panaskan ketuhar pada suhu sangat rendah untuk memanaskannya. Kemudian, letakkan sos tomato pada kesan tersebut, gosok dan biarkan ia selama lima minit, ia akan menghilangkannya! Anda juga boleh menyimpan semula periuk tembaga anda yang telah berubah warna dengan sapukan sedikit lapisan nipis sos tomato, gosok kemudian bilas dan keringkan.

2. Kerajang aluminium (aluminium foil) boleh bersihkan barangan perak
Perak yang telah berkarat boleh dihilangkan dengan menggunakan 'aluminium foil'. Anda cuma perlukan 1 liter air, 1 sudu besar baking soda dan satu keping aluminium foil dan didihkan kesemua sekali. Letak barangan perak anda ke dalam cecair tersebut selama 10 saat dengan gunakan penyepit. Sangat ajaib! Anda juga bola gunakan keranjang timah tersebt untuk menggosok sisa makanan daripada kuali.

3. Kulit buah oren secara semula jadi membersihkan tompok air
Jangan buang kulit buah oren setiap kali mengupasnya. Ini kerana kulit buah oren boleh menghilangkan kesan bintik air di paip air logam. Anda juga boleh menyinarkan kayu yang kelihatan lama dengan menggosoknya menggunakan kawasan putih pada kulit buah oren. Selain itu, ia juga baik untuk menangkis serangga.

4. Ubat gigi boleh membersihkan dinding kotor
Dinding kotor? Picitkan ubat gigi yang bukan gel sedikit pada tempat kotor dan gosok dengan kain buruk atau berus, kemudian bilas dengan air. Ubat gigi juga bertindak sebagai deodoran semulajadi terhadap bau masam, jadi cuba untuk menggosok menggunakan ubat gigi pada botol bayi yang berbau dan kemudian bilas.

5. Lemon membersihkan peti sejuk anda
Jika peti sejuk anda berbau, celupkan kapas atau span dalam jus lemon dan biarkannya di dalam peti sejuk selama beberapa jam untuk meneutralkan bau. Selain daripada itu, anda juga boleh gunakan jus lemon pada mana-mana kawasan yang selalu ada serangga, seperti ambang pintu atau tingkap. Ini akan menyahkan mereka jauh-jauh. Tambahan lagi, mencuci lantai anda dengan jus lemon dan air akan menghalang lipas dan kutu, yang mana membenci bau tersebut.

6. Cuka mencuci saluran tersumbat
Cuka putih mempunyai pelbagai guna, dan ia lebih lembut serta berkesan daripada produk yang banyak di pasaran. Saluran tersumbat? Atasinya dengan menuang 1/2 cawan baking soda diikuti dengan 1 cawan cuka, kemudian siram dengan air panas beberapa minit kemudian. 

7. Garam membersihkan karat
Jika kuali besi anda berkarat selepas kerap kali dibasuh, tuangkan kira-kira 1/4 cawan garam ke dalamnya semasa ia panas, dan gosok dengan berus dawai. Kemudian lapkan sehingga bersih, dan sapukan sedikit minyak sayur-sayuran sebelum menggunakan atau menyimpannya.

8. Air mendidih boleh menghilangkan gris
Air mendidih akan menyahkan gris sama seperti kebanyakan produk komersial. Celup kain buruk ke dalam air panas yang menggelegak, dan menggunakan siku anda untuk mengelap dapur atau gelombang mikro anda. Untuk kesan lebih efektif, campurkan soda penaik sedikit dengan air untuk menghasilkan satu larutan, kemudian gosok.

Selamat Mencuba!



Petua mudah merawat tumit pecah

Kecantikan tidak hanya dipandang pada bahagian atas sehingga boleh melupakan bahagian bawah seperti kaki. Kaki juga merupakan tumpuan utama seseorang. Tumit merekah merupakan masalah yang sentiasa di hadapi oleh kaum wanita. Kadang kala ia berpunca pada kasut yang kita pakai. 
www.lovenurhannahirdyna.blogspot.com

Mungkin pada mulanya, tumit pecah tidak menyakitkan. Namun jika dibiarkan begitu lama tanpa di rawat ia mungkin berdarah. Perkara ini bukan sahaja ditumpukan pada golongan wanita yang berusia sahaja, malah golongan muda juga tidak terkecuali.

Punca-punca yang menyebabkan tumit kaki pecah juga perlu di beri perhatian supaya anda mampu mengelakkan ia daripada terjadi lagi. Antara puncanya termasuk; 

• Kulit kering akibat kandungan air tidak mencukupi 
• Berat badan yang berlebihan 
• Pemakaian kasut yang tidak sesuai atau kerap 
• Alahan pada jenis sabun 
• Alahan pada simen lantai 
• Mengabaikan penjagaan kaki 

Di bawah terdapat beberapa petua yang boleh di amalkan untuk merawat masalah ini. 

Petua 1 
Masukkan beberapa keping asam keping dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki dalam masa setengah jam. Lakukan sekerap yang boleh sehingga tumit kaki anda kembali pulih.

Petua 2 
Sapukan losyen setiap malam sebelum tidur. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda memilih losyen yang bertindak untuk membaiki kulit (skin repair). 

Petua 3 
Ambil sebiji betik muda yang berwarna sedikit kekuningan. Potong di bahagian kepalanya dan sapukan getah betik di tumit kaki yang merekah. Jangan risau, kerana getah betik tidak gatal. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga anda nampak hasilnya. 

Petua 4 
Selain betik, anda boleh menggunakan belimbing buluh juga. Dengan cara menggosok tumit kaki pada buah itu. Waktu terbaik untuk anda mengamalkan petua ini adalah selepas anda pulang dari kerja. 

Petua 5 
Rendamkan kaki anda dengan air suam, kemudia ambil bawang putih dan gosok pada bahagian tumit yang merekah sehingga tumit halus seperti dahulu.

Petua 6 
Kita tidak tahu jika kita mempunyai alahan pada simen rumah. Jika anda seorang surirumah, pastikan memakai selipar walaupun ketika didalm rumah. Pastikan selipar anda itu selamat di gunakan di atas permukaan lantai. 

Petua 7 
Ketika anda mandi, sapukan ubat gigi pada bahagian tumit kaki dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Lakukannya setiap kali anda mandi dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk membuat pesanan sila click gambar di bawah
produk shaklee

Selepas selesai pembayaran sila hubungi kami untuk dptkn konsultasi berterusan dgn memberikan maklumat spt "NAMA, PRODUK YG DIBELI ke 019-2602994 Jihan"

atau bole terus hubungi saya seperti di bawah :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini

Elak gula tambahan dalam diet harian

Gula merupakan salah satu bahan yang penting untuk badan kerana ia membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.



Secara semula jadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Selain itu, gula juga terdapat pada buah-buahan (fruktosa) dan susu (laktosa). Selain di dalam bentuk semula jadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.

Menurut portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.

Gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa, fruktosa, sorbitol, manitol, semua jenis sirap, madu, malt, ekstrak malt, maltose, ekstrak beras dan molas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa purata pengambilan gula tambahan adlaah tidak melebihi 10 sudu teh sehari iaitu 50gram.

Kita mampu mengubahnye untuk ke arah kehidupan yg lebih sihat :)




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION PRODUK SHAKLEE~

✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini


Runsing Kurus Kering : Weight Gain Shaklee Jawapannya!

Terlalu kurus pon runsing terlalu gemuk pon runsing.. bila dh terlalu kurus smpi org panggil tengkorak hidup pon xsyok kan.. meh saya nk suggest kt korang ade masalah terlalu kurus :)

Meal Shake Shaklee sememangnya menjadi pilihan ramai ibu bapa hari ini untuk kesihatan menyeluruh anak-anak mereka yang sedang membesar. Diberi nama timangan "easy-on-the go-meal" merupakan supplement multivitamin shaklee yang mudah dan pantas disediakan yang melengkapkan keperluan nutrisi untuk anak yang sedang membesar. 

Bg org dewasa pula supplement yg dicadangakn adalah Mealshake, Vitalea dan b complex untuk tingkatkan selera makan. Jom kite tgk khasiat setiap vitamin ni ye
weight gain set shaklee
 》Manfaat Meal Shake Shaklee:
  • Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
  • Menambah selera makan anak
  • Anak tak mudah kerap jatuh sakit
  • Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
  • Mengatasi masalah sembelit kanak-kanak
  • Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
  • Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat
  • Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french vanilla dan teksturnya seperti susu tepung
  • Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
  • Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
  • Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein.


》Manfaat Vita-lea:
  • Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
  • Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin).
  • Supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan Vita-Lea ini banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.


》Manfaat B-Complex:
  • Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan.
  • Mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.


Ni antara testimoni pula
tips tambah berat badan dgn shaklee


*****************************************************************

Masih belum mendaftar menjadi ahli shaklee? Jom daftar sekarang!

potongan harga ahli shaklee


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk membuat pesanan sila click gambar di bawah
produk shaklee

Selepas selesai pembayaran sila hubungi kami untuk dptkn konsultasi berterusan dgn memberikan maklumat spt "NAMA, PRODUK YG DIBELI ke 019-2602994 Jihan"

atau bole terus hubungi saya seperti di bawah :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini

Kenali tanda-tanda penyakit! Jangan ambil mudah

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
  • Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin. 
  • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku... Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan. 
  • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja 
  • Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat. 

2. HIDUNGHidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
  • Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat). 
  • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin :  a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.  b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. 

3. BATUK
  • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. 
  • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar. 

4. KERONGKONG
  • Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin. 
  • Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.  

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
  • Bibir pucat  :  a. Sistem penghadaman yang lemah. b. Perut mengandungi angin. c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi. 
  • Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin. 

6. MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi. 
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin. 

7. TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang) 
  • Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan. 
  • Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan. 
8. KULIT Berpeluh : 
  • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik. 
  •  Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan. 

9. RUAM DAN BISUL
  • Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air. 

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM 
  • Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia. 
  
11. KULIT PECAH DAN BERAIR
  • Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan. 
  
12. RAMBUT GUGUR
  • Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur. 
  
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI 

a) SAKIT SENDI
  • Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  • Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) . 
  • Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang. 
b) KEBAS TANGAN
  • Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. 
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN
  • Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. 
d) KEBAS KAKI 
  • Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. 
e) SAKIT TAPAK KAKI
  • Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. 
f) SAKIT TUMIT KAKI
  • Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. 
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI
  • Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. 
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI
  • Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot). 
  
14. TANDA-TANDA DALAMAN 

A. KEPALA. 
  • Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. 
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
  • Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. 
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
  • Menandakan penyakit migrain. 
E. BISUL TERJADI DI KEPALA 
  • Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan penyakit migrain. 
F. RASA PENING YANG MEMUSING 
  • Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar. 

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH 

a. LOYA/MUNTAH
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut. 

b. MUNTAH DARAH 
    i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan 
   ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser. 
  

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK
  • Tanda sakit jantung. 
  
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
  • Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman 
  
18. KENCING 

a) KERAP KENCING 
  • Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran 
b) AIR KENCING BERKAPUR  
  • Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah pinggang. 
c) AIR KENCING BERMINYAK 
  • Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT 
  • Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang berlaku. 
e) AIR KENCING BERDARAH
  •  Penyakit batu karang atau buah pinggang luka. 
  
19. BUANG AIR BESAR 

a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR 
  • Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar. 
b) SEMBELIT
  • Membersihkan toksin dari usus kecil. 
c) NAJIS BERDARAH

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut. 

d) NAJIS BERWARNA HITAM
  • Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku. 
  
20. BADAN 

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah. 
    i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf. 
    ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan. 
    iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. 
    iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah. 

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH 
  • Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan 
c) BADAN TERASA PANAS 
  • Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin. 
d) BADAN TERASA RINGAN 
  • Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku. 
  
21. RASA TAKUT MENGEJUT : 
  • Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah. 
  
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : 

  • Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi. 
  
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT 
  • Sistem paru-paru yang lemah. 
  
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB 
  • Sistem jantung yang lemah. 
  • Sistem saraf otak yang lemah. 
  • Masalah pengaliran darah. 
  
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL 
  • Sistem penghadaman yang lemah.


**********************************************


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk membuat pesanan sila click gambar di bawah
produk shaklee

Selepas selesai pembayaran sila hubungi kami untuk dptkn konsultasi berterusan dgn memberikan maklumat spt "NAMA, PRODUK YG DIBELI ke 019-2602994 Jihan"

atau bole terus hubungi saya seperti di bawah :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini