photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png
Showing posts with label TIPS REZEKI. Show all posts
Showing posts with label TIPS REZEKI. Show all posts

Datang ke Kelas Shaklee dgn menaiki bus dan Komuter ~ Semangat Luar Biasa

Assalamualaikum semua...

Syukur ke hadrat Ilahi pd tanggal 15hb saya dan leader dr team YMG berjaya menganjurkan kelas bersama anak2 bisnes shaklee kami. Alhamdulillah perjalanan bisnes lancar dan meriah. Syukur sgt2. Dlm 20rg yg dpt hadir memeriahkan kelas ilmu pd hari itu, Tahniah kpd yg berjaya meluangkan masa. Memang nampak kesungguhan mereka. Sebab ade yg dtg dr Seremban menaiki komuter, ade yg naik bus semata2 utk mendapatkn ilmu tentang Shaklee. Jauh, tiada transport bukan alasan nye. Yg penting semangat utk terus berjaya. Bila ada semangat dan passion insyaallah ape jua rintangan pasti dpt kite hadapi tanpa banyak alasan.

Okeh kt bawah ni adalah members dr team saya RICH GLORIOUS FAMILY.  2 dr kiri tu namenye Kak Pah Aluiyah, beliau la dtg ke kelas dgn bus. Ya Allah hebat betol semangat beliau kan. Alhamdulillah insyaallah kejayaan akan dikecapi dlm masa terdekat.

kelas asas shaklee


Yg bwh ni plak speaker bebas Nur Hannah Irdyna. hihihi my big supporterm my big inspiration in doing Shaklee.



Apa yg kami highlight kan dlm kelas ni ialah pengenalan tentang potensi bonus yg shaklee tawarkan, byk tau cash bonus, car bonus dan convention. Kemudian pengenalan tentang produk knowledge, tips marketing spt offline dan online (bykkkkk sgt tips, saya suka sharing dr Mila :)), dan juga Amalan rohani. Betapa penting nye amalan rohani dlm menyemaikan sifat sabar yg tinggi, keyakinan dan kepercayaan kpd Allah. Allah yg pegang hati manusia maka kite perlu bersungguh2 meminta dr NYA. Alhamdulillah perubahan yg paling ketara tentang diri saya since join shaklee, zikir2 xpenah lekang dibibir, solat sunat seperti tahajjud dan dhuha, berzakat dan menyampaikan ilmu dan sharing kpd anak bisnes tanpa rse jemu :).

Jom kite tgk gambar2 sekitar kelas ilmu ni dan juga gambar2 anak2 bisnes shaklee saya yg HEBAT dan MANTAP!


join my team now

Semoga ape yg disampaikan memberi manfaat kepada semua yg hadir. Kami hnye la manusia biasa, yg baik dtg dr Allah yg buruk dtg dr diri kami sendiri. Good Luck Team. Smoga terus maju Jaya dan menuju puncak yg tertinggi dlm Shaklee

Sekiranya anda berminat utk menyertai team saya (RICH GLORIOUS FAMILY), pesanan dan consultation, sila hubungi saya, SMS/Whatsapp 0192602994. 


KAMI ADALAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR yg SAH dgn ID 884783

"BIAR ORANG LAIN MEREMEHKAN MU TAPI JANGAN BIARKAN DIRIMU MEREMEHKAN DIRI SENDIRI"


KITA MAMPU UBAH KEHIDUPAN KITA LEBIH CEMERLANG.



10 Jalan yg membuka PINTU Rezeki

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Bila sebut tentang rezeki, semua akan ingat pada makhluk yang bernama 'duit'. Mungkin sebab mudah nak diingat....kot. Lagipun, makhluk tersebut tiap-tiap hari kita nampak, pegang, simpan atau gunakan. Memang patutlah ia akan mudah untuk diingat. Betul tak apa yang aku cakap ni?? Rasa-rasanya dalam 9 daripada 10 sebab tak semua orang ada 'duit' atau harta dalam genggamannya. Dan tak semua orang 'gila' duitan. 

Banyak sebenarnya jalan yang boleh ditempuh agar memudahkan rezeki untuk datang dalam keadaan biasa mahupun luar biasa. Hanya terpulang pada diri kita sahaja samada ingin melakukannya ataupun tidak. Berikut merupakan sepuluh jalan yang pasti dan pasti boleh membantu kita semua. InsyaALLAH..

 10 jalan pembuka rezeki

1. Taqwa
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH SWT nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan (yang dikehendaki) nya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah ath-Thalaq: 2-3).  -ayat seribu dinar-

2. Tawakkal
Nabi SAW bersabda: "Seandainya kamu bertawakkal kepada ALLAH dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

3. Solat
Firman ALLAH dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

4. Istighfar
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (Surah Nuh: 10-12).

"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada ALLAH), nescaya ALLAH menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan, dan ALLAH akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka." (HR Ahmad, Abu Dawud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim).

5. Silaturrahim
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan di akhirkan ajalnya (di panjangkan umurnya), hendaknyalah ia menyambung (tali) silaturrahim."

6. Sedekah
Sabda Nabi SAW: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Berbuat Kebaikan
"Barangsiapa yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa yang datang dengan (membawa) kejahatan, maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan." (Surah Alqashash:84)

Nabi bersabda: "Sesungguhnya ALLAH tidak akan zalim kepada hamba-Nya yang berbuat kebaikan. Dia akan dibalas dengan diberi rezeki di dunia dan akan dibalas dengan pahala di akhirat." (HR. Ahmad)

8. Berdagang
Dan Nabi SAW bersabda: "Berniagalah, kerana sembilan dari sepuluh pintu rezeki itu ada dalam perniagaan." (Riwayat Ahmad)

9. Bangun Pagi
Fatimah (puteri Rasulullah) berkata bahawa saat Rasulullah SAW melihatnya masih terlentang di tempat tidurnya di pagi hari, Baginda SAW mengatakan kepadanya, "Puteriku, bangunlah dan saksikanlah kemurahan hati Tuhanmu, dan janganlah menjadi seperti kebanyakan orang. ALLAH membahagikan rezeki setiap harinya pada waktu antara mulainya subuh sampai terbitnya matahari." ( H.R. Al-Baihaqi)

Aisyah r.ha juga menceritakan sebuah hadits yang hampir sama maknanya, yang mana Rasulullah SAW bersabda, "Bangunlah pagi-pagi untuk mencari rezekimu dan melakukan tugasmu, kerana hal itu membawa berkah dan kejayaan." (H.R. At-Tabarani)

10. Bersyukur
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim:7)


p/s: Berusahalah.. jangan asyik nak jadi 'pemalas'. 


Sumber : http://kum-pun.blogspot.com/2013/07/sepuluh-jalan-yang-membuka-pintu-rezeki.html