photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

Kebaikan beras perang berbanding beras putih


Terdapat dua jenis beras iaitu beras putih dan beras perang. Kebiasaanya, nasi putih dimasak menggunakan beras putih. Hal ini kerana beras putih lebih lembut dan cepat dimasak Bagaimanapun jika nasi dimasak menggunakan beras perang, lebih banyak zat akan diperolehi.

Jika dilihat dari segi luaran, beras perang sama saja dengan beras biasa, tetapi apa yang membezakannya adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras itu. 

Oleh sebab itu, kebanyakan anda lebih menyukai beras biasa kerana ia lembut dan cepat dimasak, berbanding beras perang yang mempunyai tekstur agak kasar. 

Ia dinamakan beras perang kerana beras terbabit belum ditapis dan diproses seperti beras putih yang sudah diproses dan dibuang kulitnya. 

Bahagian yang dibuang itulah terkandung pelbagai nutrisi yang sememangnya diperlukan badan. Ini termasuk serat, protein, magnesium, manganese dan zink iaitu antara nutrisi yang terbuang semasa proses penapisan. 

Beras perang membuat anda berasa lebih cepat kenyang dan membantu untuk mengambil makanan dengan jumlah yang kecil. 

Ini dapat membantu proses berdiet kerana kandu-ngan serat yang terkandung di dalamnya membuatkan proses penghadaman menjadi lebih mudah. 

Bagi penghidap kencing manis, beras perang sememangnya menu terbaik bagi menggantikan beras putih yang sentiasa menjadi sajian anda. Ini kerana beras perang dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ia membebaskan gula secara perlahan berbanding beras putih. 

Malah, kandungan serat yang tinggi dapat membantu mencegah penyakit kanser usus, dan juga dapat menyah bahan yang tidak diperlukan dan toksin daripada melekat pada usus. 

Oleh itu, jika anda ingin menjaga kesihatan anda atau keluarga anda, amalkan pengambilan beras perang dalam menu seharian anda.


Sekiranya anda memerlukan VITAMIN SHAKLEE, sila hubungi seperti dibawah : MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

How To ORDER???
-------------------------------------------------------------------------
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & maklumat lanjut
✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ




Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 



Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini



No comments:

Post a Comment