photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

Rawatan bawah mata dan kedutan!

Dari mata, turun ke hati. Percayakah anda dengan kata-kata itu? Ya, mata adalah salah satu bahagian pada wajah yang sentiasa menjadi tarikan sesiapa sahaja yang melihatnya. Disebabkan itu, penjagaan bahagian mata harus diutamakan lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai lingkaran hitam di bawah mata. 

Masalah lingkaran hitam di bawah mata ini adalah satu perkara biasa buat semua orang dan ia disebabkan oleh beberapa perkara iaitu tekanan gaya hidup, kekurangan tidur, diet tidak seimbang, pengambilan alkohol, merokok, masalah haid, penuaan dan sebagainya. 

shaklee collagen powder untuk lingkaran bawah mata

Berikut adalah beberapa tips menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur rumah anda. Ianya senang dan jimat, tetapi pastikan anda berhati-hati apabila meletakkan apa sahaja di bahagian mata kerana kulit sekelilingnya sangat sensitif. 

1. Lakukan urutan dengan minyak badam selama 15 minit sebelum tidur. Ia membantu menghilangkan lingkaran hitam bawah mata serta mengurangkan masalah kedutan. 

2. Timun adalah antara bahan yang biasa digunakan bagi merawat masalah di bahagian mata. Ambil dua hiris timun dan letakkan di atas mata yang tertutup selama 20 minit. Anda boleh menggunakan hirisan kentang juga.

3. Kisarkan timun dan kentang, kemudian ramas sehingga jusnya keluar. Campurkan kedua-duanya dan rendamkan kapas dalam jus tersebut, kemudian letakkan kapas tersebut di atas mata tertutup. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Amalkan selalu untuk melihat keberkesanannya selepas beberapa hari. 

4. Sapukan jus pudina di bahagian bawah mata kerana ia mampu menyejukkan mata anda serta membantu menghilangkan lingkaran hitam tersebut. 

5. Bagi mendapatkan mata bebas kedutan, letakkan sedikit madu di bawah mata, kemudian basuh dengan menggunakan air sejuk. Pastikan anda tidak menggosoknya dengan kasar. 


Selain daripada tips-tips di atas, anda juga boleh mengamalkan beberapa tips mudah seperti di bawah: 

1. Minum air sebanyak lapan hingga 10 gelas setiap hari.
2. Mendapatkan tidur yang cukup iaitu selama lapan jam.
3. Menambah pengambilan sayuran hijau, salad dan buah-buahan dalam diet harian.
4. Lakukan senaman setiap hari agar bebas dari tekanan.
5. Lakukan senaman wajah bila-bila masa sahaja.
6. Elakkan makan makanan segera atau terlalu masin.
7. Elakkan pengambilan alkohol berlebihan dan merokok.
8. Pakai cermin mata apabila anda keluar.

SELAMAT MENCUBA! :)

*********************************************



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk membuat pesanan sila click gambar di bawah
produk shaklee

Selepas selesai pembayaran sila hubungi kami untuk dptkn konsultasi berterusan dgn memberikan maklumat spt "NAMA, PRODUK YG DIBELI ke 019-2602994 Jihan"

atau bole terus hubungi saya seperti di bawah :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini


No comments:

Post a Comment