photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

Perkongsian : 3 Tips Ajar Anak Menulis

Assalamualaikum semua.. hari ni saya nk share tips mengajar anak menulis.. bukan tips dr saya tp perkongsian yg saya ade baca mengenai ni..ibu2 bole la cuba ye :)

Anak-anak seawal usia 2 tahun sudah mula menunjukkan minat untuk menulis (pengang pen/ conteng-conteng). malah ada yang sudah pandai menggayakan aksi seorang 'waitress'

"mummy nak makan apa? sambil memegang buku dan pen seolah-olah sedang mengambil tempahan pelanggan"

Boleh jadi anak anda juga begitu. Ini adalah perkembangan normal anak-anak, mereka sedang memperelok penulisan tangan.


BANTU MEREKA

Peranan ibu bapa adalah untuk bantu mereka dalam proses ini (facilitate). Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh lakukan.

1 ) Muscle Up
  • Dalam usia yang masih kecil, otot-otot jari dan tangan mereka belum dapat diguna dengan baik untuk menulis. Jari juga kadang kala 'keras' untuk memegang pensil. Tetapi, jari jemari mereka boleh 'dilembutkan' dengan latihan yang sangat menyeronokkan, iaitu menCONTENG-CONTENG kertas! Berikan mereka buku/kertas, pensil warna atau krayon dan biarkan mereka conteng buku itu berulang-ulang kali.

2) Ajar Anak Anda Cara Pegang Pen Dengan Betul
  • Ya, sekali sekala ajar mereka pegang pensil dengan betul. Pakar menyarankan supaya beri mereka pensil yang kecil kerana secara tidak sengaja mereka terpaksa memegang pensil dengan hujung jari. Cara yang betul adalah pegang pensil dengan ibu jari dan jari telunjuk, dan dialas dengan jari tengah. Namun tak mengapa jika anak anda pegang dengan ketiga-tiga jari mereka
  • Oh ya, bagaimana anak kidal? Bak kata orang tua, belakang parang diasah2 tajam juga. Ajarkan dia guna tangan kanan, disana ada barakah kerana ia sunnah. Ramai juga ibu bapa yang berjaya menukar cara anak mereka menulis, dari tangan kiri ke tangan kanan (jangan paksa2, perlahan2).

3) Kedudukan Menulis
  • Yang terbaik, biarkan mereka duduk diatas kerusi dengan kedua-dua kaki rata diatas lantai dan badan ditegakkan. Meja pula tinggi sedikit dari paras siku. Jika mereka agak kekok, boleh juga cuba cara ini... dapatkan 'easel' . Kedudukan papan yang sedikit condong membantu mereka memegang pensil & menggerakkannya dengan lebih baik.

SHARING IS CARING  


No comments:

Post a Comment