photo Home2_zps0ab15e4e.png  photo vitamincadangan2_zps282dadee.png  photo cawangan2_zps3e0a0d9c.png  photo joinourteam2_zpsddbf8ce4.png  photo distributor2_zps611d7b0d.png

JERAWAT yg perlu kita ketahui!

Tidak semua orang dikurniakan dengan kulit yang sempurna dan mulus. Ramai wanita merasa tidak bertuah kerana mempunyai cela di wajah seperti bintik hitam dan masalah muka paling teruk adalah jerawat. Jerawat terjadi akibat keradangan kulit yang kronik sehingga menyebabkan liang pori dipenuhi sebum.


Kebanyakan orang yang menghadapi masalah jerawat malu untuk keluar rumah dan berhadapan dengan orang ramai kerana jerawat sememangnya membuatkan kita hilang keyakinan diri. Jerawat bukan sahaja terhasil akibat hormon, umur mahupun makanan berminyak atau coklat.

Bagaimana jerawat terbentuk?
Jerawat selalunya terjadi disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam pori yang tersumbat. Pori menjadi tersumbat kerana kelenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan dari biasa.

Bagaimana ia boleh berlaku?
Masalah jerawat biasanya dihadapi pada peringkat remaja kerana paras hormon di dalam badan meningkatkan penghasilan sebum. Apabila sebum terlalu banyak dan bergabung dengan sel kulit mati, ia akan menghalang dan menutup liang roma.

Jika sebum itu terperangkap separuh, bintik hitam akan muncul. Jika sebum tersebut terperangkap sepenuhnya, bintik putih pula akan terjadi. Bintik hitam tersebut menjadi hitam disebabkan pengoksidaan apabila terdedah kepada udara yang kotor. Bakteria membiak dalam pori yang tersumbat yang menyebabkan jerawat timbul. Jika jerawat tidak dirawat dengan betul, ia boleh meninggalkan parut.

Bagaimana ingin mencegah daripada kulit berjerawat?
1) Cuci muka anda setiapa hari dengan pencuci muka antibakteria. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, gunakan pencuci muka yang ringan.
2) Sapukan produk rawatan jerawat anda di seluruh muka dan bukannya di tempat yang ditumbuhi jerawat sahaja. 
3) Gunakan produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan pori anda dari kekotoran.
4) Gunakan alat solek atau produk penjagaan muka non-comedogenic agar tidak berlaku iritasi pada kulit.
5) Rujuk kepada pakar dermatologi cara untuk membuang bintik hitam tanpa meninggalkan parut.
6) Elakkan daripada menyentuh muka dengan tangan kerana tangan merupakan anggota badan yang mempunyai banyak bakteria. Jika ingin menyentuh muka, pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu.
7) Sentiasa basuh sarung bantal anda dan gunakan tuala muka yang menggunakan fabrik yang mampu menghapuskan bakteria dan kuman.
8) Jangan picit jerawat anda kerana ia boleh meninggalkan parut

Selain tips di atas pengambilan supplement juga Insyaallah membantu menangani masalah kulit muka. Untuk ketahui lebih lanjut tentang supplement shaklee untuk kesihatan kulit muka sila click ---> kulit gebu dan berseri dan  supplement untuk kulit muka

---------------------------------------------------

**********************************************


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk membuat pesanan sila click gambar di bawah
produk shaklee

Selepas selesai pembayaran sila hubungi kami untuk dptkn konsultasi berterusan dgn memberikan maklumat spt "NAMA, PRODUK YG DIBELI ke 019-2602994 Jihan"

atau bole terus hubungi saya seperti di bawah :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 MAKLUMAT LANJUT & FREE CONSULTATION~

✆ SMS/WhatsApp: 019-260 2994
➲ COD Area: Kota Damansara, Ara Damansara, Wisma Celcom PJ


Saya NOORJIHAN ZAINAL ABIDIN adalah pengedar sah Shaklee [id  884783].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya. 


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :Hubungi saye melalui SMS/Whatsaap ke 019 2602994 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Nutrition|Weight|Beauty|Home untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini

No comments:

Post a Comment